BTC USD 28,261.9 Gold USD 1,938.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biawak bersantai dalam kolam renang takutkan tetamu, terpaksa panggil renjer

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
biawak.ashx


KOTA KINABALU: Kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah dipanggil setelah seekor biawak didapati berenang di kolam renang di sebuah resort tepi laut di Kinarut kira-kira 15 Km dari sini.

Kemunculan reptilia berukuran dua setengah meter panjang di kolam renang itu secara tiba-tiba mengakibatkan tetamu resort lari lintang-pukang, Selasa.

Pegawai-pegawai resort menghubungi Unit Penyelamat Hidupan Liar, yang mana kakitangannya mempunyai pengalaman dalam menyelamatkan gajah, orang utan dan buaya.

Apabila renjer hidupan liar tiba di resort, biawak tersebut masih berada di kolam renang.

Reptilia itu ditangkap dalam tempoh beberapa minit.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Dr Sen Nathan berkata biawak ini dilepaskan di hutan simpan Kawang, Rabu. -mstar
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register