Bintang K-Pop, Sulli Di Temui Mati

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,520
Reaction score
2,029
Points
176
14.10.2019 - Seongnam, Penyanyi dan pelakon Korea Selatan Sulli ditemui mati di sebuah rumah di Seongnam, selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap memetik polis pada Isnin.

Menurut polis, artis berusia 25 tahun yang nama sebenarnya Choi Jin Ri, ditemui mati oleh agensi pengurusannya kira-kira pukul 3.21 petang di sebuah rumah dua tingkat di Seongnam, wilayah Gyeonggi.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya, kemungkinan akibat membunuh diri.

Tiada nota bunuh diri dijumpai setakat ini.

“Choi yang tinggal bersendirian itu mungkin bunuh diri namun masih menyiasat jika terdapat motif lain,” kata seorang pegawai polis.

Sulli memulakan kariernya pada 2005. Pada 2009, beliau memulakan karier nyanyian dengan artis berkumpulan dikenali f (x), di bawah label SM Entertainment.

Beliau kemudian berehat sementara pada 2014 selepas menerima komen negatif sebelum aktif semula dengan menumpukan dalam bidang lakonan. Artis itu kemudian mengumumkan untuk meninggalkan kumpulan itu.

Baru-baru ini, Sulli pernah tampil dalam program TV JTBC.

Bintang yang aktif di media sosial itu sering menerima kritikan negatif dan positif ekoran personalitinya yang bebas dan berani.





Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/10/14/bintang-k-pop-sulli-ditemu-mati/
 
Sponsored Post

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,165
Reaction score
86
Points
30
jangan sunflower aku.. jLa mati sudah.. comel kiut miut..
 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,664
Reaction score
893
Points
166
cantik budak dia.. tp society dorang ni mmg shiall.... negara yang gagal..boikot je kpop bodo ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register