BTC USD 17,300.2 Gold USD 1,803.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bilangan delegasi PM ke New York ‘luar biasa’, Amanah tuntut penjelasan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,297
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,297
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

Bilangan delegasi PM ke New York ‘luar biasa’, Amanah tuntut penjelasan​


September 24, 2022 10:15 PM

Jefridin-Atan-fb-240922-1.jpg


ADUN Johor Jefridin Atan memuatnaik gambar ini di Facebook, mengatakan beliau hadir untuk ucapan perdana menteri di perhimpunan agung PBB.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub meminta penjelasan berhubung bilangan pegawai dan ahli politik yang luar biasa mengiringi perdana menteri ke New York.
Salahuddin dalam Twitter berkata, rombongan perdana menteri dikatakan berjumlah hampir 30 orang termasuk pemimpin Umno.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pejabat perdana menteri mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini,” kata Salahuddin.




Malaysiakini melaporkan, rombongan itu termasuk lapan ahli politik Umno namun Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan antara mereka “tidak dapat menyertai rombongan itu”.

Mereka yang lain turut serta dalam rombongan itu ialah Ketua Umno Pahang dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, Exco Melaka Ab Rauf Yusoh, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan, bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said, Ketua Umno Tanjung Piai Jefridin Atan, Ahli Parlimen Rompin Hasan Arifin, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dan Timbalan Ketua Umno Kedah Othman Aziz.

Malaysiakini juga melaporkan, sumber daripada kerajaan telah mengesahkan kehadiran pemimpin Umno dalam lawatan ke New York tetapi mereka berkata, “tetamu” perdana menteri membayar untuk perjalanan mereka sendiri.

Ab Rauf, Jefridin, dan Shahril adalah antara mereka yang menulis di Facebook mengenai perjalanan mereka di New York.


Shahril berkata, beliau telah tiba sehari lebih awal, pada Khamis, dan telah bertemu dengan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat Ramin Toloui.

“Kami membincangkan beberapa topik utama termasuk Akta CHIPS yang diluluskan baru-baru ini di Amerika Syarikat berhubung impaknya terhadap industri semikonduktor di Malaysia,” katanya.

Isu lain termasuk masalah buruh paksa dan pemerdagangan manusia serta trend ekonomi dunia ketika ini termasuk inflasi, polisi kewangan.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,297
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,297
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1
1664039116663.png



8 pemimpin Umno sertai rombongan PM ke New York

Diterbitkan: Sep 24, 2022 3:19 PM

Dikemaskini: 3:25 PM



Penyertaan lapan pemimpin Umno termasuk di peringkat bahagian dalam rombongan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, ke New York, mencetuskan persoalan kepada sesetengah pihak.

Naib presiden Umno itu berlepas ke bandar raya berkenaan pada 21 Sept bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

Menurut sumber Umno, pada awalnya seramai 10 pemimpin parti itu dikatakan akan menyertai rombongan tersebut. Antara mereka ialah termasuk Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, dan setiausaha agung parti terbabit, Ahmad Maslan.
Bagaimanapun Khaled dan Ahmad tidak menyertai rombongan tersebut.




Turut tidak menyertai rombongan itu Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ketua Umno Baling.


6843f15a5f0e8902cb6ef2eec1af60f9.jpg

Lapan pemimpin Umno yang berlepas ke AS bersama naib presiden mereka itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Ab Rauf Yusof; Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan, bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said; Ketua Umno Tanjung Piai, Jefridin Atan; Ahli Parlimen Rompin, Hasan Arifin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Othman Aziz.

Keberadaan para pemimpin Umno itu di bandar raya New York diketahui umum apabila mereka sendiri menguar-uarkannya melalui hantaran di media sosial. Antara pemimpin yang memuat naik gambar masing-masing di Facebook ialah Wan Rosdy, Ab Rauf, dan Jefridin.


8281886d2049c159342ef1b5b6910460.jpg

Penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan Ismail Sabri itu mengundang spekulasi kerana ia berlaku ketika pemimpin utama parti berkenaan mendesak perdana menteri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU).




Ketiadaan Khaled dalam rombongan perdana menteri ke New York disahkan bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.


Perbelanjaan tanggung sendiri
Malah melalui hantarannya di media sosial, Shahrir turut menyelitkan sindiran dalam pujiannya kepada Khaled serta Ahmad yang juga pemimpin Umno Johor.

"Takkan mesyuarat war room Umno Malaysia diadakan di New York sempena UNGA.

"Tak betullah berita di medsos (media sosial) kononnya naib presiden kita, Khaled Nordin, dan SUA Ahmad Maslan pergi ke New York.
"Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York," katanya.

d62b8423ac19d468c2d07983b7b28b89.jpg

Khaled merupakan bekas menteri besar Johor, manakala Ahmad kini ahli parlimen Pontian.

Shahrir memuat naik kenyataan itu diiringi hantaran media sosial Khaled yang menunjukkan beberapa pemimpin kanan Umno mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti mereka.


Shahrir Samad - Tok Uban

23 September jam 6:28 PG ·

Takkan mesyuarat War Room UMNO Malaysia diadakan di New York sempena UNGA.
Tak betullah berita di medsos kononnya Naib Presiden kita, DS Khaled Nordin dan SUA, D Ahmad Maslan, pergi ke New York.
Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York.
#HonestPoliti
#KembalikanMandatRakyat


465043E7-7D9A-4290-8DB0-6B6EA6E56347.jpeg


Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, meminta Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan kos yang ditanggung untuk membawa pemimpin Umno terbabit ke AS dan kewajaran mereka menyertai rombongan tersebut.

"Rombongan PM ke UNGA di New York dikatakan seramai hampir 30 orang termasuk pimpinan Umno .

"Naik private jet (kapal terbang peribadi). PMO mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini. Umno is Umno," katanya dalam ciapan di Twitternya.

0225901f8da83f4ad9b3cb99cc9cf531.jpg

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas pemimpin Umno yang menyertai rombongan itu, namun setakat ini belum menerima sebarang respons daripada mereka.

Sementara itu sumber kerajaan mengesahkan penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan perdana menteri namun sebahagian besar daripada mereka adalah kakitangan PMO.

"Perbelajaan tetamu perdana menteri semua ditanggung mereka sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,016
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,016
Reaction score
25,546
Points
2,836
Awards
1
Biasa ada je bawa orang sendiri bila pergi lawatan rasmi
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,628
Top Poster #6
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,628
Reaction score
5,788
Points
481
Awards
1
Dengki la tu...atok xdn bawak jln dh terciduk dl hahaha
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,112
Joined
May 29, 2008
Messages
23,112
Reaction score
10,064
Points
631
Awards
1
Umno kaya.. Setakat gi new york lepak jap, balik hari pun boleh..

Amanah ? Korang kne tunggu DAP sponsor..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,736
Joined
Jan 12, 2008
Messages
28,736
Reaction score
5,827
Points
481
Awards
1
Salahuddin...ni je ke yg mampu kau buat?...kartun sungguh....org suruh buat kerja jaga petani...kau naik pentas menangis......
 

midi2020

Super Active Member
Messages
6,534
Joined
Feb 7, 2012
Messages
6,534
Reaction score
480
Points
91
mail sabri nak tunjuk pada zahid kononnya dapat banyak sokongan dari pimpinan umno.. hehehe..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,538
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,538
Reaction score
4,418
Points
261
Awards
1
Mereka adalah think tanker kpd PM
Kerajaan yg bayau
Bukan pakai duit poket kita

BPR pun da masuk
Bole la pegi new york hotel 😂
 
Sponsored Post

Top
Log in Register