• Forum searching, newly uploaded avatar and existing gif avatar currently not working properly. We are working on it.

Bitcoin Discussion @ CG

Recommended Brokers


Latest Threads

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3

Peningkatan sedemikian dikatakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang hilang keyakinan disebabkan kepincangan ekonomi dan nilai mata wang yang semakin menyusut.

KUALA LUMPUR - Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.

Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak setahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini, mengikut laporan statistik coin.dance.

Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.

Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.

“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.

“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.

Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.

Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.

Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.

Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/01/penggunaan-mata-wang-digital-bitcoin-meningkat-mendadak-di-malaysia/
 
Update # 1
Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular


Dengan lebih 3,000 pengguna wang digital itu di Malaysia, Bitcoin semakin diterima walaupun pernah disangsi Bank Negara disebabkan risiko penggunaannya.

KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali “cryptocurrency”, masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.

Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.

“Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan,” kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.

“Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

“Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000,” katanya kepada FMT.

Low dan Ragunathan merupakan perunding “cryptocurrency” dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.

Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.


Melawan teori biasa

Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan “blockchain”.

Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.

“Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.

“Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat ‘anonymous’ zaman sekarang,” katanya.

Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.

Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.

“Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu,” katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.

Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.


Perubahan sikap Bank Negara

Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.

“Peniaga yang menerima Bitcoin sangat terhad kerana pihak berkuasa masih tiada pendirian jelas tentangnya. Namun semenjak Datuk Muhammad Ibrahim menjadi gabenor, mereka mula meneroka teknologi ini.

“Sudah banyak juga syarikat Bitcoin dari Malaysia dan luar negara berbincang dengan BNM. Tidak lama lagi kajian BNM akan selesai dan kita nantikan apakah perkembangannya,” kata Ragunathan.

Beliau berkata pertemuan pertama komuniti Bitcoin pada 2012 hanya disertai kira-kira 15 orang.

“Sekarang komuniti ini sudah ada lebih 3,000 orang. Kesedaran semakin meningkat. Akhbar pun sudah mula buat laporan, maknanya Bitcoin sudah jadi arus perdana,” katanya.

Low mengulangi mantranya betapa dunia sekarang sedang mengalami perubahan dan ini nasihatnya:

“Dalam hal teknologi ini, tipsnya mudah. Anda lihat tokoh-tokoh pintar seperti Bill Gates, nilai dan ikut langkahnya,” katanya.

Dalam sebuah persidangan industri perkhidmatan kewangan pada 2014, pengasas Microsoft itu dilaporkan berkata transaksi kewangan akhirnya menjadi “digital, sejagat dan hampir percuma.

“Mereka boleh melihat keadaan seribu langkah ke hadapan, dan tahu ke mana dunia ini sedang bergerak. Sebab itu mereka mula membiasakan diri dengan teknologi ini,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/12/tidak-dapat-sentuh-atau-lihat-mata-wang-bitcoin-semakin-popular/
Update # 1
nak buh kat sini jugok..

Pelaburan Bitcoin: Harus atau Haram? Atau Scam?

Banyak betul soalan sebegini dalam ruangan inbox. Sejujurnya saya akui, isu berkenaan bitcoin atau cryptocurrency perlu kepada kajian khusus sama ada peringkat master atau Phd. Namun ia memerlukan kepakaran yang tinggi dalam dunia digital dan sistem monetari Islam.

Namun atas permintaan ramai untuk komen isu ini, di sini saya berikan beberapa idea asas tentang bitcoin. Terutama ditujukan khas kepada mereka yang terpengaruh dengan skim-skim pelaburan berasaskan bitcoin.

1. Bitcoin semakin popular dengan perkembangan teknologi IT dan komputer, khasnya dengan adanya teknologi P2P dan seterusnya membawa kepada teknologi blockchain yang menjadi asas kepada penggunaan bitcoin.

