BTC USD 44,194.2 Gold USD 1,766.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News BlackBerry 5G Dengan Papan Kekunci Fizikal Masih Akan Di Teruskan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
TCL Communication dan BlackBerry telah tamatkan kerjasama mereka tahun lepas. Bermakna, tiada lagi peranti BlackBerry baharu daripada TCL. Tetapi ini tidak bermakna jenama BlackBerry sudah mati dan tidak akan ada lagi peranti baharu daripada jenama yang cukup terkenal pada suatu masa dahulu.

OnwardMobility dan FIH Mobile adalah pemegang lesen nama BlackBerry dan mereka sudah mengesahkan yang tahun ini, akan ada peranti 5G pertama BlackBerry dilancarkan. Bukan itu sahaja, mereka juga ingin mengekalkan papan kekunci fizikal ikonik QWERTY pada peranti ini dan akan menjalankan Android.

Terkini pihak OnwardMobility telah melancarkan program Pre-Commitment Program untuk mereka yang masih berminat dengan BlackBerry terus menerima informasi dan perkembangan terkini produk mereka. Ia juga menyatakan, sesiapa yang menyertai program ini turut boleh menyumbang idea untuk ciri dan fungsinya. Sudah semestinya, mereka yang telah mendaftar akan mendapat akses awal seperti pra-tempah dan menerima produk pada hari pelancaran.

Kita sudah pun hampir ke bulan Ogos 2021 dan hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun baru. Jadi tidak pasti sama ada, peranti ini akan dilancarkan pada tahun ini ataupun tidak. Kita juga masih tidak pasti jika OnwardMobility akan membawa masuk peranti BlackBerry baharu ke pasaran tempatan ataupun tidak. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
1627352839298.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register