BTC USD 28,171.7 Gold USD 1,939.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bina bahagian pembangunan herba

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ismail Sabri ketika melancarkan Herbal Asia 2014, di Kuala Lumpur, semalam.


KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan bahagian pembangunan herba bagi mempromosikan dan membangunkan produk berasaskan herba di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia kelak mempunyai pekerja dan ketua bahagian sendiri bertujuan memantau peranan dimainkan bahagian itu.

"Pembangunan herba itu bukan sahaja membantu dari segi pemasaran tetapi dari segi dasar, kemudahan selepas tanaman termasuklah kajian dan pembangunan (R&D) produk.

"Tumpuannya kepada produk siap untuk dijual bagi menyokong produk herba berikutan pasaran besar di dalam dan luar negara," katanya selepas pelancaran Pameran Herbal Asia 2014, di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, salah satu tujuan mewujudkan bahagian ini adalah kerana masih ada segelintir petani yang takut melibatkan diri dalam industri herba berikutan khuatir tidak mempunyai pasaran.

Beliau berkata, kementerian sedia bekerjasama dengan mana-mana universiti yang menjalankan kajian pembangunan produk herba.

Katanya, bahagian baharu itu akan bermula pada 15 Oktober ini.

Mengulas pasaran herba yang mempunyai pasaran besar, beliau memberitahu, industri herba negara dijangka berkembang 15 peratus setahun.

"Industri ini dijangka mempunyai nilai pasaran sebanyak RM15 bilion pada 2015 dan RM29 bilion menjelang 2020," katanya.

Orang ramai turut disaran membeli produk berasaskan herba yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Herbal Asia sasar RM8 juta

Herbal Asia kali kelapan dijangka mencapai sasaran transaksi jualan RM8 juta dalam tempoh tiga hari pameran itu berlangsung.

Pengarah Projeknya, Safinah Yaakob berkata, pihaknya mencatat transaksi jualan RM5 juta bagi 70 tapak pameran tahun lalu.

"Tahun ini, Herbal Asia mendapat penyertaan 100 syarikat tempatan termasuk lapan syarikat antarabangsa.

"Antara negara yang turut serta adalahTaiwan, Argentina, Indonesia, Papua New Guinea, Kepulauan Fiji dan Korea," katanya.

Menurutnya, pameran kali ini memberi tumpuan kepada konsep perniagaan ke perniagaan (B2B), yang mana bertujuan mengubah pemikiran pengeluar herba ke pasaran antarabangsa.

Herbal Asia disertai pelbagai syarikat seperti ubat tradisional dan alternatif, minuman dan makanan, kosmetik dan penjagaan kulit.
 
Top
Log in Register