'Bila sewa tapak tinggi, harga barang mahal'

Recommended Brokers


balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,955
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri menurunkan harga sewaan tapak perniagaan bagi membolehkan peniaga menawarkan harga barangan yang lebih berpatutan kepada rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, apabila harga sewa tapak perniagaan tinggi, ia turut mempengaruhi peniaga untuk menjual barangan dengan harga yang mahal bagi menampung sewa tapak yang dikenakan ke atas mereka.

"Seperti peniaga pasar tani di Stadium Shah Alam, mereka ini terpaksa membayar kos tapak perniagaan mencecah RM1,000 setahun sedangkan pada pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor dahulu, harga sewaan tapak hanyalah RM240 setahun.

"Bila harga sewaan tapak tinggi peniaga terpaksa menjual barang dengan harga yang mahal bagi menampung kos sewa tapak tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga 2015 peringkat Selangor di Pasaraya Besar Econsave Seksyen 36 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Lai Sia Ling.

Noh berkata, sekiranya kerajaan negeri mengenakan harga sewa tapak perniagaan dengan harga rendah, ia mampu mengekang peniaga daripada mengambil kesempatan menjual barangan pada harga yang tinggi.

Jelasnya, langkah itu secara tidak langsung turut membantu meringankan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen tersebut, Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, antara pasar raya yang terlibat dalam kempen itu, Econsave, The Store, Mydin, Giant dan Aeon Big yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus kepada lebih 82,000 produk.

"Mereka ini telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bebanan yang ditanggung rakyat dan diharapkan langkah ini mampu membantu meningkatkan keuntungan mereka pada masa hadapan," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,282
Reaction score
112
Points
33
barang kat pasar tani shah alam mahal ke..
red suke beli baju reject longgok longgok.. rm 5 sehelai mmg berbaloi la
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,773
Reaction score
561
Points
161
Seperti peniaga pasar tani di Stadium Shah Alam, mereka ini terpaksa membayar kos tapak perniagaan mencecah RM1,000 setahun sedangkan pada pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor dahulu, harga sewaan tapak hanyalah RM240 setahun.
Kata kunci dikesan.
 

mynameis

Super Active Member
Joined
May 2, 2012
Messages
6,928
Reaction score
246
Points
73
bila noh omar yg berkata2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register