BTC USD 51,885.1 Gold USD 1,782.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN sah menang PRN Melaka

Parti politik manakah yang bakal membentuk kerajaan negeri melaka

  • 1.PN

    Votes: 34 64.2%
  • 2.BN

    Votes: 10 18.9%
  • 3.PH

    Votes: 1 1.9%
  • 4.Dan lain lain

    Votes: 0 0.0%
  • 5.Bebas

    Votes: 1 1.9%
  • 6.Tergantung, tiada majoriti

    Votes: 7 13.2%

  • Total voters
    53
  • Poll closed .

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Sah! Kerajaan Negeri Melaka bergolak​

melaka-7.jpg


MELAKA: “Tunggu berita petang ini.”

Demikian jawapan ringkas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Ahmad Bilal Rahudin yang memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa, berita berhubung pergolakan dalam kerajaan negeri ada disampaikan oleh seorang wakil rakyat kepadanya.

Bagaimanapun, identiti ahli dewan undangan negeri (ADUN) itu dan daripada parti mana tidak didedahkan.

“Ada seorang YB (yang berhormat) beritahu akan ada berita petang ini. YB mana saya tidak boleh beritahu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Utusan turut difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Setakat berita ini ditulis, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang sudah dihubungi belum memberikan sebarang respons berkenaan perkara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bilal yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka menambah, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kemelut berkenaan kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap.

Ujarnya, menurut sumber, memang terdapat perbincangan dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Yang pasti tidak melibatkan Pas kerana Pas tidak ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya pun tidak boleh komen kerana tidak ada maklumat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE


 
Undi Pas / PN banyak meningkat sedangkan undi BN dan PH banyak menurun. Secara literal sebenarnya Pas yang menang dalam menarik undi baru.
FB_IMG_1637543387503.jpg


Alhamdulillah.

YAB DATUK SERI SULAIMAN ALI
Ketua Menteri Melaka

Selesai mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Melaka

Menang 21. Angkat sumpah pada 21.11.2021
21 21 21

Sekarang tiba masa bekerja untuk rakyat.

2.04 am


Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

Melaka: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, malam tadi.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada 12.58 tengah malam.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat itu dilakukan secara tertutup.


Muhamad Harris Nasril

· 1j ·

Keputusan terperinci bagi setiap 28 Dun. Sumber rasmi SPR.
BN menang 21 kerusi. (3/4 majoriti)
UMNO - 18
MIC - 1
MCA -2
PH : 5
PKR -0
Amanah-1
DAP-4
PN : 2
Bersatu -2
PAS - 0
Gerakan - 0

1637457463672.png

1637457474849.png

1637457490091.png

1637457508806.png

1637457524551.png

1637457534202.png

1637457545364.png

1637457558886.png

1637457577856.png

1637457590699.png

1637457600762.png

1637457608745.png

1637457617348.png

1637457625770.png

1637457638991.png

1637457647208.png

1637457656015.png

1637457666512.png

1637457676570.png

1637457684876.png

1637457693349.png

1637457702646.png

1637457712665.png

1637457781608.png

1637457789090.png

1637457796346.png

1637457805308.png

1637457813176.png

B0ngok juga YB² nie ya.

Nak post apa2...tak selidik....tak fikir dulu.

Mek, nanti post senarai penuh boleh?

Senarai lengkap semua calon yang bertanding kat PRN Melaka.

Terima kasih.

tn Jedi, ni senarai penuhnya



*Senarai Penuh Calon PRN Melaka*

*N01: KUALA LINGGI: MELAKA: 10,928*
1. Rosli Abdullah(BN-UMNO)
2. Julasapiyah Kassim(PH-Amanah)
3. Kamisan Palil(Bebas/IND)
4. Aziah Mohd Sa'ad(PN-PAS)
*(2018: Datuk Ismail Othman: BN-UMNO: Maj: 1,372)*

*N02: TANJUNG BIDARA: MELAKA: 10,133*
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin(PN-Bersatu)
2. Zainal Hassan(PH-PKR)
3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Md Rawi Mahmud: BN-UMNO: Maj: 2,864)*

