BTC USD 64,026.1 Gold USD 1,776.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bibir Merah Menyala Neelofa Bersama Avon!

zanaa

Active+ Member
Joined
Jul 25, 2012
Messages
3,092
Reaction score
415
Points
41
Bibir, merupakan tarikan utama bagi si cantik dalam menyerlahkan personaliti seksi dan memukau. Tambahan pula bibir tersebut dicalitkan dengan rona warna yang menarik, pasti memukau setiap mata yang memandang. Dengan revolusi hebat, kemilau mutiara kini mampu diserlahkan dengan calitan teristimewa daripada rangkaian produk Avon iaitu Ultra Color Rich Brilliance Lipstick.

Neelofa-with-Avon-UCR-Brilliance-Lipstick.jpg


Kilauan mutiara persis bintang-bintang dilangit kini boleh diabadikan pada bibir lembut anda. Malah, ianya turut memberikan limpahan kemewahan dimana keindahannya mampu diwarisi dari generasi ke generasi.

Hasil gabungan teknologi terkini, syarikat mekap no.1 telah menghasilkan gincu mewah yang berkualiti dan berinovatif . Hasil adunan eksklusif daripada pigmen ala mutiara berprismatik, ianya mampu menyerlahkan sinaran keunikan dan kemewahan dari apa jua sudut ianya dipandang.

Keistimewaannya, ianya seakan-akan memahami naluri anda dimana ianya mudah untuk dipadankan dengan warna dasar kulit. Bagi anda yang inginkan lebihan sinaran kegemilangan, gincu ini mampu memberikan 125% lebih kilauan dari Ultra Color Rich Lipstick biasa.

Dirumus khas dengan Ekstrak Honey White Clover dan Badam, ianya bukan sahaja mampu berkilau bak permata tetapi turut memberikan kelembapan dengan merubah bibir anda dari kusam ke lembut berseri.
Didatangkan khas dengan 10 rona bersinar terbaik, Rouge Luxury, Berry Glitz, Crimson Twilight, Brilliant Ruby, Vermilion, Pink Paparazzi, Sienna Sparkle dan Sumptuous Cerise.

Bagi pengemar barangan kosmetik, gincu mewah ini didatangkan khas dalam bekas merah jambu terang dengan corak ala ‘quilt’ pada batang gincu untuk sentuhan menawan. Usah gusar sekiranya anda perlu bertandang ke majlis kerana aksesori ini merupakan pilihan yang terbaik.

sumber: http://www.ohbulan.com/bibir-merah-menyala-neelofa-bersama-avon/
 
Sponsored Post

ihw666

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2010
Messages
6,063
Reaction score
23
Points
70
tak kecik la.. terpenyek je..
johari je mengenal manikam.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register