BTC USD 34,670.4 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN sah menang PRN Melaka

Parti politik manakah yang bakal membentuk kerajaan negeri melaka

  • 1.PN

    Votes: 34 64.2%
  • 2.BN

    Votes: 10 18.9%
  • 3.PH

    Votes: 1 1.9%
  • 4.Dan lain lain

    Votes: 0 0.0%
  • 5.Bebas

    Votes: 1 1.9%
  • 6.Tergantung, tiada majoriti

    Votes: 7 13.2%

  • Total voters
    53
  • Poll closed .

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,841
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,841
Reaction score
859
Points
121

Duduk je la kt tempat pembangkang. Hahaha
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Pakatan Harapan sepatutnya menggunakan PRN Melaka sebagai peluang meyakinkan pengundi bagaimana ia akan memperbaiki dirinya, kata Loga Bala Mohan

PH kalah di Melaka kerana guna ‘skrip sama’, kata bekas timbalan menteri​

November 25, 2021 8:00 AM

Loga-bala-mohan-bernama.jpg

Bekas Timbalan Menteri Loga Bala Mohan berkata, pemimpin PH berkata perkara yang sama di Melaka seperti sebelum PRU14. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Prestasi buruk Pakatan Harapan di Melaka berpunca daripada kegagalannya menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengundi dan kebergantungan berterusannya kepada “skrip yang sama” menentang lawannya, kata seorang bekas Timbalan Menteri.

Loga Bala Mohan dari myPPP, bekas komponen Barisan Nasional (BN), berkata pembangkang harus memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam menunjukkan bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik daripada pihak yang memegang kuasa.

“Menjelang PRN Melaka, kita dengar pembangkang, PH dan juga (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad berkata perkara yang sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Mereka serang Najib (Razak), BN dan Umno, panggil mereka dengan pelbagai nama. Bagaimanakah ini menunjukkan kepada rakyat yang anda boleh menjadikan hidup mereka lebih baik?” kata Naib Presiden Kanan myPPP itu dalam mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Minggu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka. PH hanya berjaya menang lima manakala dua bagi Perikatan Nasional (PN). Pada PRU14, PH memenangi negeri itu dengan 15 kerusi.

Loga berkata, PH sepatutnya menggunakan PRN Melaka sebagai peluang untuk menangani kritikan terhadapnya sepanjang 22 bulan memerintah, dan menerangkan kepada pengundi apa yang telah dipelajari daripada pengalamannya dan bagaimana ia akan buat lebih baik.

“Tetapi apa yang mereka buat? Selepas mereka kritik kumpulan yang mencetuskan kejatuhan kerajaan PH dalam Langkah Sheraton, gelar orang sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘katak’, mereka kemudian terima dua pembelot Umno.”

Beliau juga berkata, pembangkang harus lebih merendah diri dan memuji pesaing di mana patut, termasuk Najib.

“Ramai hargai sumbangan dan dasar Najib, seperti projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Ini banyak ditampilkan dalam PRN Melaka,” katanya.

“Sebelum ini, apabila PH pegang kuasa, mereka tangguh projek itu tetapi baru sahaja bulan lepas, (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng menggesa kerajaan memulihkannya. Jadi rakyat hilang harapan apabila mereka lihat pembangkang ubah nada.”

Beliau berharap PH akan berusaha menjadi pembangkang yang lebih matang, objektif dan berkesan.

“Mereka berpeluang tunjuk mereka boleh buat lebih baik, bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi di Melaka. Jangan hanya menentang (kerajaan) semata-mata.

