BTC USD 35,666.6 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biografi Imam Shafie - Anak Muda Yang Senantiasa Mengejar Ilmu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,994
Points
236
Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafie adalah salah seorang Imam besar yang membentuk salah satu aliran ajaran Islam Sunni terbesar di dunia ketika ini iaitu Mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada tahun 767 atau 150H di Gaza, Jund Filastin (kini Palestin) di sebuah pekan bernama Asqala dan merupakan salah seorang yang berketurunan Rasulullah saw. daripada salah seorang moyang-moyang beliau bernama Abdul Manaf al-Kurashi.

Screenshot-121.jpg

Abu Abdullah merupakan salah seorang pengikut Arab Quraisy tergolong dalam kumpulan Bani Muttalib, memberikan keluarga beliau kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat. Namun sejak kecil, keluarganya hidup dalam keadaan melarat memaksa Abu Abdullah dijaga rumah anak yatim. Selepas kematian ayahnya, ibunya Fatimah binti Ubaidillah Azdiyah memilih untuk berpindah ke Mekah bagi membolehkan mereka tinggal lebih rapat dengan keluarga belah ibunya.

Pada ketika itu, Abu Abdullah baru berusia 2 tahun. Di sinilah bakatnya dalam bidang pengajian Islam mula terbentuk.


Belajar Sejak Kecil

Salah satu sebab lain kenapa Fatimah memilih untuk membawa Abu Abdullah ke Mekah, adalah untuk memastikan anaknya itu mampu belajar dengan lebih sempurna. Berkat usaha ibunya, Abu Abdullah berjaya menghafaz kitab al-Quran pada usia 7 tahun, hadis-hadis pada usia 9 tahun serta sebuah kitab karangan Imam Malik bernama kitab Muwatta, pada usianya baru 12 tahun. Selain itu, Abu Abdullah juga mula menunjukkan minat terhadap karya-karya kesusasteraan Arab seperti literatur, puisi dan sajak yang dihasilkan pengkarya lain. Minatnya terhadap bahasa membawa Abu Abdullah merantau bagi mempelajari dialek-dialek dari suku-suku Arab lain.

Kemahiran ini menjadikan Abu Abdullah bukan setakat mempunyai kemahiran dalam ilmu berkaitan Islam, malahan beliau juga cekap dalam memahami dan menterjemahkan karya-karya sastera, cukup kuat latar belakangnya dari segi penguasaan linguistik. Pengaruh kedua-dua aspek ini seterusnya membentuk kaedah penulisan Abu Abdullah, sehinggakan hasil penulisannya sering dipuji tokoh sastera sezamannya disebabkan penggunaan bahasa yang cantik serta pembentukan struktur ayat yang teratur serta mendalam, dari segi kosa katanya.


Mula Menulis Fatwa

Kecerdikan Abu Abdullah dalam penghasilan karya serta ilmu berkaitan hukum-hakam mula membolehkan guru-gurunya memberikan beliau tanggungjawab lebih besar. Pada usia 18 tahun, Abu Abdullah mula dibenarkan untuk mengeluarkan fatwa. Namun perubahan paling besar dalam hidup beliau mula berlaku selepas beliau berpindah ke Madinah, bagi memulakan pengajian dengan individu yang kitabnya telah dihafal semasa kecil lagi iaitu Imam Malik bin Anas.

Kemampuan menghafal serta menceritakan semula isi kandungan kitab Muwatta hasil karangan Imam Malik membolehkan Abu Abdullah diterima sebagai anak murid dan selama 9 tahun, Abu Abdullah setia berdampingan dengan Imam Malik mempelajari pelbagai jenis ilmu yang sudi diperturunkan gurunya, khasnya ilmu dalam bidang undang-undang. Pada usia 84 tahun dalam tahun 795/179H, Imam Malik meninggal dunia meninggalkan Abu Abdullah yang pada ketika itu berusia 29 tahun untuk memulakan perjalanan hidupnya sendiri, berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan.


Terlibat Dalam Urusan Kerajaan Sehingga Di Fitnah

Kemampuan beliau dalam pelbagai bidang, mula menarik minat tokoh-tokoh tempatan untuk mengambil Abu Abdullah sebagai pembantu. Beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Yaman namun nasibnya agak malang, selepas mencampuri urusan politik. Abu Abdullah dituduh turut terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad, sebagai salah seorang pengikut Yahya bin Abdullah, yang mengetuai gerakan pemberontakan bagi menjatuhkan kerajaan. Walaupun tidak dihukum bunuh selepas berjaya meyakinkan hakim bahawa dia tidak terlibat, Abu Abdullah hilang jawatannya di Yaman. Semasa penghakimannya, Abu Abdullah banyak dibantu oleh Muhammad al-Shaybani, salah seorang anak murid Imam Abu Hanifah yang percaya dengan kesetiaan beliau kepada Khalifah.

