BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes tonto dan claim insurans kereta semakin merudum, kereta berpusing jalan licin dituang minyak

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,023
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,023
Reaction score
922
Points
171
PETALING JAYA – Beberapa kenderaan berpusing selepas melalui jalan yang dikatakan dituang minyak dalam kejadian pada waktu malam di sebuah laluan di Klang.

Kejadian itu dirakam menerusi video papan pemuka (dashcam) salah seorang mangsa yang memperlihatkan detik cemas kenderaannya berpusing sewaktu melalui jalan tersebut.

Dalam video itu, kedengaran suara dua individu dalam kenderaan tersebut dan seorang mangsa wanita menjerit apabila kereta yang mereka naiki berpusing sehingga melawan arus.

Bagaimanapun, ia berjaya dikawal serta tidak melanggar ke tembok pembahagi jalan dan mereka difahamkan dalam keadaan baik.

Selepas itu, kelihatan sebuah lagi kenderaan dilihat terhuyung-hayang sebaik melalui jalan tersebut dan ia berjaya dikawal, disusuli sebuah motosikal.

Kemudian, datang satu lagi kenderaan menerima nasib sama seperti pemilik ‘dashcam’ itu yang mana ia berpusing hingga melawan arus.

Dalam pada itu, orang ramai melepaskan kemarahan dan berharap sekiranya minyak itu ditumpahkan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, pelaku akan mendapat hukuman setimpal.

“Sememangnya syaitan berhati busuk. Kalau mati mengejut, tanggunglah karma,” kata Yong Kam Hong.

“Semoga celaka kepada pelaku jika ini perbuatan khianat,” marah Riduan Mohd. Yunus.

“Bahaya kalau sampai hilang nyawa,” kata Mazliza Zakaria. – KOSMO! ONLINE


---------
Hati-Hati Gang ‼️‼️‼️

Kalau jalan dari Andalas atau Hospital Besar menghala ke Klang, ingat bawak slow-slow sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya.



1609.jpeg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register