Bintang bakal musnah bumi

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Bintang bakal musnah bumi


LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi.

Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.


Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung.


Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan.


Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas.


Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967.


Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington.


Robin Scagell, Naib Presiden Persatuan Astronomi Popular berkata: “Bintang itu mungkin menjadi supernova sedikit masa lagi. Bagaimanapun, tempoh itu masih terlalu jauh. Jangan bimbang.” - Agensi

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bintang-bakal-musnah-bumi/Article
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,256
Reaction score
516
Points
176
aku ada jugak baca berita ni dari cnn kot
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,420
Reaction score
21,052
Points
1,671
propaganda jeni
 

fizex81

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
440
Reaction score
71
Points
25
hanya allah je yang tahu kiamat tu bila.
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
kaki kencing org putih ni
 

revolver

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2009
Messages
3,142
Reaction score
110
Points
33
hmmm... mesti kes nak kuarkan sekuel 2012 plak la tuh... U.S ni memang siru...
 

cipyu

Fun Poster
Joined
Aug 1, 2007
Messages
751
Reaction score
17
Points
15
superman mula2 turun ke bumi pun macam taik bintang gak.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,827
Reaction score
1,873
Points
206
kalo meletop pun jauh lg dari bumi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register