Bintang Mencari Bintang: Raja Azura terkilan

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
PELAWAK dan pengacara terkenal, Raja Azura terkilan dan terkejut dengan keputusan konsert kedua Kumpulan B, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang mengumumkan anak didiknya, Kelawak mendapat markah terendah.

Dalam pada itu, Raja Azura juga keliru dengan keputusan juri awam yang hanya memberikan 11 daripada 20 markah.

Pada konsert pertama, juri awam memberi 12 markah buat Kelawak.

Meskipun mendapat markah paling rendah, namun Raja Azura akui cukup berpuas hati dengan persembahan anak didiknya, malam tadi.

Minggu ini, peserta BMB diberi peluang untuk membuat persembahan bersama sifu masing-masing.

“Persembahan hari ini agak kemas. Saya berpuas hati. Tapi saya tak puas hati dengan markah. Saya keliru... juri awam nak yang macam mana?

“Kalau persembahan konsert pertama, saya boleh terima tapi hari ini (semalam) mereka sampaikan dengan baik... tapi markah lebih rendah daripada konsert sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas konsert BMB, malam tadi.

Kekecewaan jelas terpancar pada wajahnya serta anak didiknya, Kelawak yang dianggotai Syed Atiq dan Muhd Maaruf.

Raja Azura yakin Kelawak sudah memberikan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Menggunakan idea tentang adik yang mahu mengubah kakaknya yang suka membuli kepada seorang tukang gaji melalui mentera jin dari sebuah buku, Kelawak gagal menarik perhatian penonton.

“Saya tak tahu di mana silapnya, tapi saya akan tengok balik rakaman persembahan tadi.

"Saya terkilan. Saya sangat sedih sebab kepenatan mereka dengan saya sampai jam 3 pagi rasanya tak berbayar,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azura akui gagal membentuk Kelawak ekoran menerima markah rendah dalam dua konsert berturut-turut.

“Apabila markah rendah, saya rasa saya gagal untuk membentuk mereka,” katanya dengan nada kecewa.

Sementara Kelawak turut akui tidak berpuas hati dengan markah yang diterima minggu ini.

“Dari segi persembahan, kami puas hati. Kami buat yang terbaik. Tapi markah memang kami tak berpuas hati.

“Bukan tak puas hati dengan juri awam, tapi kami tak mampu menghiburkan mereka,” katanya.

Markah yang diterima Kelawak pada konsert pertama adalah 40 peratus sementara 41.4 peratus pula bagi konsert malam tadi.
 
Sponsored Post

mynameis

Super Active Member
Joined
May 2, 2012
Messages
6,942
Reaction score
253
Points
81
raja lawak 7,bintang cari bintang -HAMPEH
x tgk pun xpe.lawak tak klakar.:(scam
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,655
Reaction score
21,082
Points
1,671
aritu ak tengok ko je yg kelakar azura oi..budak ko hampeh
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
makin tak lawak dah diaorg...harap ada perubahan..
 

vaseline

Fun Poster
Joined
Jul 18, 2012
Messages
807
Reaction score
0
Points
10
raja azura bkn pelawak. so tak mustahil la idea dia tak menjadi.knp tak letak jalil hamid, os, abon sebagai sifu
 

cip

Fun Poster
Joined
Nov 22, 2012
Messages
567
Reaction score
13
Points
15
Bagus camana pun persembahan tu kalau tak lawak memang la dapat markah rendah..:p
 

nota putih

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,474
Reaction score
0
Points
20
sebab ko banyak syok sendiri jer...nk buat lawak style zaman2 ko..mane orang gelak dah skang...skang lawak educated la...
 

jade83

Active Member
Joined
Jan 7, 2012
Messages
1,676
Reaction score
176
Points
33
xbes mana pun.. raja lawak still lyn coz ada jozan
 

___KIPITOP___

Active Member
Joined
Jun 2, 2011
Messages
2,434
Reaction score
10
Points
25
kau aje yg berpuas hati, org lain rasa x best pon...haha lawak...

btw, aku memula baca tajuk thread ni td igtkan tulis 'binatang mencari binatang: raja azura terkilan'...hahaha
 
Last edited:

cyberiz

Super Active Member
Joined
Oct 1, 2007
Messages
6,014
Reaction score
282
Points
91
Mmg x pernah tgk pertandingan lawak kt tv...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register