*N03: AYER LIMAU: MELAKA: 11,227*
1.Hameed Mytheen Kunju Basheer(BN-UMNO)
2. Mazenah Baharuddin(PH-Amanah)
3. Dr. Nordina Abd Latif(PN-Bersatu)
*(2018: Datuk Amirudin Yusof: BN-UMNO: Maj: 1,479)*

*N04: LENDU: MELAKA: 10,561*
1. Abdullah Mahadi(PN-Bersatu)
2. Mohamad Asri Ibrahim(PH-PKR)
3. Datuk Seri Sulaiman Md Ali(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Seri Sulaiman Md Ali: BN-UMNO: Maj: 627)*

*N05: TABOH NANING: MELAKA: 8,661*
1. Abu Hashim Abdul Samad(PN-PAS)
2. Zulkiflee Mohd Zin(BN-UMNO)
3. Zairi Suboh(PH-Amanah)
*(2018: Datuk Latipah Omar: BN-UMNO: Maj: 740)*

*N06: REMBIA: MELAKA: 15,756*
1. K.Murali(Bebas/IND)
2. Zamri Pakiri(PH-PKR)
3. Sabarudin Kudus(Bebas/IND)
4. Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-UMNO)
5. Zamzuri Arifin(PN-Bersatu)
*(2018: Datuk Muhammad Jailani Khamis: PH-PKR: Maj: 1,814)*
*(2021: Menyertai/Joined BN-UMNO)*

*N07: GADEK: MELAKA: 12,641*
1. P. Shanmugam(BN-MIC)
2. Azafen Amin(Bebas/IND)
3. Laila Norinda Maon(Putra)
4. Mohan Singh(Bebas/IND)
5. Mohd Amir Fitri Muharam(PN-Bersatu)
6. G. Saminathan(PH-DAP)
*(2018: G. Saminathan: PH-DAP: Maj: 307)*

*N08: MACHAP JAYA: MELAKA: 12,487*
1. Ngwe Hee Sem(BN-MCA)
2. Law Bing Haw(PH-PKR)
3. Abdul Aziz Osani Kasim(IMAN)
4. Azlan Daud(Bebas/IND)
5. Tai Siong Jiul(PN-Bersatu)
*(2018: Datuk Ginie Lim Siew Lin: PH-PKR: Maj: 1,336)*

*N09: DURIAN TUNGGAL: MELAKA: 13,312*
1. Mohd Erfan Mahrilar(Bebas/IND)
2. Zahari Abd. Kalil (BN-UMNO)
3. Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab(PH-Amanah)
4. Ja'afar Othman(PN-PAS)
*(2018: Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab: PH-Amanah: Maj: 763)*

*N10: ASAHAN: MELAKA: 15,745*
1. Mohd Noor Salleh(Bebas/IND)
2. Fairul Nizam Roslan(BN-UMNO)
3. Azmar Ab Hamid @ Sha'aim(Bebas/IND)
4. B.Dhanesh(PN-Gerakan)
5. Datuk Seri Idris Haron(PH-PKR)
6. Mohd Akhir Ayob(Bebas/IND)
*(2018: Datuk Seri Abdul Ghafar Atan: BN-UMNO: Maj: 275)*

*N11: SUNGAI UDANG: MELAKA: 22,793*
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad(BN-UMNO)
2. Dr Mohd Aleef Yusof(PN-Bersatu)
3. Hasmorni Tamby(PH-PKR)
4. Mohd Zahar Hashim(Bebas/IND)
*(2018: Datuk Seri Idris Haron: BN-UMNO: Maj: 2,229)*
*(2021: Menjadi Bebas/Became IND)*

*N12: PANTAI KUNDOR: MELAKA:15,469*
1. Mohamad Ridzwan Mustafa(PN-Bersatu)
2. Datuk Nor Azman Hassan(PH-Amanah)
3. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Nor Azman Hassan: BN-UMNO: Maj: 772)*
*(2021: Menjadi Bebas/Became IND)*

