BTC USD 61,956.6 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bidaan nombor plat 'EV' untuk kenderaan ZEV dibuka hari ini

stuck

Super Active Member
Messages
5,054
Joined
Apr 12, 2007
Messages
5,054
Reaction score
395
Points
91
Cyberjaya: Nombor pendaftaran istimewa (NPI) bagi kenderaan sifar emisi (ZEV) dengan tanda indeks 'EV' dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula hari ini melalui sistem JPJeBid, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata, keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 September.

Beliau berkata, NPI EV itu khas untuk kenderaan ZEV saja dan tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan ZEV.

"Pemilik kenderaan ZEV yang tidak berminat masih boleh menggunakan mana-mana nombor siri negeri yang biasa untuk didaftarkan kepada kenderaan masing-masing.

"Seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, sebahagian pendapatan daripada NPI akan disalurkan kepada inisiatif rakyat seperti program penukaran topi keledar secara percuma dan latihan lesen B2 untuk golongan B40," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran JPJePlate di sini, hari ini.


Loke berkata, beberapa piawaian baharu ditetapkan pada papan nombor plat kenderaan ZEV iaitu keterlihatan yang ditingkatkan dengan ciri retro 'reflektif', dilengkapi dengan hologram antiklon untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan serta mempunyai teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

JPJePlate-MY-2024-Mekanika-2.jpg


Beliau berkata, papan nombor plat berwarna putih dengan tulisan NPI berwarna hitam serta stiker jalur hijau dan Jalur Gemilang pada sebelah kiri papan nombor pendaftaran itu sebagai kod warna bagi kenderaan ZEV.

"Pelaksanaan ini ialah usaha kerajaan untuk memperluas pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan (VIS) pintar," katanya.

Susulan pelancaran JPJePlate itu, Loke berkata syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan ZEV boleh mula menempah NPI bagi pihak pelanggan bermula hari ini melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.

Nombor berkenaan boleh didapati pada harga RM98 satu set termasuk papan plat dan nombor plat hadapan dan belakang, pelekat RFID serta caj penghantaran.

Loke berkata, Kementerian Pengangkutan sudah mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri termasuk Persatuan Automotif Malaysia (MAA) serta syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan EV pada 14 Jun lepas.

"Langkah ini bertujuan memastikan inisiatif yang diumumkan ini mendapat maklum balas dan kerjasama baik daripada semua pihak," katanya.

Untuk rekod, sebanyak 12,850 kenderaan EV didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 5,131 pada tempoh sama tahun lepas.


Ringkasan AI

Bidaan Nombor pendaftaran istimewa EV dibuka selama lima hari melalui sistem JPJeBid, khas untuk kenderaan ZEV sahaja.
Papan nombor plat ZEV akan mempunyai ciri retro 'reflektif', hologram antiklon, dan teknologi RFID.
Harga RM98 satu set, dengan sebahagian pendapatan disalurkan kepada inisiatif rakyat seperti program penukaran topi keledar dan latihan lesen B2 untuk golongan B40.
 

Attachments

Last edited:
Sponsored Post

#TahukahAnda: Apakah yang Perlu Anda Tahu Tentang Plat EV Malaysia?

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menerusi agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor plat khas untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV).

Pengenalan plat khas itu dibuat MOT dan JPJ selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain industri automotif dan agensi Kerajaan.


MOTIF PENGENALAN PLAT EV KHAS

Plat EV ialah identiti khas dihasilkan untuk EV yang diperkenalkan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, terutama buat pemilik kenderaan sifar emisi.

Buat masa ini, plat khas itu hanya untuk kegunaan kenderaan jenis bateri elektrik penuh (BEV) dan bukan kenderaan rendah emisi lain seperti hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

APAKAH PLAT KHAS EV?

Plat khas kenderaan BEV merangkumi tiga komponen utama: iaitu plat depan, belakang dan pelekat RFID pada cermin depan.

MOT sebenarnya tidak menetapkan syarat wajib untuk pelekat RFID pada cermin depan (dilekat dari sebelah dalam).

Pelekat itu cuma piplihan ditawarkan kepada pemilik BEV. Apa diwajibkan cuma plat depan dan belakang. Plat baharu tersebut akan mula diguna pakai untuk semua kenderaan BEV baharu yang didaftarkan dengan JPJ.

CIRI REKAAN PLAT KHAS (RPK) EV

Plat EV khas itu dibuat menggunakan aluminium timbul (embossed aluminium) dan bukan plastik akrilik (seperti plat konvensional), dan ditanam cip RFID di dalam. Ini bertujuan menjadikan keseluruhan plat aluminium itu sebagai antena transponder untuk RFID.

Juga ada tertera bendera Malaysia atas plat dengan kod negara untuk memudahkan pengecaman EV itu sebagai kenderaan dari Malaysia. Plat itu juga memiliki jalur holografik seperti yang terdapat dalam pasport atau mata wang Malaysia.

Plat EV berkenaan juga dilengkapi foil khas antipemalsuan pengesahan keselamatan tinggi untuk memastikan ketulenan dan mengelakkan jenayah klon nombor plat.

Juga ada kod QR sebagai tandatangan digital yang mengandungi beberapa maklumat yang hanya boleh diimbas pihak berkuasa.

CIRI KESELAMATAN PLAT KHAS EV

Plat ini bercirikan reflektif retro untuk keselamatan jalan raya yang memiliki lapisan pemantul cahaya seakan papan tanda jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya lain menyedari kehadiran EV jika diparkir di sisi jalan jika berlaku kecemasan.

Menggunakan skru keselamatan khas kalis kecurian, iaitu jenis sehaluan yang digunakan untuk mengikat plat pada kenderaan dan tidak mudah ditanggal keluar.

Skru berkenaan diikat mengikut arah jam, manakala mata skru direka unit supaya tidak boleh dibuka atau ditanggalkan mengkiut pusingan lawan jam.

Bercirikan anti-pemalsuan dengan penggunaan fon unik, hologram dan sistem dwi-identiti (plat dan pelekat RFID masing-masing ada kod QR).

RFID juga menjadi ciri pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang bersepadu pada masa akan datang.
 

Attachments

font tu maybe lain sikit..
tp design ikut uk..
jauh sgt dari indonesia..

Dikatakan ikut euro style..

2637833838.jpg
Apa yang beza nya dengan Euro?

UK bukan bawah EU lagi dah.

Nak sama dengan UK jauh betul beza dengan kita punya sebab background dia warna kuning, font pun jauh beza.

1725876796670.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register