Bil Bulan Mac 2020 Anggaran Berdasar Penggunaan Februari 2020 -TNB

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,871
Reaction score
3,229
Points
236
Tenaga Nasional, kini telah mengemaskini laman utama MyTNB, sekaligus memaparkan notis berkaitan sedikit perubahan operasi TNB ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Perubahan ini tertakluk kepada pengeluaran bil bermula 20 Mac 2020 dan seterusnya sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Menurut Tenaga Nasional, mereka akan mengeluarkan bil bulan Mac 2020 yang dianggarkan berdasarkan kepada penggunaan Februari 2020. Sebagai contoh, sekiranya bil bulan Februari 2020 anda adalah RM100, maka bil bulan Mac 2020 juga akan dianggarkan sekitar RM100.

Apa pun, bil Mac 2020 berkenaan akan dilaraskan apabila pembaca meter membuat bacaan sebenar pada meter penggunaan kelak.

TNB juga turut menekankan yang mana tiada bil bercetak yang dihantar pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebagai alternatif, pengguna boleh menyemak penggunaan dan bil semasa melalui portal rasmi MyTNB atau aplikasi rasmi myTNB.



Sumber rujukan https://www.mytnb.com.my
 
Sponsored Post

lelabah

Super Active Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,582
Reaction score
850
Points
121
Bulan lepas tak dapat bil.....tak tau la hilang ke tak. Call careline utk dapat jumlah bayaran.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register