*N13: PAYA RUMPUT: MELAKA: 26,455*
1. Datuk Rais Yasin(BN-UMNO)
2. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin(PH-PKR)|
3. Muhammad Faris Izwan Mazlan(PN-Bersatu)
4. Mohamad Hashidi Mohd Zain(Putra)
5. Mohd Jaini Dimon(Bebas/IND)
*(2018: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen: PH-Bersatu: Maj: 4,259)*
*(2020: Menjadi PN-Bersatu/Became PN-Bersatu)*

*N14: KELEBANG: MELAKA: 19,976*
1. Bakri Jamaluddin(PN-PAS)
2. Datuk Lim Ban Hong(BN-MCA)
3. Datuk Gue Teck(PH-PKR)
*(2018: Datuk Gue Teck: PKR: Maj: 789)*

*N15: PENGKALAN BATU: MELAKA: 20,821*
1. Muhamad Danish Zainudin(PH-DAP)
2. Mohd Azrudin Md Idris(PN-Bersatu)
3. Datuk Norhizam Hassan Baktee(Bebas/IND)
4. Dr Mohd Aluwi Sari(Putra)
5. Datuk Kalsom Nordin(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Norhizam Hassan Baktee: PH-DAP: Maj: 2,756)*
*(2020: Menjadi Bebas/Became IND)*

*N16: AYER KEROH: MELAKA: 25,945*
1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam(PN-Gerakan)
2. Kerk Chee Yee(PH-DAP)
3. Yong Fun Juan(BN-MCA)
*(2018: Kerk Chee Yee: PH-DAP: Maj: 9,261)*

*N17: BUKIT KATIL : MELAKA: 25,410*
1. Datuk Hasnoor Sdg Husin(BN-UMNO)
2. Abdul Hamid Mustapah(Bebas/IND)
3. Adly Zahari(PH-Amanah)
4. Muhammad Al Afiz Yahya(PN-PAS)
*(2018: Adly Zahari: PH-Amanah: Maj: 3,159)*

*N18: AYER MOLEK: MELAKA: 17,863*
1. Datuk Rahmad Mariman(BN-UMNO)
2. Ahmad Muaz Idris(Bebas/IND)
3. Mohd Fadly Samin(PN-Bersatu)
4. Mohd Rafee Ibrahim(PH-PKR)
*(2018: Datuk Rahmad Mariman: BN-UMNO: Maj: 1,805)*

*N19: KESIDANG: MELAKA: 37,304*
1. Seah Shoo Chin(PH-DAP)
2. Patrick Ng Chin Kae(PN-Gerakan)
3. Leong Hui Ying(BN-MCA)
*(2018: Seah Shoo Chin (Allex Seah): PH-DAP: Maj: 14,612)*

*N20: KOTA LAKSAMANA: MELAKA: 28,777*
1. Fong Khai Ling (PN-Gerakan)
2. Low Chin Hong(BN-MCA)
3. Low Chee Leong(PH-DAP)
*(2018: Low Chee Leong: PH-DAP: Maj: 16,173)*

*N21: DUYONG: MELAKA: 18,237*
1. Gan Tian Soh(Bebas/IND)
2. Mohd Faizal Amzah(Putra)
3. Mohd Noor Helmy Abdul Halem(BN-UMNO)
4. Damian Yeo Shen Li(PH-DAP)
5. Datuk Kamarudin Sidek(PN-PAS)
6. Muhamad Hafiz Ishak(Bebas/IND)
*(2018: Damian Yeo Shen Li: PH-DAP: Maj: 2,895)*

*N22: BANDAR HILIR: MELAKA: 19,909*
1. Mak Chee Kin(Bebas/IND)
2. Leng Chau Yen(PH-DAP)
3. Lee Kah Sean(BN-MCA)
4. Clarice Chan Ming Wang(PN-Gerakan)
*(2018: Tey Kok Kiew: PH-DAP: Maj: 11,313)*

*N23: TELOK MAS: MELAKA: 20,712*
1. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen(PN-Bersatu)
2. Muhammad Ariff Adly Mohammad(Bebas/IND)
3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat(PH-Amanah)
4. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Noor Effandi Ahmad: PH-Bersatu: Maj: 1,288)*
*(2021: Menjadi Bebas/Became IND)*