“Jika apa yang kerajaan buat itu baik, sokonglah. Jika tidak, jelaskan kenapa,” katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536

Bagus ulasan ni
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
MELAKA: Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila 17 daripada 18 saluran mengundi dalam kalangan anggota tentera memihak kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Mohd. Aleef Yusof yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir Sabtu lalu. Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, belum pernah terjadi dalam sejarah sejak merdeka mana-mana calon BN boleh tewas 17 daripada 18 saluran pada pada pilihan raya namun yang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena....
https://www.utusan.com.my/.../ada-yang-tidak-kena-dengan.../

Ada yang tidak kena dengan undi tentera – Mohamad Ali​

WhatsApp-Image-2021-11-25-at-11.25.16-AM.jpeg
MOHAMAD Ali Mohamad (kanan) bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir Sabtu lalu. UTUSAN/AMRAN MULUP

  • 25 November 2021, 1:44 pm

MELAKA: Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila 17 daripada 18 saluran mengundi dalam kalangan anggota tentera memihak kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Mohd. Aleef Yusof yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, belum pernah terjadi dalam sejarah sejak merdeka mana-mana calon BN boleh tewas 17 daripada 18 saluran pada pada pilihan raya namun yang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Soal kalah atau menang itu adat pertandingan tetapi kekalahan saya hanya menang di satu saluran pengundi tentera sangat-sangat mengejutkan.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan kewajarannya apabila 17 daripada 18 saluran saya tewas. Perkara ini sedang dikaji dan melihat mungkin berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

“Calon PN pula bukan anak jati Sungai Udang dan tidak dikenali di sini sebaliknya beliau hanya muncul sebagai calon mewakili PN semata-mata untuk mendapatkan tempat bertanding di Sungai Udang,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

Dalam PRN Sabtu lalu, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali apabila hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

Berbekalkan majoriti 530 undi, calon PN itu yang juga bekas Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya yang melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding membuat kejutan menewaskan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Kekalahan itu mengejutkan ramai pihak yang seperti tidak percaya kubu kuat itu tumbang ketika BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang PRN negeri dengan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, beliau lega apabila undi awam jelas banyak memihak kepadanya kerana mereka percaya beliau boleh membela nasib penduduk di situ.

Kekalahan itu tegasnya, tidak mematahkan semangat juangnya dan semua itu bukan alasannya untuk kecewa sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dalam DUN Sungai Udang.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk di Sungai Udang yang telah mengundi saya begitu juga kepada jentera parti yang bertungkus lumus membantu sepanjang PRN lalu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,961
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,961
Reaction score
2,364
Points
266
Awards
1

Siapa pimpin Pakatan Harapan?​

Oleh AWANG PAKU SERPIH 24 November 2021

1278244.jpg

A

KEKALAHAN teruk PH memang mengejutkan. PKR kalah semua kerusi. Orang kuat PKR yang juga Ketua Penerangan parti itu dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pun tewas dalam pertandingan enam penjuru di Paya Rumput. Ada yang kata PH bawa isu nasional ke Melaka sedangkan orang tempatan mahu bakal wakil mereka selesaikan masalah setempat.

Banyak yang kata punca utama penolakan pengundi adalah Tuk Seri Anwar Ibrahim. PH kena mula fikirkan siapa selepas Tuk Seri Anwar.

Kita semua tahu yang memberikan kemenangan pada PH dalam PRU14 adalah Tun mantan Perdana Menteri. PH bergantung pada kekuatan beliau pada masa itu. Tun Mahathirlah yang jadi penggerak utama untuk ubah fikiran rakyat terhadap UMNO dan BN.

Mungkin Tuk Seri Anwar belum ada kekuatan semacam itu. Pimpinan beliau dalam PKR pun banyak dipersoalkan. Sudah banyak kali beliau kecewakan PH dan rakyat Malaysia. Sewaktu Tan Sri Muhyiddin undur diri, semua orang percaya Tuk Seri Anwar ada cukup sokongan. Tapi ternyata tidak begitu. Bukan sekali beliau buat kejutan tentang jumlah sokongan pada beliau, sejak zaman Pak Lah lagi dah berlaku.

