BTC USD 32,833.9 Gold USD 1,777.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 BIL ELEKTRIK: TNB Diarah Selesaikan Kekeliruan, PM Luluskan Bantuan Prihatin Elektrik

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,629
Reaction score
3,998
Points
236
Kadar Guna Elektrik Kediaman Naik 23% Ketika PKP

29.05.2020 - Kuala Lumpur, Kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman meningkat kira-kira 23 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding penurunan 33 peratus penggunaan elektrik secara keseluruhannya di semenanjung, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata langkah kerajaan menutup semua premis perniagaan dan menghentikan aktiviti ekonomi menyebabkan berlaku penurunan penggunaan elektrik di semenanjung serta di Sabah (30 peratus) dan Sarawak (20 peratus).

Katanya, penurunan mendadak paling ketara ialah di pusat-pusat komersial seperti kompleks perniagaan, pusat beli-belah dan hotel, antara 31 dan 47 peratus.

“Bagaimanapun, peningkatan (sektor kediaman) sekitar 23 peratus ini, mungkin bermakna orang (ramai) duduk di rumah mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya program temu bual di TV3 baru-baru ini.

Beliau berkata, sektor-sektor yang mengalami penurunan kadar penggunaan elektrik akan mengambil masa untuk pulih terutamanya sektor industri dan sektor lain yang aktivitinya dihentikan seketika semasa tempoh PKP.

Namun demikian, katanya, terdapat sektor yang menunjukkan pemulihan yang lebih cepat antaranya sektor kesihatan, komunikasi dan makanan.

Menyedari penularan wabak Covid-19 memberi impak yang besar kepada rakyat, katanya, kerajaan memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi termasuk diskaun elektrik berperingkat antara dua hingga 50 peratus yang diberikan kepada 7.5 juta pengguna kediaman di semenanjung.

Selain pengguna kediaman, katanya, pengguna sektor lain yang terjejas turut menerima manfaat daripada pemberian diskaun elektrik tersebut.

Beliau berkata, sebanyak RM569 juta daripada peruntukan Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan TNB sendiri dibelanjakan untuk lebih 9 juta pengguna di semenanjung untuk tujuan itu.

Shamsul berkata, sebagai langkah tambahan, kerajaan bersama TNB telah membuat keputusan bahawa tiada pemotongan elektrik sehingga 31 Julai ini, selain memperkenalkan pelan bayaran mudah untuk pengguna kediaman sehingga Disember serta tidak mengenakan surcaj lewat bayaran sehingga 30 September ini.

Mengenai pelarasan bil elektrik berikutan pengeluaran bil sebenar selepas bil anggaran diberikan sepanjang tempoh PKP, katanya, kementerian dan TNB akan memberikan yang terbaik kepada rakyat serta memastikan rakyat tidak menerima caj yang tidak berpatutan.

Memberi contoh, katanya, jika pengguna menerima bil berjumlah sebanyak RM73.32 untuk kegunaan 280 kilowatt jam (kWJ) elektrik pada Februari, jumlah tersebut digunakan sebagai bil anggaran untuk Mac, April dan Mei.

“Katakan bacaan sebenar pada Jun adalah 1,400 kWJ untuk tempoh empat bulan dari Mac hingga Jun, bacaan sebenar pada bulan Jun bukan dikira berdasarkan blok tarif pada bulan Jun, tetapi dibahagikan kepada empat bulan secara purata supaya rakyat tidak dikenakan caj yang tidak berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan pembahagian secara purata untuk tempoh empat bulan, penggunaan setiap bulan hanyalah sebanyak 350 kWJ dan bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM102.80 sebulan.

“Oleh itu, bil untuk empat bulan adalah sebanyak RM411.20 sahaja berbanding RM681 tanpa kaedah ini,” katanya, yang turut menasihatkan pengguna untuk merujuk laman web https://www.tnb.com.my/prihatin atau perkhidmatan pelanggan TNB.

