BTC USD 96,279.1 Gold USD 2,898.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bil api akan naik? Bekalan elektrik diswastakan September 2024 - Akses Pihak Ketiga bekalan elektrik berkuat kuasa September 2024

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,774
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,774
Reaction score
4,315
Points
266
Awards
1

Akses Pihak Ketiga bekalan elektrik negara berkuat kuasa September depan​

Oleh Mohamed Farid Noh - Mei 26, 2024 @ 7:18pm
[email protected]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, diiringi Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (kiri) melihat Biojisim berbentuk pellet yang diperbuat daripada kayu dan tandan  kelapa sawit pada Pelancaran Inisiatif Kombinasi Pembakaran Arang Batu Bersama Biojisim di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Pontian, hari ini. Foto BERNAMA

PONTIAN: Kerajaan akan mula melaksanakan Akses Pihak Ketiga (Third Party Access) dalam industri bekalan elektrik negara mulai September ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata perancangan mengenai pelaksanaan Akses Pihak Ketiga bekalan negara itu juga sedang berjalan.

"Insya-Allah Akses Pihak Ketiga dalam industri bekalan elektrik negara akan diumumkan secara rasmi Julai ini dan akan dikuatkuasakan September depan.

"Akses Pihak Ketiga bekalan elektrik ini bermakna ada pihak lain boleh membekalkan tenaga sekiranya ada pelanggan mereka sendiri tanpa melalui dan tidak membeli daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

"Pihak ketiga boleh bekalkan buat power generation (penjanaan kuasa) sendiri dan bekalkan terus kepada pelanggan mereka tetapi akan menumpang 'transmission line' TNB.
"Itulah yang dikatakan Akses Pihak Ketiga. Oleh itu, kerajaan akan buat pengumuman rasmi Julai ini mengenai Akses Pihak Ketiga manakala ia akan dikuatkuasakan September depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Inisiatif Kombinasi Pembakaran Arang Batu bersama Biojisim di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup, di sini hari ini.

April lalu, jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga dan keterjaminan bekalan elektrik di Semenanjung dilaporkan antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, MTN adalah majlis tertinggi terkait dengan penetapan hala tuju dan dasar strategik sektor tenaga negara.

Anwar dilaporkan berkata, ahli MTN ditegaskan mengenai kepentingan kerajaan memberi fokus kepada agenda peralihan tenaga yang direncanakan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Dalam pada itu, Fadillah berkata, pelaksanaan Akses Pihak Ketiga sebenarnya digariskan NETR untuk dilaksanakan tahun depan.

"Bagaimanapun menerusi perancangan dalaman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kita mahu awalkan pelaksanaan inisiatif itu.

"Ia berikutan minat yang tinggi ditunjukkan pelbagai pihak susulan pelabur luar yang banyak membina Pusat Data di negara ini, dan ia memerlukan sumber tenaga yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 40 peratus di dalam campuran bahan api negara menjelang tahun 2035.

Fadillah berkata, langkah itu dijangka dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak 10 juta tan, setahun.
Katanya, kementerian turut mahu meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam campuran bahan api sehingga 100 peratus pada tahun 2050.

"Usaha ini penting bagi memastikan kelestarian alam terus terpelihara untuk generasi masa depan. Inisiatif ini menyokong saranan kerajaan untuk menggunakan biojisim dan biogas dalam penghasilan tenaga sebanyak 1.4 gigawatt pada tahun 2050," katanya.

sumber - https://www.bharian.com.my/berita/n...kalan-elektrik-negara-berkuat-kuasa-september
 
Sponsored Post

HABISLAH! Bekalan letrik bakal diswastakan SEPENUHNYA, bil letrik bakal mencanak naik!​

Satu-satu kerajaan ini cuba menjahanamkan rakyat.
Kini sistem bekalan letrik oleh pihak ketiga sepenuhnya bakal dilaksanakan.

Apa akan jadi pada rakyat terutamanya yang miskin?
Nak cari pendapatan tambahan tapi banyak kekangan masa?

Tertekan dengan kenaikan kos sara hidup tapi buntu tak tahu nak selesaikan macam mana?

undi la lagi dia ... padan muka ... kikiki
 
Nak buat Singapura ning ada banyak provider. Kerajaan kontrol tarif elektrik jangan lebih dari harga siling yang ditetapkan.

Sekarang ning semua elektrik TNB yang supply takda provider lain. So lepas ning jadi macam telco lah, siapa yang ada pakej menarik kat situ orang hurung.
 
ianya sesuatu yg positif kan bang? TNB akan jadi ala ala TM kan?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register