BN akan putus syor keahlian bersekutu

CG Sponsors




kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Soal sama ada Barisan Nasional (BN) akan membenarkan kemasukan keahlian secara terus serta peranan sebenar ahli bersekutu atau ahli bergabung dalam gagasan itu akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, akan membentangkan perkara itu kepada Dewan Tertinggi termasuk cadangan pindaan perlembagaan BN.

Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya sudah bermesyuarat beberapa kali dengan semua peringkat tertinggi parti komponen termasuk membentangkan empat kali draf pindaan perlembagaan kepada peringkat pusat.
Katanya, keahlian secara terus tanpa perlu menjadi ahli mana-mana parti secara umumnya sudah mendapat persetujuan semua pihak selepas beberapa kali perbincangan serta pengubahsuaian dilakukan.

“Pada awalnya memang banyak perkara dibimbangi tapi kita atasi dengan mesyuarat dan semangat BN, akhirnya kita melakukan pengubahsuaian serta mengetepikan apa yang tidak perlu,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengu-rusan BN itu.

Cadangan pindaan itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang cenderung menyokong BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen BN.

Ditanya sama ada pihaknya turut mengambil kira kebimbangan disuarakan parti komponen sebelum ini khususnya berhubung hak ahli bersekutu BN bertanding dalam pilihan raya, Hishammuddin berkata semua itu diambil kira.
Beliau berkata yang penting BN bukan saja terbuka kepada pandangan serta lebih inklusif malah juga realistik dalam pindaan yang akan dibawa.

“Sebab itu kita perlu kebijaksanaan dalam melaksanakan perubahan ini... kita dalam BN seperti mana dalam UMNO dulu mengambil kira keadaan di bawah dan tidak berkisar kepada retorik semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata anggota parti komponen mempunyai pandangan berbeza mengenai pindaan perlembagaan BN dan perkara berkaitan ahli bersekutu atau ahli bergabung.

“Rata-rata semua setuju kita boleh menerima kawan-kawan BN (ahli bersekutu). Tetapi soal peranan yang harus diberikan kepada mereka (perlu dibincangkan lagi),” katanya.

Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan semalam turut membuat analisis mengenai pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas; konvensyen BN yang akan diadakan 28 November ini; draf piagam BN dan cadangan pindaan perlembagaan BN.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNakanputussyorkeahlianbersekutu/Article
 
Top
Log in Register