BN dijangka umum calon hari ini

CG Sponsors




Mata38

Fun Poster
Joined
Jan 30, 2013
Messages
944
Reaction score
4
Points
15
Tarikh:
10-4-2013



Kuala Lumpur: Spekulasi bertiup kencang semalam bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) hari ini, iaitu hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuaratnya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi.

BERNAMA melaporkan pengumuman yang amat ditunggu-tunggu itu, jika benar berlaku dibuat genap seminggu selepas pembubaran Dewan Rakyat dan ketika melancarkan manifesto BN Sabtu lalu, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan meneruskan usahanya melaksanakan transformasi terhadap negara dan kehidupan semua rakyat.

Sementara itu, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat kepada hampir 2,000 kepemimpinan BN peringkat bahagian, negeri dan Pusat berkaitan PRU-13, hari ini.

Najib dijangka mengetengahkan pelbagai isu yang wajar diberi perhatian, termasuk berkaitan manifesto parti dan langkah pengukuhan jentera pilihan raya.

Inti pati amanat Pengerusi BN itu turut memberi tumpuan berkaitan calon serta penyandang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang dijemput hadir pada majlis itu, terutama isu sabotaj parti jika tidak dicalonkan semula.

Sumber Ibu Pejabat BN memaklumkan, Najib yang juga Presiden UMNO akan menumpukan kepada aspek keutuhan parti yang memerlukan kerjasama berpasukan untuk mencapai kemenangan dua pertiga.

Nasihat kepada wakil rakyat yang tidak dipilih semula juga diketengahkan bagi memastikan mereka kekal menyokong calon parti, sekali gus mengutamakan parti bukan kepentingan peribadi, katanya kepada BH semalam.

Majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan bermula dengan sesi penerangan mengenai manifesto BN pada jam 10 pagi di mana semua kepemimpinan parti diberi taklimat oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.

Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun pula akan menjelaskan mengenai peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU kali ini supaya dapat difahami kepemimpinan parti dan seterusnya disampaikan kepada jentera PRU, ahli akar umbi dan pengundi.
 
Sponsored Post

aizaf

Active Member
Joined
Oct 17, 2007
Messages
2,293
Reaction score
0
Points
20
xde pun umumkan....dah nak mlm dah
 

ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
td aku dengar dalam berita petang radio ikim.fm kata dalam minggu nie...boleh jadi ari jumaat, sabtu atau ahad:)
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,367
Reaction score
66
Points
30
esok atau takder ilham lagi...hahaha
 

asuadi

Active Member
Joined
Jan 7, 2013
Messages
1,975
Reaction score
217
Points
38
calon BE END semestinya seorang yang pengampu dan penjilat tegar macam rais yatim.. baru la boleh jadi calon
 

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,835
Reaction score
639
Points
161
Najib bagitahu dlm minggu nilah TT..
Apa yg penting calon BN ditentukan Presiden UMNO, Bebas kes RASUAH, xda rekod jenayah e.g. kokak gigit telinga pegawai polis dan paling penting winnable candidate. :D
 

SUPERFOREX_AEDIN

Legendary Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
10,345
Reaction score
72
Points
130
tempat aku bn ambek calon dr daerah luar,sangat menyakitkan hati kepada ahli bahagian seolah olah org tempat aku tiada yang layak...ramai dah ahli bn blah dan turunkan bendera..
 

ANAZUHUD

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 11, 2008
Messages
21,157
Reaction score
96
Points
125
Najib bagitahu dlm minggu nilah TT..
Apa yg penting calon BN ditentukan Presiden UMNO, Bebas kes RASUAH, xda rekod jenayah e.g. kokak gigit telinga pegawai polis dan paling penting winnable candidate. :D
:eek::eek: wauu ada lagi ke calon bn yang berkaliber, bebas rasuah, bersih dan berketerampilan??:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register