2. Bitcoin diterima umum sebagai mata wang cryptocurrency dan bitcoin bukan satu-satunya cryptocurrency yang wujud di dunia ini ada lagi pelbagai jenis lain seperti etherium, litecoin dan lain-lain. Bitcoin menjadi popular kerana permintaan terhadapnya dan penerimaan masyarakat cyber sebagai alat pembayaran. Bahkan sesiapa sahaja boleh cipta crypto currency sendiri, menggunakan asas blockchain technology,

3. Antara sebab utama menjadikan bitcoin diterima ialah kerana ia bersifat decentralized iaitu tidak dikawal oleh mana-mana autoriti kewangan, dan tidak perlu kelulusan mana-mana autoriti untuk pemindahan, namun ia dikawal oleh satu sistem public ledger yang dinamik untuk memastikan ia tidak diduplikasi atau 'dipalsukan'.

4. Hakikat mudah difahami, bitcoin ialah komoditi crypto yang biasa, tetapi apabila diterima umum sebagai alat pembayaran, maka jadilah ia mata wang internet. Bitcoin tidak didasari oleh apa-apa aset seperti emas dan perak, ia sama seperti wang fiat yang tidak didasari oleh apa-apa aset pendasar. Bezanya wang fiat diiktiraf melalui legal tender oleh autoriti, sedangkan bitcoin diiktiraf oleh masyarakat digital melalui public ledger. Setiap transaksi akan disenaraikan dalam public ledger. Apa itu public ledger? Itu bukan isu yang nak dibincangkan. Bitcoin turut popular kerana pemiliknya sukar dikesan walaupun identiti ada disenaraikan dalam public ledger. identiti yang ada cuma kod sahaja, dan tidak siapa tahu siapa pemilik kod tersebut. Di sini menjadikan bitcoin diminati oleh para penggubah wang haram. Juga bitcoin diminati oleh para spekulator kerana kenaikan harga yang mendadak. Jika anda inginkan bitcoin kerana kagum dengan kenaikan harga bitcoin berbanding dolar, maka anda termasuk dalam para spekulator tersebut.

5. Bitcoin sangat volatile di mana ia boleh naik dengan masa yang singkat akibat permintaan, dan ini menjadi bukti ia juga boleh jatuh dengan pantas. Jangan ingat apabila ia naik ia akan terus selamanya naik. Semakin cepat nilainya naik, menunjukkan ia boleh jatuh dengan cepat juga. Bahkan emas fizikal pun ada naik turun, inikan pula aset yang tiada fizikal. Sampai masa bitcoin akan jatuh harganya walaupun landskap penggunaan wang dunia mungkin berubah dengan adanya blockchain technology.

6. Cara mendapatkan bitcoin yang terbaik ialah dengan melakukan proses mining atau melombong dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi yang menyelesaikan permasalahan matematik yang rumit. Ataupun dengan menjual produk dan meminta bayaran melalui bitcoin. Atau menukar dalam pasaran forex antarabangsa tetapi cara ini sangat berisiko yang banyak dicemari dengan penipuan.

7. Persoalannya adakah penggunakan bitcoin salah di sisi Syariah? Persoalan kedua, bagaimana pula dengan pelaburan bitcoin yang ditawarkan di internet?

8. Pada asasnya, jika bitcoin sekadar digunakan sebagai alat pembayaran, maka bitcoin tidak salah di sisi Syariah kerana ia cuma komoditi biasa yang diterima umum sebagai alat pembayaran. Menurut kaedah asasnya, jika ia menjadi alat pembayaran, maka ia menjadi mata wang, dan ia menerima hukum sama seperti wang, iaitu tertakluk dengan hukum riba. Ada juga pendapat yang tidak mengiktiraf bitcoin sebagai mata wang, tetapi ia cuma komoditi digital yang digilai umum. Apa pun asasnya, ia tetap boleh digunakan untuk alat pembayaran dan medium pertukaran.