Di sinilah Abu Abdullah mula rapat dengan Muhammad al-Shaybani, di mana mereka sering bertukar-tukar pandangan serta berdebat dalam banyak isu memperkembangkan lagi skop pemikiran Abu Abdullah dalam ilmu undang-undang. Sebagai guru, Muhammad al-Shaybani mula mendedahkan Abu Abdullah dengan hasil-hasil penulisan pengamal ilmu di Baghdad, serta mula memperkenalkan Abu Abdullah dengan individu-individu lain yang turut sama mempelajari ilmu dengan Imam Abu Hanifah sebagai guru. Ekoran serik dengan kerenah politik serta fitnah yang melanda beliau selepas memegang jawatan dalam kerajaan, Abu Abdullah kembali menjadikan pencarian ilmu sebagai fokus - berikrar tidak lagi akan menjawat apa-apa jawatan yang ditawarkan.

Abu Abdullah kembali ke Mekah pada tahun 804, selepas beberapa perdebatan mula menjadi hangat apabila beliau secara terbuka mengkritik ajaran yang dibawakan Imam Abu Hanifah, ketika mempertahankan pandangan gurunya Imam Malik bin Anas. Semasa di Mekah, Abu Abdullah mengajar undang-undang di Masjidil Haram, mula menggabungkan pandangan gurunya Imam Malik dengan pandangan berbeza Imam Hanafi. Ketika inilah banyak pihak percaya pandangan beliau dalam penulisan hukum-hakam berubah menjadi lebih matang, disebabkan oleh kemampuan beliau untuk mengolah perbezaan-perbezaan dan kelemahan setiap pandangan yang ada, seterusnya menemui solusi yang sesuai sebagai jalan penyelesaian. Dalam masa yang sama, Abu Abdullah mula mendidik seorang pemuda bernama Ahmad bin Hanbal, yang kita kenali sebagai pengasas kepada Mazhab Hanbali/Hambali sekarang.


Bermulanya Aliran Mazhab Shafi

Pada tahun 810, Abu Abdullah selesai menghasilkan kitab karangannya yang diberikan judul Kitabal-Hujjah, sebuah kompilasi fatwa yang ditulis hasil daripada penaakulan ilmu yang dipelajari dari dua guru utamanya Imam Malik dan Muhammad al-Shaybani. Ajaran yang dibawa oleh Abu Abdullah ketika itu turut dikenali sebagai al-Madh-hab al-Qadeem atau 'Ajaran Aliran Lama', mula disebarkan oleh tiga anak murid utama beliau iaitu Al Za'farani, Al Karabisi, Abu Thawir dan sudah tentulah Ahmad bin Hanbal sendiri. Pada ketika inilah aliran yang mula dikenali sebagai aliran Shafie mula dibentuk.

Selepas itu, Abu Abdullah mula merantau ke Mesir bagi mempelajari lebih banyak ilmu khususnya dalam bidang fekah aliran al-Layth bin Saad. Beliau berjaya berguru dengan beberapa orang anak murid hakim terkenal di Mesir itu, membawa banyak perspektif berbeza terhadap pandangannya sendiri sebelum itu. Abu Abdullah menulis kitabnya yang kedua diberikan judul al-Umm (Intipati) yang membawa kepada beberapa perbezaan seterusnya mewujudkan perspektif berbeza yang dinamakan sebagai 'Aliran Baru' atau 'Qawl Jadid.' Semasa di Mesir, anak-anak muridnya yang paling terkenal adalah al-Buwayti, al-Muzani dan al-Rabi al-Muradi. Kesemuanya bertanggungjawab memainkan peranan merekodkan apa saja ilmu yang dicurahkan guru mereka ke dalam bentuk tulisan sebelum Imam Shafie sendiri membetulkan mana yang dirasakan perlu.

Anak murid Imam Shafie mula berkembang, membentuk dua tarikat besar dinamakan sebagai Tarikat al-Khurasanin dan Tarikat al-Baghdadi sebelum kedua-duanya kembali bergabung dalam satu aliran - sekitar abad ke 12. Sepanjang hidupnya, Imam Shafie atau Abu Abdullah telah berkahwin dua kali, menimang tiga orang cahaya mata. Beliau meninggal dunia pada tahun 820/204H ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Bukit Mukattam, Qarafa, Mesir.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register