Blogger Cucumatkilau (CMK)

CG Sponsors




alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
KUANTAN - Pada 5 Disember 2008 lalu maka genaplah 11 tahun Blogger Cucumatkilau (CMK) mengendalikan laman blog reformasi rakyat www.cucumatkilau.blogdrive.com. Blognya itu adalah antara blog terawal yang mewarnai pentas reformasi politik negara.

Bahkan, beliau juga antara blogger terawal yang lahir dari bumi Pahang Darul Makmur. Kami amatlah berbangga atas perkembangan itu, bahkan berbagai ranjau dan onak duri sepanjang beliau mengendalikan blog tersebut.

Beliau menghasilkan blog tersebut sejak awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998, setelah melihat berlakunya ketidakadilan dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Hingga kini terdapat hampir 1,000 artikel beliau yang boleh didapati sama ada menerui internet atau pun medium yang lain. Anda boleh taipkan sahaja "cucumatkilau" atau "cucu mat kilau" menerusi carian Yahoo atau Google untuk mendapatkan artikel-artikel terdahlu yang ditulis oleh beliau selama ini. Malah ada artikel yang sudah terdelete akibat blog dan web reformasi berkenaan sudah ditamatkan operasi.

Menurut CMK, banyak kepayahan dan keperitan yang dilaluinya itu kini mengajar erti ketabahan untuk menyuarakan kebenaran serta menegakkan keadilan. "Saya melihat, iklim politik di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza di awal gerakan reformasi dulu. Malah perubahan minda rakyat juga telah mendorong kebenaran dan keadilan itu tertegak jua akhirnya. Saya amat terharu dengan perkembangan ini. Saya bukanlah seorang pejuang politik seperti rakan-rakan yang lain. Namun selama lebih 11 tahun saya lebih banyak berada di belakang tabir untuk memantau serta melihat senario ini dari jauh" katanya ketika dihubungi secara online.

Kenangan Pahit Manis Sebagai Blogger

Ketika ditanya apakah kenangan pahit dan manis beliau setelah 11 tahun bergelumang di alam siber. Beliau menjawab;

"Terlalu banyak untuk dikenang, pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah saya terima. Namun kenangan paling pahit saya ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007 lalu. Berita itu telah disiarkan dalam banyak laman blog. Saya dipukul, diugut dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka dengan tangan bergari. Laporan polis sudah dibuat, namun hingga saat ini saya lihat mereka tidak melakukan apa-apa kerja untuk itu. Kemungkinan dalam masa terdekat ini saya akan menfailkan saman terhadap anggota polis terbabit yang telah memalukan saya dan menceroboh kediaman saya" katanya dengan serius
 
Sponsored Post

ripzer

Active Member
Joined
Jan 10, 2006
Messages
2,200
Reaction score
2
Points
25
tahan tanpa waran, bole saman..
sambil tahan pastu pukul, bole saman..
tapi bile dah saman,bile plak nak menang kes? 7 tahun? lama oooo
 
Sponsored Post
Top
Log in Register