*N24: BEMBAN: MELAKA: 18,573*
1. Dr Mohd Yadzil Yaakub(PN-Bersatu)
2. Azmi Kamis(Bebas/IND)
3. Ng Choon Koon(Bebas/IND)
4. Tey Kok Kiew(PH-DAP)
5. Datuk Koh Chin Han(BN-MCA)
*(2018: Datuk Dr Wong Fort Pin: PH-DAP: Maj: 1,345)*

*N25: RIM: MELAKA: 13,672*
1. Azalina Abdul Rahman(PN-Bersatu)
2. B. Prasanth Kumar(PH-PKR)
3. Datuk Khaidhirah Abu Zahar(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Ghazale Muhamad: BN-UMNO: Maj: 536)*

*N26: SERKAM: MELAKA: 15,977*
1. Norazlanshah Hazali(Bebas/IND)
2. Ahmad Bilal Rahudin(PN - PAS)
3. Muhammad Khomeini Kamal(PH - Amanah)
4. Datuk Zaidi Attan(BN - UMNO)
*(2018: Datuk Zaidi Attan: BN-UMNO: Maj: 2,737)*

*N27: MERLIMAU: MELAKA: 14,014*
1. Azrin Ab Majid(PH-Amanah)
2. Dr Muhamad Akmal Saleh(BN-UMNO)
3. Abd Alim Shapie(PN-PAS)
*(2018: Datuk Roslan Ahmad: BN-UMNO: Maj: 130)*

*N28: SUNGAI RAMBAI: MELAKA: 11,837*
1. Muhammad Jefri Safry(PN-Bersatu)
2. Farzana Hayani Mohd Nasir(PH-PKR)
3. Nazatul Asyraf Md Dom(Putra)
4. Siti Faizah Abdul Azis(BN-UMNO)
*(2018: Datuk Hasan Abd Rahman: BN-UMNO: Maj: 1,669)*

PH telah memuktamadkan pembahagian kerusi untuk PRN melaka, Anwar.

Muda tercicir daripada team PH​


29 Oktober 2021

1251712.jpg

PH telah memutuskan pembahagian kerusi dan menggunakan satu logo pada PRN Melaka.


PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) hari ini menjelaskan telah memuktamadkan pembahagian kerusi sesama parti komponen bagi Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka di mana menyaksikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dipinggirkan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan yang dilakukan bukan sahaja memuktamadkan agihan kerusi bagi PRN Melaka bahkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, bagi PRN Melaka, jumlah yang akan ditandingi DAP kerusi kekal lapan kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) sembilan kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 11 kerusi.

"Kita juga bincang untuk jangka panjang kerana kita telah putuskan pembahagian kerusi Parlimen bagi Melaka (untuk PRU15).

"Kita putuskan PKR kekal dua kerusi dan Amanah juga dua kerusi dan DAP akan tambah Alor Gajah kerana ini kawasan tradisional yang ditandingi DAP sejak awal tapi didesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya yang lalu maka Alor Gajah diserah kepada Bersatu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Katanya, proses pembahagian kerusi itu telah melalui satu proses yang panjang bermula dari peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), peringkat negeri, peringkat jawatankuasa khas yang mewakili pimpinan sebelum diangkat kepada Majlis Presiden PH.

Katanya, malahan negeri diberi tempoh yang panjang untuk berbahas dan memuktamadkannya.




Muda melalui Presiden penajanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada 27 Oktober menegaskan akan bersama PH untuk bertanding pada PRN Melaka, 20 November ini.

Katanya, meskipun pendaftaran Muda masih belum diluluskan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), pihaknya berasakan sudah tiba masanya parti itu mencetuskan budaya politik baharu, bermaruah dan berintegriti dengan Melaka sebagai perintis kepada usaha berkenaan.

Beliau berkata, Muda akan bergabung dengan PH dalam membentuk satu pasukan yang kuat untuk bersaing dengan beberapa parti lain pada PRN Melaka.

