Bila David Teo suruh Pierre Andre bertaubat dan bersolat....

CG Sponsors




astalavista6048

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,127
Reaction score
27
Points
30
Pierre budak-budak lagi - David Teo

Apa masalahnya antara David dengan Pierre? Gaduh lagi ke?

Tak ada apalah. Biasa saja. Kes bapa dengan budak-budak maa! Ini punya kes macam seorang bapa tegur anak. Kalau anak buat benda yang bukan- bukan, macam mana? Saya anggap dia macam budak-budak. Saya tak marah dia. Dia macam hisap susu belum habis lagi.

Takkan tiba-tiba ada kes tak puas hati. Mesti ada punca. Gaduh anak dengan bapa pun mesti ada sebab, David.

Itu hari ada script reading di pejabat saya. Saya suruh Azahari (pegawai perhubungan awam MMP) telefon dia bagi tau. Tiba-tiba dia kata dia mau pergi kenduri kahwin anak buah dia. Jadi Azahari ada tegurlah sikit cara dia. Pierre pun marah. Dia kata Azahari cuba ugut dia. Lepas tu dia telefon saya marah-marah non stop macam machine gun. Saya belum sempat nak cakap dia terus matikan telefon. Lepas tu saya tak dapat cakap dengan dia sampai sekarang.

Kenapa dia boleh marah David?

Alah... saya anggap tu perkara biasa bila budak-budak marah. Kalau you ada budak, you mesti perasan budak- budak suka cakap sesuka hati. Kalau orang dewasa bukan macam tu. Kanak-kanak kadang-kadang susah nak ajar. Kita tunggu dia jadi orang dewasa dululah.

David kecil hati dengan Pierre?

Macam inilah saya bagi tau, kalau orang dewasa yang telefon kita, mesti dia minta maaf kalau dia buat salah. Walaupun dia salah, dia akan guna macam-macam alasan untuk minta maaf. Tapi ini budak-budak (Pierre) tak buat macam tu. Saya anggap dia budak-budak sajalah.

Budak-budak pun kena hormat orang tua. Betul kan?

Yalah. Apatah lagi kepada orang yang bagi dia duit. Dia pekerja saya dan saya bagi dia duit (untuk buat kerja). Sepatutnya ada hormat. Tapi tak apalah dia tak mau hormat. Apa boleh buat?

Sekarang David sudah tak mahu peduli dengan Pierre sebab kes itu?

Bapa, kalau mau ajar anak, dia akan buat-buat tak peduli dulu. Dia akan buat tak tau saja. Terpulanglah dia mau "bunuh diri" ke, terserahlah. Bila bapa cakap dia tak mau dengar, biar dia let go dululah.

Adakah David anggap cara Pierre itu macam tak kenang budi sebab David bagi peluang termasuk mengarahkan tiga buah filem?

Orang muda macam Pierre sebenarnya bukan mudah nak dapat arahkan filem. Banyak benda saya bagi dia. Bukan saja arahkan filem tetapi juga peluang yang lain. Tapi sayang sekali bila sudah setengah jalan, dia dipengaruhi macam-macam. Sebagai contoh, seorang budak yang baik, bila mau besar dia berkawan dengan budak-budak liar. Budak baik itu akan terpesong. Itulah yang jadi sekarang.

Budak liar? Maksud David Pierre dah liar berbanding dulu?

Saya cuma bagi contoh saja. Saya tak kata dia liar. Saya tak tahu dia berkawan dengan siapa pun. Cuma contohnya kalau budak yang tak hisap rokok, bila dia kawan dengan orang yang hisap rokok, dia akan jadi penghisap rokoklah.

Lepas ini David tak akan ambil dia berlakon atau mengarahkan lagi filem-filem MMP?

Saya nak tunggu dia sedar dulu. Saya mau ulang lagi sekali, budak- budak memang susah nak ada kesedaran. Kalau tak ada kesedaran macam mana nak teruskan perjalanan? Sebagai contoh, kalau seorang budak itu pegang pisau, selagi dia tak letakkan pisau itu, kita kena tunggulah dia buang pisau itu dulu. Selagi tak letakkan pisau, bapa pun bahaya dan tak boleh tolong.

Kalau Pierre dah sedar lepas ni dan tak jadi budak-budak lagi, David boleh terima dia?

Emm... biar dia datang jumpa dulu dengan sedarlah. Kalau tak sedar nak buat apa? Kita tunggu dululah.

Selama ini Pierre ada masalah tak dengan David?

Sudah tiga tahun dengan saya, tak ada masalah pun. Tiba-tiba saja dia jadi macam ini. Apa hal ni? Jadual dia semua diuruskan oleh Azahari. Tiba-tiba last minute dia kata ada hal peribadi. Dia nak bagi apa-apa alasan pun tak guna sebab kita sudah bagi dia jadual. Kita berniaga juta-juta ringgit. Apa pentingnya kanak-kanak (macam Pierre)? Pada saya tak penting. Saya tak ada masa nak ambil hati atau nak sakit hati pada dia. Orang yang dapat duit sepatutnya malulah sikit sebab dia ambil duit itu kerana janji. Kalau nak cakap pasal kecil hati, saya sepatutnya banyak kecil hati dengan dia sebab saya sudah keluarkan duit berjuta ringgit. Saya panggil pula dia buat filem. Panggil pula dia berlakon. Ini bos banyak baik hati tau!

Ada yang kata Pierre semakin teruk, David perasan tak?

Dia macam budak-budak yang baru nak belajar jadi perangai liar. Saya simple saja. Orang muda kena ikut garis panduan yang syarikat bagi. Dia tak boleh buat sesuka hati. Sebelum buat sesuatu benda saya tanya seseorang itu setuju atau tidak dengan peraturan untuk terlibat dalam produksi saya. Kalau dia setuju, kita sign kontrak. Tapi kalau dia sendiri yang langgar kontrak, dia tak boleh marah orang lain.

Apa yang David nak nasihatkan Pierre?

You jangan lupa tulis ini ya, saya mau you tulis. Cakap pada Pierre, saya mau dia bertaubat dan sembahyang lima kali sehari. Ingatkan Tuhan. Saya pun ingatkan Tuhan sebab itu rezeki saya murah. Saya tak jadi kacang lupakan kulit.


Pandai plak cino ni sruh org taubat yer :D
 
Sponsored Post

astalavista6048

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,127
Reaction score
27
Points
30
david teoh"Saya mau dia bertaubat dan sembahyang lima kali sehari. Ingatkan Tuhan. Saya pun ingatkan Tuhan sebab itu rezeki saya murah."

*ambillah ia sebagai iktibar...hehe
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
adusss....
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
pedih pesanan dia...

makan dalam beb..
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Pandai plak cino ni sruh org taubat yer

hehehehe....no comment..
 

nashburn

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
6,374
Reaction score
66
Points
70
Hahaha...
David Teo ni mmg dari dulu ayat power :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register