Bimbang tiada anak

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
SAYA ingin bertanya doktor, adakah saya berpeluang mendapat cahaya mata jika saya berjauhan dengan isteri dan hanya sekali seminggu melakukan hubungan seks? Bolehkah saya mendapat cahaya mata hanya pada masa seminggu sekali?




NADRI
Kepala Batas
Pulau Pinang




Perkara ini bukan anda saja yang mengalaminya, malah banyak pasangan muda lain. Selain pasangan yang tinggal berjauhan, ada yang bekerja setiap hari dan kerja ikut syif, walaupun duduk serumah namun tiada masa untuk berintiman dan jarang sekali merancang untuk dapat anak.

Ada juga keadaan di mana pasangan menggunakan masa lapang mereka mengunjungi rumah ibu bapa atau bersosial, sedangkan jarang mengambil masa untuk bersama. Di Singapura, keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Dua Gaji Tiada Seks!

Jadi keadaan yang anda alami itu lebih baik. Anda dapat juga bersama pasangan anda sekali seminggu dan jika kebetulan pada waktu itu isteri anda menghasilkan telur, kemungkinan dia boleh hamil. Di samping itu, anda dan pasangan perlu uruskan kedudukan anda berdua supaya lebih kerap dapat bersama, terutama pada waktu isteri subur.

Anda atau isteri boleh ambil cuti dan jika selepas cara sedemikian masih belum ada apa-apa tanda kehamilan setelah mencuba sekurang-kurangnya enam bulan, anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Anda akan dicadangkan menjalani ujian air mani dan isteri anda menjalani ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan bagi menentukan sama ada dia menghasilkan telur. Jika itu tiada masalah, doktor akan cadangkan dia menjalani ujian x-ray rahim dan salur telur yang dikenali sebagai HSG jika rahim dan salur telur sihat.

Jika perlu, doktor keluarga itu akan merujuk anda berdua kepada pakar kesuburan. Anda dan pasangan anda tidak boleh tunggu lama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan, lebih-lebih lagi jika sudah lama mencuba tapi belum ada hasil.

Selain itu, anda dan pasangan perlu tahu yang umur mempengaruhi tahap kesuburan, lebih-lebih lagi umur isteri. Jadi berusahalah untuk merancang mendapat anak secara serius.

p/s: PAstikan subur :p:p:p:p
 
Sponsored Post

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
pengalamn sendiri...payah jugak nak dapat kalau jd weekend couple ni....:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register