9. Cuma dari satu segi yang lain, keputusan BNM untuk tidak mengiktiraf bitcoin sebagai mata wang sah laku di Malaysia adalah tepat kerana bitcoin tidak menepati ciri-ciri Wang berasaskan Syariah kerana tahap volatility yang tinggi. Ia tidak sesuai untuk menjadi pengukur nilai kerana nilanya tidak stabil dan tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Sifat wang yang sebenar dalam Syariah ialah ia mesti dikawal oleh kerajaan. Dalam Syariah, permitnaan terhadap wang mesti mempunyai faktor berikut: Medium pertukaran, pengukur nilai, pembyaran hutang, dan penyimpan nilai. Secara logiknya, bitcoin masih lagi tidak stabil, kerana sifatnya yang decentralized, bagaimana mungkin ia boleh menjadi penyimpan nilai?

10. Adakah pelaburan dalam bitcoin patuh Syariah? Sebelum menjawab soalan tersebut, pertamanya sifat orang tamak, apabila ada sahaja berita tentang bitcoin yang melonjak harganya, maka orang tamak akan mula berminat dengan bitcoin walaupun pengetahuan tentang bitcoin mereka sangat terhad. Keduanya, sudah menjadi lumrah di Malaysia, apabila ada sahaja komoditi yang melonjak harganya mendadak, para scammer akan muncul di situ dengan mencipta pelbagai jenis pelaburan bagi memancing golongan yang tamak dan ***** ini. Peluang menjadi lebih besar apabila si ***** ini tidak tahu langsung apa itu bitcoin dan ini memudahkan mereka memancing mangsa. Justeru, soalan belum dijawab adakah pelaburan bitcoin harus? Jawapannya adakah anda faham dahulu apa itu cryptocurency, kalau tak faham, jangan melabur.

11. Hasil pemerhatian saya dan kajian saya terhadap beberapa artikel dan buku, semua pelaburan yang menawarkan keuntungan melalui bitcoin, atau apa jua cryptocurrency yang ada dunia ini seperti etherium, ripple, litecoin atau monero, semuanya adalah penipuan dan scam. Jangan jadi tamak, kerana otak akan ***** apabila tamak. Semua pelaburan tersebut tidak bebas daripada unsur gharar, taghrir, ponzi, riba dan segala macam yang haram di atas dunia ini terkumpul pada skim pelaburan berasaskan cryptocurrency.

12. Jika seseorang itu berjaya memiliki bitcoin sendiri, dan berjaya menjualnya, wang itu masih lagi harus. Tapi jangan percaya kepada skim melombong bitcoin atau seumpamanya, kecuali anda mampu melombong sendiri dengan komputer sendiri.

Blockchain boleh berkembang dan mengubah landskap ekonomi dunia, tapi pelaburan yang menawarkan keuntungan bitocoin, etherium dan lain-lain itu tetap scam, fraud dan ponzi.

Wallahu A'lam.

Ulasan ringkas oleh:
Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
Sponsored Post

ketupatFX

Active Member
Joined
Feb 14, 2013
Messages
2,214
Reaction score
40
Points
0

Peningkatan sedemikian dikatakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang hilang keyakinan disebabkan kepincangan ekonomi dan nilai mata wang yang semakin menyusut.

KUALA LUMPUR - Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.

Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak setahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini, mengikut laporan statistik coin.dance.

Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.

Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.

“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.

“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.

Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.

Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.

Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.

Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/01/penggunaan-mata-wang-digital-bitcoin-meningkat-mendadak-di-malaysia/
selepas highhway..keluar skim bitcoin..lai lai :D
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,799
Reaction score
553
Points
113
yg join skim mlm pon naik mendadak gak
 

eriq

Active Member
Joined
Oct 18, 2011
Messages
1,043
Reaction score
6
Points
0
yang bestnya DUKE - DUKE bitcoin ni galak cari ahli baru join bitcoin.. serik dah join benda2 mcm ni..
 

wantrader82

Active+ Member
Joined
Oct 8, 2008
Messages
3,892
Reaction score
110
Points
63
tah serik dah dengan online currentcy ni....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register