Mungkin juga pengundi Melaka hantar mesej pada PH, carilah orang lain. Lagipun mereka dah bagi peluang pada PH tapi PH cakap tak serupa bikin. Oleh sebab itu mereka ajar PKR dan DAP kaw-kaw!

miehensem

Legendary Member
gem
Messages
16,238
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,238
Reaction score
1,802
Points
201

ph ditolak kerana pelbagai alasan.. ada sebab logo.. ada sebab ph terima ex umno bertanding calon ph.. ada pasai silap letak calon.. ada sebab tiada idea baru..

takpe la ph.. next pru 15 ada lagi. usaha lagi.. cuma kali ni.. sebelum buat keputusan.. ambil kira dulu pendapat akar umbi..
 
dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,961
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,961
Reaction score
2,364
Points
266
Awards
1

15 perkara menarik dalam PRN Melaka​

Oleh ZAMRI RAMBLI 23 November 2021

1277615.jpg

Barisan Nasional membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 DUN dalam PRN negeri baru-baru ini.
A

Bukan rahsia lagi apabila UMNO bersama dua rakan sejatinya MCA dan MIC melakukan magis dengan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Apabila ada pemenang, sudah tentu ada pengalahnya dan Pakatan Harapan (PH) harus menelan kepahitan dengan prestasi buruk di Melaka.

Bersatu dan Pas dalam percubaan pertama berganding dalam pilihan raya di Semenanjung juga mendapat berita dukacita apabila hanya menang di dua kerusi.

Namun, di sebalik keputusan tersebut, tentu ada pelbagai kisah dan angka menarik lain yang boleh didalami. Sinar Premium berkongsi 15 perkara yang anda perlu tahu tentang PRN Melaka.

1. MAJORITI TERTINGGI

Walaupun gagal mengekalkan lapan kerusi di DUN Melaka, tetapi DAP tetap menjuarai carta majoriti tertinggi. Calonnya di DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong berjaya mendapat majoriti 11,494 undi. Bagaimanapun majoriti undi diperoleh Chee Leong yang juga penyandang kerusi itu merosot lebih 5,000 undi berbanding PRU14.

2. MAJORITI TERENDAH

Kerusi DUN Serkam menyaksikan persaingan sengit apabila penentuan pemenang DUN itu hanya dibezakan 79 undi. Penyandang kerusi DUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (BN-UMNO) boleh menarik nafas lega apabila beliau akhirnya diumumkan pemenang DUN tersebut dengan 5,038 undi. Beliau diekori rapat oleh Ahmad Bilal Rahaudin (PN-Pas) yang menadapat 4,959 undi. Pertembungan tiga penjuru nyata memberi kesan kepada Zaidi kerana pada PRU14 beliau menang selesa dengan 2,737 majoriti undi.
Disyorkan artikel berkaitan ini:

3. PALING MUDA

Walaupun dalam PRN Melaka, calon termuda ialah daripada parti PH-PKR, Farzana Hayani Mohd Nasir yang baru berusia 21 tahun, namun nampaknya beliau gagal mencipta sejarah di negeri bersejarah itu. Bagaimanapun, daripada 28 orang pemenang kerusi PRN Melaka, ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Salleh daripada BN-UMNO dan ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee daripada PH-DAP menjadi pemilik kerusi DUN paling muda. Masing-masing berusia 33 dan 29 tahun.

4. BAWAH 40 TAHUN

Selain Dr Muhamad Akmal, DUN Melaka menyaksikan penampilan lima lagi pemimpin muda yang berusia di bawah umur 40 tahun. Lima ADUN tersebut ialah DUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, 35, (PN- Bersatu); DUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen, 37, (PH-DAP); DUN Rim, Khaidiriah Abu Zahar, 37, (BN-UMNO), DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin, 38, (PH-DAP) dan DUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, 29, (PH-DAP).

5. PALING TUA

Walaupun ada yang pernah mempersoalkan pencalonan, Datuk Kalsom Nordin sebagai calon pada usia yang sudah 68 tahun, namun beliau mendiamkan pengkritiknya apabila menang di Pengkalan Batu. Lebih manis, pada usia Kak Som merekodkan kejayaan berganda apabila merampas kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai DAP.

6. CALON HEAVYWIEGHT TUMBANG

Tumpuan PRN Melaka sudah tentunya 'clash of titan' di DUN Tanjung Bidara antara Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Malah pengiraan undi di DUN tersebut, menyaksikan Mas Ermieyati mendahului sebelum dipotong Rauf pada saat-saat akhir. Mas Ermieyati terpaksa akur tewas kepada Rauf dengan dibezakan 364 undi.

