BTC USD 56,892.6 Gold USD 1,778.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bipasha dapat bayaran tertinggi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
NEW DELHI: Aktres seksi terkenal India, Bipasha Basu bakal menerima upah tertinggi dibandingkan jelitawan Bollywood lain bagi persembahan sempena Tahun Baru 2010.

Pelakon itu dijangka menerima antara 1.8 juta hingga 2 juta rupee (RM131,703 hingga RM146,337) untuk persembahan secara langsung di Hotel Sahara Star di Mumbai.

Angka berkenaan adalah yang tertinggi bagi mana-mana bintang Bollywood untuk majlis seperti itu.

“Bipasha layak menerima upah itu kerana beliau membawa suasana glamor ke majlis. Oleh sebab Katrina Kaif tidak terbabit tahun ini, tidak mungkin aktres lain ditawarkan lebih banyak,” kata sumber industri kepada India Today, semalam.

Pengurusan hotel berkenaan juga gembira dengan pembabitan Bipasha untuk persembahan di situ.

“Harga beliau untuk persembahan itu mungkin tidak dapat ternilai. Kami tidak meletakkan harga untuk seni tetapi untuk tujuan tertentu, begitulah harganya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sahara Star, Vivek Kumar.

Bipasha dijangka memberi persembahan mengikut lagu popular termasuk All The Best, Aa Dekhein Zara, Bachna Ae Haseeno dan Race selain lagu kegemaran sepanjang zaman, Beedi Jalaile dan Namak Ishq Ka daripada filem Omkara.

Hanya Katrina dapat mencabar Bipasha dari segi bayaran tertinggi kerana turut ditawarkan 2 juta rupee untuk membuat persembahan di Hotel JW Marriott tetapi terpaksa membatalkannya kerana tidak sihat.

Tahun lalu, Bipasha ditawarkan 1.5 juta rupee (RM109,693) untuk satu persembahan tetapi ia dibatalkan. Pada 2007, dia membuat persembahan di JW Marriot dan dibayar 90,000 rupee (RM6,580).

Seorang lagi bintang yang dianggap semakin malap, Amisha Patel akan membuat persembahan di The Country Club, Dubai, bersama aktor Govinda dan penyanyi, KK, dengan bayaran 60,000 rupee (RM4,387).

Selebriti Bollywood lain yang turut dijangka membuat persembahan di lokasi lain sempena Tahun Baru termasuk Aarti Chabaria, Yana Gupta dan Mahima Chaudhary. Mereka menerima antara 25,000 hingga 50,000 rupee (RM1,827 hingga RM3,655).

Selain Bipasha, aktres lain yang turut menerima jemputan untuk persembahan Tahun Baru termasuk Deepika Padukone, Mallika Sherawat dan Neha Dhupia tetapi tiada antara mereka yang menunjukkan minat. - Agensi
 

CG Sponsors




Top
Log in Register