Bicara hadanah anak saudara Sheikh Muszaphar 6 Mei

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
SHAH ALAM 14 Jan. - Permohonan ibu bapa Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abd. Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad mendapatkan hak penjagaan (hadanah) dua cucu daripada bekas menantu serta besan akan dibicara di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 6 Mei ini.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie yang mewakili ibu bapa Datuk Sheikh Muszaphar, Zulqarnain Lukman memaklumkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat di luar mahkamah berhubung tuntutan tersebut.

Zulqarnain bersama peguam syarie Suriati Abd. Ghani yang mewakili defendan, Haryati Mohd. Redza, 32, dan ibunya, Kamar Aziah Ahmad, 62, hadir di mahkamah hari ini tanpa anak guam masing-masing.

"Hari ini sebutan untuk mengetahui ada penyelesaian atau tidak. Peguam-peguam telah pun berusaha menyelesaikan di luar mahkamah tetapi tiada penyelesaian. Sehubungan itu saya mohon tarikh bicara ditetapkan," kata Zulqarnain.

Sheikh Mustapha, 75, dan Zuraida, 65, selaku plaintif memfailkan permohonan pada 23 Disember 2008 bagi mendapatkan hak penjagaan dua cucu daripada Haryati serta Kamar Aziah selepas kematian anak mereka, Sheikh Mustaffa Shukor Al-Masrie Sheikh Mustapha.

Sheikh Mustaffa Al-Masrie yang bekerja sebagai jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
 
Sponsored Post

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
nak jaga cucu pun nak berebut:-?:-?
jaga sama-sama tak boleh ker:-?
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ibu anak2 tu kan ada lagi takkan laa tak blh jaga dan nak biarkan anak dia begitu saja. Takkanlah benda mcm ni pun nak berebut. Jagalah sama2 dan doakan semoga cucu tu sihat dan elok. Tak faham aku ada gak org cam ni
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
ni mesti ada kes dia buat camni
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,308
Reaction score
1,227
Points
221
dah monopos...sebab tu nak rampas cucu dia tu dari mak dia sendiri...ahahahah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register