tm_40
Fun Poster
- Messages
- 535
- Joined
- Oct 18, 2007
- Messages
- 535
- Reaction score
- 43
- Points
- 30
Nak nampak releven menjelang PRN kalau tak lagi teruk kena
Dia suka menjawab dan suka kata kat org...tu yg silapDlm isu nie....dalil tghh pun agak bahaya...patut lebih baik diam ja bila isu nie jd...bkn keruhkan lg keadaan dengan dalil2....semua dh sedia maklum pru nie memang duit...tu politik xleh nk elak
Tu la mengeruhkan lg keadaan....bila ada dalil br jd peluru br tu aku pelik....Dia suka menjawab dan suka kata kat org...tu yg silap
dah delete belum retweet tu? ahhahaha.Gerakan Pengundi Sedar
2j ·
Untuk seorang Menteri Pengajian Tinggi yang menjaga universiti-universiti, ini sangatlah memalukan. Low class.
Ahli-ahli akademik berhempas pulas mengharungi segala liku-liku disiplin ilmu dengan sumber-sumber sahih pun akhirnya tak dapat jadi Menteri Pengajian Tinggi.
Ironi sungguh.
https://beritamelayukini.com/.../menteri-pengajian.../
#MenteriPengajianTinggi
Menteri Pengajian Tinggi dikecam, petik sumber palsu di Twitter
JAN 24, 2023
![]()
KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin telah dikecam oleh warga Twitter setelah didapati memetik sebuah akaun Twitter palsu yang juga dipercayai parodi kepada portal media Bernama.
Khaled memetik sebuah hantaran dari akaun @BermanaTV kononnya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan fitnah dan rasuah tidak melanggar peraturan pilihanraya.
“Seperti fitnah, sedekah tidak langgar peraturan pilihan raya – Hadi Awang”, dalam Tweet berkenaan.
Dalam Twit yang dipetik Khaled itu, Khaled menulis “Matlamat MENGHALALKAN Cara, semuanya pass” yang dilihat menyindir Presiden PAS itu.
![]()
Namun, kenyataan Hadi yang sebenarnya adalah berbeza dari yang digembar-gemburkan pihak lawannya.
“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi, orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” kata Hadi.
Hadi mengeluarkan kenyataan itu sebagai respon tindakan Umno Terengganu memfailkan petisyen membantah kemenangan di Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman kerana didakwa terdapat unsur rasuah.
Kenyataan Khaled melalui Twit beliau itu mendapat kecaman dari warga Twitter yang rata-ratanya kecewa dengan perlakuannya itu.
![]()
Dia nak troll tu CMM. Masing2 nak troll musuh belah sanaGerakan Pengundi Sedar

Nami Cob Nobbler
46m ·
Ada orang tanya aku pendapat aku pasal isu sedekah vs rasuah dalam ucapan Haji Hadi tu.
Dalam istilah Islam, seorang yang berduit bagi pada orang yang tak ada duit, itu namanya sedekah. Tapi dalam istilah teknikal undang-undang, kalau calon bagi duit kepada orang awam pada kempen pilihanraya, itu rasuah.
Jadi dia macam kau duduk belah sini kau nampak nombor 6, kau duduk belah sana nampak nombor 9. Tapi disebabkan point of view ni belah atas - maka aku tak nampak nombor 6 atau 9 - tapi bulatan berekor.
Anyway, sebelum PH atau BN nak cakap PAS amal rasuah bla bla bla, jawapan aku, semua parti politik pun bagi duit kat rakyat masa mengundi. Alaahh yang dok ligat kutuk PAS cakap pasal rasuah pengundi tu macam la tak pernah hulur atau terima duit dari parti pujaan masing-masing.
Now, aku bukannya nak backup PAS or PN pasal isu ni, tapi semua orang pun buat benda ni, kenapa PAS atau PN je yang kena? Dulu masa PRN Melaka pun ada gambar viral DAP Melaka bagi nasi bungkus selit RM50 kat celah getah.
Aku bukan nak normalisasi rasuah pengundi ni, tapi aku melihat SPRM kat negara ni bersikap 'siapa bos aku, aku side dia'.
Kalau PH jadi government, dia akan cari musuh dia punya salah. Kalau BN jadi government, dia akan cari musuh dia punya salah. Kalau PN jadi government, dia akan cari musuh dia punya salah.
Padahal semua pun buat salah yang sama.
Kalau PAS dan PN kena disqualify sebab kesalahan rasuah pengundi, rasanya semua orang pun kena disqualify juga sebab semua orang pun buat benda yang sama.
Dan yang paling kuat berkokok pasal PN rasuah pengundi ni sebenarnya aku nampak puak Zahid. Eh kau ni, bos kau ada 40 kes kot. Dia macam orang nak gelakkan orang lain pijak tahi, tapi diri sendiri bergelumang dalam tangki najis. Camano tu?
Sepatutnya puak Zahid kena la sedar dan insaf yang majoriti Melayu memang tolak UMNO sebab Zahid. Maka sepatutnya kau improve parti tu sendiri, reform dan letak orang muda yang lebih bertenaga dan tak terpalit dengan kes rasuah.
Ini mengata dulang, paku serpih. Jadi tak payahlah main retorik ni untuk improve undi Melayu dalam PRN akan datang. Main la retorik bas stop Kota Bharu atap zink ke, air karat ke, tebang balak ke.
Isu yang relevan, bukan isu yang tepuk dulang terpercik air ke muka, atau ludah ke langit kena muka sendiri.
Sedar la sikit, awak tu sekarang tinggal 26 kerusi. Insaflah, berubah la sikit perangai tu kalau nak kembalikan undi Melayu.