BTC USD 62,071.3 Gold USD 1,769.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN Siap Sedia Tawan Semula Kawasan Pembangkang

easynet

Active Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
1,217
Reaction score
5
Points
25
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional sedang bersiap sedia untuk menawan kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dengan menjadikan gabungan 13 parti itu lebih inklusif, menarik dan gagah menjelang pilihan raya umum akan datang.

Usaha itu, yang berpaksikan konsep menawan hati rakyat khususnya golongan muda yang merupakan sebahagian besar pengundi, akan dinakhodai Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaik saja mengambil alih jawatan Pernama Mentei tahun lepas, Najib menggerakkan beberapa inisiatif ke arah penjenamaan semula BN, dengan menjadikan kemerosotan sokongan dalam pilihan raya umum 2008 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, sebagai pengajaran.

Pada Februari lepas, satu jawatankuasa mengandungi anggota yang berkelayakanundang-undang diketuai Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dibentuk.

Selepas sembilan bulan mengadakan perbincangan dan membuat kajian, jawatankuasa itu telah menghasilkan satu piagam mengandungi 10 perkara yang akandiumumkan oleh Najib pada Konvensyen BN pada Ahad ini.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini menerima dan meluluskan cadangan untuk menerima sesiapa yang ingin menyertai BN sebagai ahli terus atau ahli bersekutu menjadi "Rakan BN".

Ini bermakna mereka ini tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti komponen BN untuk menyertai BN, satu pendekatan yang dilihat akan menggalakkan lebih ramai rakyat menyokong BN.

Penganalisis politik Khaw Voon Sze berkata, bahawa bagi mengukuhkan kedudukan BN, ia harus memberi tumpuan ke arah mengembalikan semangat sebenar BN dan bukannya sekadar "mencantikkan diri" menerusi logo baru dan piagam baru atau mempunyai ahli terus dan kumpulan sokongan seperti Rakan BN.

"Baru-baru ini, saya meneliti beberapa ucapan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu berhubung keputusannya membawa Gerakan menyertai BN. Ucapannya itu menyentuhmengenai semangat BN, kepentingan nasional dan perkongsian kuasa yang tulen.

"Keputusan Gerakan untuk menyertai BN ketika itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kepentingan nasional, dan berasaskan kepada kepentingan nasional dan perkongsian kuasa yang tulen inilah, beberapa parti di Sarawak, malahan PAS juga pada masa itu, membuat keputusan menyertai BN," katanya.

Oleh itu, kata Khaw, adalah amat penting bagi BN menitikberatkan soal perkongsian kuasa ini berdasarkan pemuafakatan dan bukannya didominasi oleh mana-mana kumpulan tertentu.

Pemerhati politik berkata bahawa selain memulihkan imej BN, terdapat beberapa cabaran lagi yang parti gabungan itu perlu hadapi bagi meletakkan dirinya pada kedudukan terbaik untuk menawan kawasan-kawasan pembangkang.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menonjolkan BN sebagai satu pakatan yang bersatu dan yang sama-sama berusaha untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

"Kita (BN) dilihat tidak bekerja sebagai satu pasukan. Sebaliknya sebilangan rakyat melihat pakatan pembangkang pula yang bersatu," katanya.

Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk V.K Liew berkata cabaran terbesar kepada BN ialah bagaimana ia dapat menguruskan kejayaan selepas melaksanakan dasar menerima ahli terus dan bersekutu nanti.

"Ini bukan saja menjadi cabaran kepada BN sendiri tetapi juga kepada parti-parti kecil kerana kita mempunyai dua kategori ahli iaitu bersekutu dan gabungan. Kita telah mengorak langkah dan kita tidak boleh berpatah balik," katanya.

Pemerhati berkata, kejayaan BN untuk mengukuhkan semula kedudukannya banyakbergantung kepada sejauh mana rakyat memahami piagam dan aspirasi BN.

"Pada 1974, Tun Razak membuat keputusan menukar simbol (Perikatan) agar sesuai dengan keperluan ketika itu. Selain mengukuhkan kedudukannya, BN perlumenggunakan ruang baru ini untuk menyasarkan kumpulan pengundi yang berbeza,"kata pensyarah Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata, BN perlu menjelaskan bahawa perubahan yang sedang dilakukan bukan sekadar mencantikkan luarannya tetapi merupakan satu usaha ke arah mengatasi beberapa perkara yang dilihat boleh menimbulkan pertikaian.

"(Contohnya) orang akan bertanya bagaimana mahasiswa universiti yang tidak boleh terlibat dalam politik akan dibenarkan menjadi "rakan" kepada parti politik," katanya.

Sivamurugan berkata, bahawa satu lagi isu yang akan timbul daripada perubahan yang hendak dilakukan oleh BN itu ialah sama ada anggota parti-parti komponen BN akan mempunyai semangat dan kegigihan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

"Jika kepimpinan BN menerajui perubahan ini, maka parti-parti komponen perlu ikut. Mereka mempunyai ideologi dan pendirian berbeza tetapi di peringkat BN, mereka perlu selaras dan meningkatkan kerjasama bagi menentukan tidak berlaku perbalahan dalaman.

"BN yang baru tidak boleh mengetepikan aspirasi dan keperluan pengundi teganya. Tidak harus ada perubahan drastik...kena ada perseimbangan antara penyokong setia dan usaha menarik pengundi baru.

"Itulah cabarannya," kata Sivamurugan. - BERNAMA
 
Sponsored Post

easynet

Active Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
1,217
Reaction score
5
Points
25
Berita ini baru keluar pg tadi awal pada berita minyak naik.aku rasa insyallah BN BOLEEEH>>>> tawan semula hahhaaa...

Duk dalam kedah penang n selangor as pembangkang tapi puak ini duk mcm dia pihak kerajaan yang PR pembangkang haha...
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
kawasan yang sokong barang naik leh la ... tawan :eek::eek::eek:
 

kurosaki

Fun Poster
Joined
Mar 28, 2010
Messages
817
Reaction score
1
Points
15
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahahahahah.....
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
umnoi memerlukan modal yg besar bg memastikan mendapat mandat dr rakyat.
dlm kedudukkan kewangan sekarang dan hutang negara 227 bilion....
mmg agak sukar sekiranyya umnoi hanya bermodalkan fitnah kpd pr dan hanya mampu menabur janji kosong shj...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
btul gak tu .....patutlah nak naik harga brg tu suma...

modal PR upernya.....

aperpon menggunakan hak rakyat adalah sekam..:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:mad::mad::mad:
 

murabbiy

Banned
Joined
Sep 16, 2010
Messages
592
Reaction score
8
Points
15
kawasan yg ramai badut dan balaci amngok tu jer yg akan menang... huhu badut oh badut!
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
memang boleh tawan punya...

siap la PR...

BN akan menang besar.....

rakyat akan ajar PR melalui kertas undi...

hidup BN..!

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register