“Kita akan membantu sebaik mungkin. Jika ada kekeliruan boleh menghubungi TNB atau melayari laman web yang disediakan,” katanya.

editTNB-960x514.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/kad...aman-naik-23-peratus-ketika-perintah-kawalan/
 

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,251
Reaction score
686
Points
201
bil bulan 4 naik lbh 100%..mcm kne tipu dgn tnb je

download-18.png
 
Last edited:

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,680
Reaction score
2,047
Points
206
habihlah, dh dkt 2 bln bil tnb tak sampai2 laie...

biaso rumah den bil bwh rm150 & jrg pakai acond, tapi stat pkp mac 18 hari tu stat pakai acond siang mlm sbb buek kojo di rumah

biaso den buek kojo dgn laptop tumpang acond & wifi free di masjid, library, [email protected] ekekee
 

L7E

Fun Poster
Joined
Jan 2, 2013
Messages
491
Reaction score
12
Points
25
just nak kongsi bil saya biasa dlm 60-65

bil stiap bulan sy byar walaupun dlm pkp cuma anggaran

Feb = 62 - bil sebenar
Mac = 62 - anggaran - tiada diskaun Rangsangan Ekonomi
Apr = 49 - anggaran - ada diskaun Rangsangan Ekonomi
May = 302 (168 selepas tolak bayaran sblum dan diskaun) - bil sebenar (utk 92 hari bermula selepas bil Feb)

saya rasa memang TNB salah kira. bil latest kira keseluruhan jd disebabkan tarif blok berbeza harga (blok mula lebih murah, dan meningkat harga stiap blok)

ni dari observation sy klw salah tlg betulkan
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,707
Reaction score
2,256
Points
191
Itu hari ada satu thread yg kongsikan formula perkiraan dia..

nnti saya cari cari..
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,707
Reaction score
2,256
Points
191
Disini............


Salam,

dalam tempoh pkp ni kerajaan telah mengumumkan tawaran diskaun utk pembayaran bil eletrik mengikut tahap2 dia.. ok kita terima tetapi bil2 yg hadir dalam tempoh PKP ini adalah berdasarkan anggaran mengikut bil yang terakhir..

Jika bil anda sebelum ini adalah rm100 maka bil anda yang akan terima selama tempoh PKP ini juga rm100 (ikut paham saya lah) dan mereka akan buat pelarasan selepas bil selepas bacaan sebenar diambil..

apa yang saya ingin ketengahkan disini adalah dalam tempoh PKP ini confirm akan ada peningkatan didlm pengunaan sbb kita 24 jam duduk dirumah dan RM100 yang dikira adalah bil terakhir sblm PKP.. maka saya andaikan akan ada kenaikan penggunaan sebanyak 30%-40% jika pengunnan anda seblm ini 300KwH sebulan hari biasa maka dlm tempoh PKP ini pengunaan anda akan naik ke 400-450 KwH sebulan (berapa kenaikan diruman anda, tuan2 boleh ambil bacaan meter setiap hari pada waktu yg sama setiap hari atau minggu dan buat purata).

tahukah anda perkiraan diskaun tk bil tnb punya pecahan antara 50%, 25%, 15% dan 2%.. makin tinggi Kwh anda makin rendah nilai diskaun anda terima.

apa yang saya mahu dari tuan2, bolehkah sekiranya tuan2 kira mengikut formula yang diberi oleh pihak tnb dan membuat perbandingan antara bacaan anggaran dengan bacaan sebenar bgi melihat apakah ada perbezaan atau sama nilainya.. cth:

bacaan anggaran anda mengikut bil terakhir sblm pkp adalah: 300
tetapi bacaan sebenar anda tambah 400 - 450 Kwh setiap bulan.

buat perkiraan ini bermula bil januari hingga julai dan pada julai pihak tnb buat bacaan sebenar dan membuat pelarasan. sperti dibawah;

Bil.PNG


dan dibawa ini adalah cara respon pihak TNB cara2 perkiraan dia:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,030
Reaction score
12,943
Points
2,376
1590769289554.png


Gambar fail: Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Kaedah prorata jamin tiada caj lebih bil elektrik


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggunakan kaedah prorata dalam pengiraan bil elektrik bagi membolehkan pelanggannya mendapatkan jumlah penggunaan sebenar sekali gus memastikan tiada caj berlebihan dikenakan.

Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata sebagai contoh, katakan ada pengguna yang menerima bil anggaran pada Mac, April dan Mei, serta akan menerima bil sebenar pada Jun.

Katanya, ini bermakna bagi tempoh empat bulan berkenaan, TNB akan menyelaraskan bil terbabit.

Sebagai contoh, katanya, jika bacaan sebenar ialah 1,400 kilowatt per jam (kWh), yang mana jumlah ini adalah untuk tempoh empat bulan.

Menerusi prorata, TNB akan membahagikan jumlah penggunaan ini kepada empat bulan untuk mendapatkan penggunaan sebulan.

Jumlah yang akan diperoleh ialah 350 kWh untuk sebulan dan akan didarabkan dengan blok tarif sedia ada. Maka, jumlah penggunaannya berjumlah RM102.80 dan untuk empat bulan ini ialah RM411.20, katanya.

"Kaedah yang kita gunakan ini tidak akan menyebabkan pengguna dikenakan caj berlebihan dan sebagai perbandingan, jika kita tidak menggunakan kaedah prorata, penggunaan amaun yang tertera dalam bil ialah RM681," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual di Selamat Pagi Malaysia dalam RTM 1 pagi ini, bagi mengulas mengenai garis panduan baharu operasi TNB.

Megat Jalaluddin berkata, ada pelanggan yang salah faham beranggapan bacaan 1,400 kWh itu akan didarabkan dengan blok tarif sedia ada sekali gus menyebabkan jumlah bil menjadi lebih tinggi.

"Yang sebenarnya, kita menggunakan kaedah prorata dan kaedah ini menjamin tiada caj berlebihan akan dikenakan kepada pelanggan.

"Selain itu, kaedah ini juga sudah disemak serta disahkan Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan jumlah bil adalah tepat," katanya.

Mengenai jika bacaan penggunaan elektrik yang dianggarkan adalah lebih tinggi atau rendah daripada yang sebenar, Megat Jalaluddin berkata, pelanggan perlu menambah bayaran jika penggunaan sebenar adalah lebih atau TNB akan memulangkan semula bayaran dalam bentuk kredit jika penggunaan adalah kurang.

Katanya, sekiranya bil anggaran yang kita keluarkan kurang daripada penggunaan sebenar, maka pengguna perlu menambah bayaran itu.

"Tetapi sebaliknya kita menganggarkan lebih semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) namun bacaan sebenar adalah kurang, kita akan bagi kredit balik kepada akaun pelanggan.

"Banyak aduan kita terima yang mana pelanggan mengatakan mereka pulang ke kampung dan tersekat di sana, jadi mereka tiada di rumah semasa PKP tetapi tetap dikenakan bil kerana kita menggunakan bacaan anggaran mengikut bulan sebelumnya iaitu bulan Februari.

"Namun, jangan risau, kita akan kreditkan semula dalam bil seterusnya selepas kita membuat pelarasan," katanya.

Dalam pada itu Megat Jalaluddin berkata, bermula 1 Jun ini, TNB akan membuka semula semua 125 Kedai Tenaga di seluruh negara berbanding hanya 92 buah yang telah beroperasi ketika ini.

Katanya, 92 Kedai Tenaga yang telah dibuka sebelum ini membabitkan sembilan negeri iaitu Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Terengganu, Kelantan dan Pahang yang mana tahap COVID-19 di negeri berkenaan telah berkurangan dan diklasifikasikan sebagai zon hijau atau kuning.


 

kai2020

Super Active Member
Joined
May 14, 2006
Messages
6,043
Reaction score
826
Points
111
Lg banyak guna diskaun makin kecil..tu tnb pny kiraan di musim pkp ni. Biasa apa2 pn klu lg byk beli lg byk diskaun tp tnb ni terbalik skit...hehe

Pndai tnb buat duit, musim org duk umah ni dh tentula byk guna, x kn berkurung kipas x on, aircond x on..untonla pngerusi yg baru ni..hehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register