Ayam tambatan PH-PKR di Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin turut tersungkur dalam persaingan di DUN Paya Rumput. Ketua Penerangan PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu kalah kepada muka baharu BN-UMNO, Datuk Rais Yasin dengan majoriti 629 undi.

Seorang lagi calon heavyweigt dari PH-PKR iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron juga gagal dalam percubaannya untuk menang di kampung halaman beliau di Asahan.

Lebih mengejutkan berbeza dengan calon terkenal lain, Idris ditewaskan dengan majoriti yang besar iaitu 2,993 undi.

Turut kecundang Pengerusi Bersatu Melaka, Rafiq Naizamohideen di Telok Mas. Beliau sebelum ini bekas ADUN Paya Rumput sebelum berubah angin ke DUN baharu.

7. HEAVYWEIGHT MENANG

Dua bekas Ketua Menteri Melaka iaitu masing-masing daripada BN-UMNO dan PH-Amanah mendapat kepercayaan pengundi kawasan mereka apabila mempertahankan kerusi masing-masing.

Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Lendu dengan majoriti 3,104 undi manakala Adly Zahari menang di Bukit Katil dengan perbezaan undi 1,057 undi.

8. BN PERTAHAN SEMUA 13 KERUSI, TAMBAH 8 KERUSI LAGI

BN bukan sahaja menepati ramalan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memperoleh 18 kerusi di DUN Melaka, malah menambah tiga lagi kerusi baharu. Menariknya UMNO berjaya mempertahankan semua 13 kerusi yang dimenanginya pada PRU14. BN juga merampas lapan kerusi daripada PH masing-masing kerusi DAP iaitu Gadek, Duyong, Pengkalan Batu; kerusi PKR iaitu Machap Jaya, Kelebang, Rembia dan kerusi Bersatu; Paya Rumput dan Telok Mas.

9. LIMA CALON WANITA MENANG

Walaupun dalam PRN Melaka hanya menampilkan 16 calon wanita, tetapi lima daripada berjaya lolos sebagai pemenang.

Lima ADUN wanita itu ialah Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim), Datuk Kalsom Nordin (BN-Pangkalan Batu), Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai), Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) dan Tuminah Kadi @ Mohd Hasim (BN-Pantai Kundor).

10. PERSEPSI TERBURUK

Dari segi prestasi parti, PKR menjadi parti dengan rekod paling buruk apabila semua 11 calon mereka gagal merebut satu kerusi pun atau dalam erti kata lain 100 peratus gagal.

Ia diikuti dengan Pas yang turut 100 peratus gagal walaupun menghantar lapan calon, tidak ketinggalan gerakan yang turut berputih mata menerusi lima calon mereka.

Bersatu yang menghantar 15 calon berjaya mendapat dua kerusi di Bemban dan Sungai Udang bagi mengelakkan kegagalan 100 peratus kem Bersatu.

11. HILANG DEPOSIT

Secara keseluruhan seramai 34 orang calon telah hilang wang deposit masing-masing. Seseorang calon hilang wang deposit apabila jumlah undi yang diperoleh mereka gagal capai satu per lapan daripada undi yang dikira.

Menariknya semua calon 22 calon Bebas termasuk YB Viral, Norhizam Baktee kehilang wang deposit masing-masing. Tidak ketinggalan semua lima calon parti Putra dan seorang calon Iman.

Dalam pada itu, penguasaan DAP di DUN Kota Laksamana dan Bandar Hilir menyaksikan semua lawan mereka hilang wang deposit termasuk calon daripada BN dan PN.

12. KEHEBATAN TIGA DOKTOR MUDA

Menariknya dalam PRN Melaka ini, tiga calon muda yang mempunyai latar belakang perubatan menang di kerusi masing-masing.

Mereka ialah Dr Muhamad Akmal Saleh (BN/UMNO - Merlimau), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN/Bersatu - Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof (PN/Bersatu - Sungai Udang).

Dr Muhamad Akmal memang terkenal di Merlimau kerana mempunyai klinik sendiri di kawasan itu.

Dr Mohd Aleef pula merupakan pakar perubatan dan bedah yang berkhidmat di Mahkota Medical Parade.

