- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 23,785
- Reaction score
- 917
- Points
- 176

ALOR SETAR - "Kalau tak di bedah, doktor kata anak saya bila-bila masa sahaja boleh meninggal dunia."
Demikian kerisauan bapa kepada Mohd. Firdaus Che Aad, 23 (gambar), yang mengalami ketumbuhan otak mengenai nasib anaknya itu setelah diberi penerangan oleh sekumpulan doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Doktor kata mungkin sehari, mungkin sebulan lagi dia boleh hidup, saya sudah habis ikhtiar untuk melihat anak saya kembali sihat," jelasnya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan rayuan ibu Mohd. Firdaus, Rohani yang memerlukan bantuan sebanyak RM6,000 bagi kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak. Baru-baru ini hidung anaknya itu membengkak sehingga penglihatannya kabur.