Bagaimanapun, kenyataan Anwar yang juga Presiden PKR pada sidang akhbar hari ini menyimpulkan bahawa perjuangan PH pada PRN Melaka tidak melibatkan Muda.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju untuk menggunakan logo PH pada PRN Melaka.

Tegasnya, ia juga akan menjadi ujian permulaan bagi penggunaan logo itu dalam pilihan raya gabungan parti berkenaan.

"Seluruh kekuatan PH iaitu Amanah, DAP dan PKR akan hanya menonjolkan logo PH.

"Kita berjuang hanya atas satu logo, satu pendirian dan satu manifesto," katanya.


The Ahmad Maslan

15j ·

*KENYATAAN MEDIA*

*Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 28 Oktober 2021 bersamaan 21 Rabiul Awal 1443H yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-*

*1. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka.*

*2. Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka.*

*3. Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya.*

*4. Majlis Kerja Tertinggi juga memberikan mandat kepada YB Dato’ Seri Presiden, YB Dato’ Seri Timbalan Presiden dan YAB Dato’ Sri Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka.*

*DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN*
*SETIAUSAHA AGUNG UMNO*
*28 OKTOBER 2021*


1635490591930.png

❗
#PRNMelaka: Tarikh pengundian ditetapkan pada 20 Nov, penamaan 8 Nov - SPR

------⁣

❗
Melaka state election: Nominations on Nov 8, polling on Nov 20 - EC⁣

1634536914858.png

TERKINI | DUN Melaka dibubar, pilihan raya negeri jadi pilihan atasi kemelut politik
https://www.malaysiakini.com/news/594144

1633418458754.png



Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Ab Rauf juga mengumumkan DUN Melaka dibubarkan hari ini.

Kata Ab Rauf nasihat agar diadakan DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali disampaikan kepada Mohd Ali.



Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

Idris merupakan Adun Sungai Udang.

"Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Okt 2021," katanya Ab Rauf.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.

Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak Covid-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.

Untuk rekod sehingga malam tadi, 88.2 peratus populasi orang dewasa di Melaka sudah divaksinasi sepenuhnya.
[Laporan lanjut menyusul]


LIVE: Speaker Melaka bakal buat pengumuman mengenai pembubaran DUN


LIVE | Melaka Bergolak : Pakatan Harapan Pula Adakan Sidang Media
Sidang Media Pakatan Harapan Negeri Melaka


1633326579163.png


Empat Adun tarik sokongan pada KM Melaka

Diterbitkan: Oct 4, 2021 1:47 PM

Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang hari ini mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, beraama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri.

“Sekali gus empat orang kami akan mencari jalan memberi peluang kerajaan ini dapat ditubuhkan untuk terus berjalan di masa hadapan,” katanya


Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
4 adun umno masuk PH ye..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
"Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat," kata Anthony Loke. -BeritaMkini

1633077416502.png


Bibit-bibit k'jaan perpaduan mula disemai di Melaka?


Diterbitkan: Oct 1, 2021 4:25 PM


Timbul spekulasi mengatakan bahawa kerajaan negeri baru atau kerajaan perpaduan baru dibentuk di Melaka yang dipimpin BN selepas parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran kepada pembangkang.

Ia membawa kepada perbincangan yang diadakan semalam antara Adun Pakatan Harapan (PH) dan kepimpinan PH pusat yang dihadiri oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke malam tadi, lapor Sin Chew Daily.

Ketika dihubungi, Loke mengesahkan mengenai perbincangan yang diadakan antara pemimpin PH dan Adun dari gabungan mereka di pejabat Anwar di Petaling Jaya semalam.

"Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat," katanya.



Dia bagaimanapun menafikan menerima jemputan untuk PH membentuk kerajaan baru dengan parti kerajaan ketika ini.

"Tidak betul untuk mengatakan mereka ada beri tawaran," katanya.

Loke enggan mengulas lanjut, terutama berkaitan dengan kemungkinan kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam isu negari.

Laporan Sin Chew yang memetik sumber mengatakan bahawa Umno, Bersatu dan Adun bebas, menjemput PH untuk bekerjasama dan seterusnya memungkinkan kemungkinan perubahan kerajaan.

