BTC USD 28,166.0 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'BN Sedia Komputer Riba Percuma M40, Guru Jika Menang PRU15' - Zahid Hamidi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2

'BN sedia komputer riba percuma M40, guru jika menang'​

oleh MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
08 November 2022 11:56pm
Masa membaca: 2 minit

1975727.jpg


Ahmad Zahid (tiga dari kanan) beramah mesra bersama pengundi pada Program Budi Disanjung Parlimen Sungai Besar di Parit 16 pada Selasa.


SUNGAI BESAR - BN bersedia menyediakan kemudahan komputer riba kepada golongan M40 dan semua guru sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran baharu itu antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam manifesto jika BN kekal mentadbir negara.

"Memang ada permintaan dalam kalangan M40 dan golongan guru, kita berjanji jika menang Putrajaya nanti dua kelompok golongan ini juga memperoleh komputer riba percuma," katanya semasa berucap pada Program Budi Disanjung Parlimen Sungai Besar di Parit 16 pada Selasa.

Calon BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam ucapannya pada program itu meminta BN memberi tumpuan menyediakan komputer riba percuma kepada golongan M40 dan guru sama seperti dinikmati B40.

Ahmad Zahid berkata, kemudahan komputer riba amat diperlukan terutama guru dalam sisi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Begitu juga dengan anak-anak golongan M40 yang juga perlu dibantu bagi memudahkan proses pembelajaran," ujar beliau.

Menurutnya, selain pemberian komputer riba, parti itu juga ingin memastikan nasib petani dan pesawah di Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang diberi perhatian serius.

"Apabila BN diberi mandat, nasib golongan ini pastinya akan lebih terbela dengan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi," katanya.

Pada Isnin, BN mengumumkan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta (PADU) sebagai tawaran untuk rakyat bagi PRU15.

Ahmad Zahid berkata, PADU ialah tawaran baharu yang segar daripada BN kepada rakyat Malaysia mengandungi 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.

 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,809
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
31,809
Reaction score
6,860
Points
481
Awards
1
Hat ni duk risau
Sembang kari berdegaq
Sapa xmau benda free kan patut lg realistic....hairan kartel ngn dragon xdk mn parti pun janji nk hapuskan....brg2 naik xdk plk sapa yg ckp nk urus bg elok....memang jahanam la malaysia kt nie puak nie nk kuasa ja lain depa xambik tau
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,492
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,492
Reaction score
27,573
Points
2,836
Awards
2
Sapa xmau benda free kan patut lg realistic....hairan kartel ngn dragon xdk mn parti pun janji nk hapuskan....brg2 naik xdk plk sapa yg ckp nk urus bg elok....memang jahanam la malaysia kt nie puak nie nk kuasa ja lain depa xambik tau

Parti pun tak berani nak hapuskan kartel dengan Dragon
Mungkin hat tu jadi funder depa
 
Sponsored Post

Top
Log in Register