Dr Mohd Yadzil pula merupakan pemegang Ijazah SarjanaMuda Perubatan dari Universiti Udayana, Indonesia.

13. UNDI PALING SEDIKIT

Berdasarkan kiraan SPR, rata-rata calon Bebas sememangnya memungut undi yang rendah.

Bagaimanapun, untuk pemilik undi terendah dalam PRN Melaka ialah calon Bebas DUN Gadek, Mohan Singh yang hanya memperoleh 23 undi.

Turut mencatatkan undi yang rendag ialah calon Bebas DUN Asahan, Mohd Noor Salleh yang mendapat 44 undi.

Secara total jika dihitung keseluruhan undi 22 calon Bebas jumlahnya adalah 4,226 undi.

14. PEMIMPIN TUNGGAL KAUM INDIA

Calon MIC, VP Shanmugan menjadi calon tunggal pemimpin berketurunan India yang menang dalam PRN Melaka.

Beliau berjaya mencipta kejayaan sebagai ADUN Gadek selepas menumbangkan calon DAP, G Saminathan dengan 559 undi.

15. TERBALAS DENDAM

Kemenangan calon BN-MCA, Datuk Lim Ban Hong di DUN Kelebang ke atas calon PH-PKR, Datuk Gue Teck ibarat terbalas dendam lama.

Ini kerana dalam pertembungan tahun 2018, Ban Hong terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Gue Teck di DUN tersebut.

Menariknya jika pada tahun 2018 Gue Teck menang dengan majoriti 789 undi, kali ini Ban Hong yang juga Timbalan Menteri pun menang dengan perbezaan yang sedikit iaitu 876 undi.

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,961
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,961
Reaction score
2,364
Points
266
Awards
1

Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin​

authorDefault.png
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS

23 November 2021

1277088.jpg

Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin kemenangan besar dalam PRN Melaka boleh diterjemahkan dalam PRU15.
A

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO tidak boleh terlalu yakin kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melibatkan seluruh negara.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, PRN Melaka adalah situasi yang terasing kerana ia tidak dianggap terlalu penting bagi sesetengah pihak kerana keputusannya tidak menjejaskan kedudukan kerajaan di peringkat Pusat.

“Komposisi pengundi di Melaka serta pegangan dan budaya politik mereka adalah berbeza dengan pengundi di negeri-negeri lain. Kemenangan besar BN dalam PRN Melaka tidaklah boleh dikatakan sebagai kemenangan mutlak. Ini kerana peratusan undi popular BN sebenarnya tidak sebesar mana, begitu juga dengan undi majoriti ramai calon BN.

“Kemenangan besar BN dibantu oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, sedangkan dalam PRU, peratusan keluar mengundi lazimnya lebih tinggi kerana motivasi untuk keluar mengundi lebih besar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan pemimpin UMNO supaya PRU15 disegerakan susulan kemenangan besar BN pada PRN Melaka pada Sabtu lalu.

Selain itu, beliau berkata, mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat akan meningkatkan risiko untuk pandemik Covid-19 kembali menular.

Menurutnya, walaupun keadaan semasa pandemik sudah menurun tetapi ia boleh meningkat kembali jika terdapat kempen dan pengundian di seluruh negara.

“Agak sukar untuk memastikan kawalan ketat prosedur operasi standard (SOP) boleh dilaksanakan dalam kawasan yang amat luas berbanding kawasan sempit di Melaka.

“Jika pembubaran Parlimen dilakukan dalam tempoh terdekat, pihak yang mengusulkannya berhadapan dengan persepsi mengabaikan kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat untuk memenuhi kepentingan politik kepartian mereka semata-mata.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Ini boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka ketika majoriti rakyat berpandangan bahawa keperluan untuk melangsungkan PRU15 dalam tempoh terdekat tidak begitu wujud. Ini kerana negara kini agak aman dan stabil dari sudut politik melalui pemeteraian MoU kerajaan dan pembangkang,” jelas beliau.

Katanya, dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada 13 September lalu, antaranya menetapkan syarat tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

“Jika PH tidak melanggar mana- mana butiran perjanjian, maka amatlah tidak beretika untuk kerajaan melanggarnya dengan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022,” katanya.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register