Laporan itu juga menatakan bahawa beberapa Adun, khususnya daripada DAP tidak setuju sekiranya PH bekerjasama dengan gabungan kerajaan negeri.

Bekas ketua menteri Melaka dan Adun Sungai Udang, Idris Haron dikatakan merupakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.

Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan, Adun Telatu Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan Adun bebas, Norhizam Hassan Baktee.

Sebanyak 11 Adun dijemput ke mesyuarat di pejabat Anwar semalam untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dengan parti kerajaan di Melaka.

Dalam pertemuan itu, empat Adun DAP tidak setuju dengan prospek untuk membentuk pakatan berkenaan, dengan alasan kurangnya etika dan integriti politik. Mereka berpendapat bahawa kerjasama seperti itu tidak akan diterima secara meluas.

Idris dipetik sebagai menafikan bahawa parti kerajaan di Melaka akan bekerjasama dengan pembangkang.

Malasiakini juga menghubungi beberapa wakil Adun untuk memberi komen.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali mengatakan bahawa kerajaan negeri menawarkan perjanjian baru, yang terdiri daripada lima cadangan, kepada wakil rakyat pembangkang negeri, demi mencapai kestabilan politik, mengekang pandemik Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.

 

lats840

Active+ Member
Messages
3,230
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,230
Reaction score
929
Points
81
Tapi tapi
Ph ckp xkan terima katak
So mcm mane ni? Kene scam ke?

Ishhhh...
Mana ade katak2.....
Di mata dio, kira mcm dpt hidayah...
Petunjuk jalan yg bonar....

Psstt... Ado PM baru ko lpas ni...
Hehehhe...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,634
Points
2,376
Ishhhh...
Mana ade katak2.....
Di mata dio, kira mcm dpt hidayah...
Petunjuk jalan yg bonar....

Psstt... Ado PM baru ko lpas ni...
Hehehhe...

Melaka dapek KM baru?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

Kerajaan Melaka bakal tumbang?​


October 1, 2021 4:25 PM

Sulaiman-Md-ali-Adly-Zahari.jpg


Bekas Ketua Menteri Adly Zahari (kanan) dikatakan sedang mengusahakan gerakan untuk merebut kembali jawatan itu daripada Sulaiman Md Ali, selepas digulingkan pada Februari 2020 susulan kejatuhan kerajaan PH.

PETALING JAYA: Spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan.

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak.

“Umno dan Bersatu tidak tidak berminat untuk bekerjasama satu sama lain setelah keputusan Umno menarik sokongan daripada Bersatu pada 3 Ogos.


“Keempat-empat ADUN telah mengesahkan sokongan untuk PH,” katanya yang menjelaskan mereka boleh menyertai PH sebagai wakil bebas atau bergabung secara rasmi dengan pakatan itu.




Sumber itu berkata, pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya dibuat minggu ini namun ia ditangguhkan.
“Sekarang mereka jangka untuk buat pengumuman rasmi pada minggu depan atau minggu selepas itu,” katanya.

“Empat ADUN itu juga sedang menunggu untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Ali Rustam.”

ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis mendakwa bekas Ketua Menteri Adly Zahari juga sedang mengusahakan gerakan untuk merebut kembali jawatan berkenaan, selepas digulingkan pada Februari 2020 susulan kejatuhan kerajaan PH.

“Kesombongan peribadi mengatasi rasionaliti. Bekas Ketua Menteri mahu menjadi Ketua Menteri sekali lagi,” katanya kepada FMT.
Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, menyertai Umno pada Januari lalu selepas dipecat PKR pada Mac 2020. Dia berkhidmat sebagai ADUN bebas selama sembilan bulan.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh mengakui ada mendengar khabar angin mengenai kerajaan Melaka diterajui parti itu bakal tumbang, namun tidak dapat mengesahkan dakwaan empat ADUN akan menyokong PH.

“Saya ada dengar-dengar tapi maklumat terperinci saya tidak terima lagi, saya akan dengar dulu (dakwaan lompat parti), baru saya akan panggil (Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali),” katanya kepada FMT.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,634
Points
2,376
KM dari PH lak ke pasni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register