Biar tin Milo jadi saksi di hadapan Allah.

CG Sponsors




Sponsored Post

lambda123

Super Active Member
Joined
Aug 10, 2008
Messages
7,338
Reaction score
448
Points
81
Biar tin Milo jadi saksi di hadapan Allah.

"Dr... sampai bila PAS nak bergantung kepada kutipan derma untuk biaya aktiviti parti?" Tanya seorang kawan yang tak terlibat dalam mana-mana organisasi parti.

Sampai kiamat Syeikh! Selagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ada dan perjuangannya teguh atas dasar Islam, maka selagi itulah mereka yang cintakan perjuangan Islam akan terus menghulurkan derma selama mana ada bulan dan matahari.

Walau PAS dah perintah Kelantan, ahli dan penyokong PAS Kelantan terus menderma. Ketika PAS perintah Terengganu dan Kedah, ahli PAS di kedua-dua negeri ini terus menderma.

Saya tertarik bila dimaklumkan di Muktamar Alor Setar baru-baru ini bahawa PAS Kedah melancarkan kempen derma 50 sen sehari bagi setiap ahli PAS di Kedah untuk menyiapkan bangunan Kompleks PAS Kedah yang berharga sekitar RM2 juta.

Dalam masa yang sama jangan ingat PAS debek sangat dan bergerak semata-mata dengan derma orang ramai. PAS juga ada aset-aset berharga yang menjadi sumber pendapatan. Kalau pergi shoping di Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu, cuba tanya bangunan supermarket itu siapa pemiliknya.

Derma antara sebab menjadikan ahli PAS rasa bahawa mereka adalah sebahagian dari parti. Ahli PAS majoritinya lebih berfikir untuk memberi dan bukannya untuk menerima. Jatuh bangun parti ini adalah hasil dari pengorbanan susah payah ahli. Malah saya biasa dengar ada ahli PAS yang hadir ke tempat ceramah bersungut hampa apabila dalam majlis tersebut tak dibuat kutipan derma. Mereka dah siap bawa duit untuk derma.

Semasa Himpunan Fastaqim H60k di Kota Bharu tahun lepas, seorang sahabat hampa apabila pemungut derma tak sampai ke tempat dia berada. Lalu 'nak lepas geram' dia masukkan beberapa keping note RM50 ke dalam tabung sebuah masjid yang dia singgah solat dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Dungun.

Ibarat sebuah masjid yang siap dibina oleh kontraktor dengan peruntukan kerajaan dibandingkan sebuah masjid yang dibina secara gotong-royong melalui kutipan derma. Tentu sekali ikatan hati kita dengan masjid yang dibina hasil susah payah sendiri akan lebih dekat dan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

Malah derma bagi orang PAS bukan sekadar dengan duit. Mereka bagi sumbangan lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih bila ada program besar. Mereka hulur beras, kelapa, sayur, rempah ratus untuk kenduri. Mereka wakafkan kereta untuk kegunaan parti. Mereka beli komputer dan perabut untuk pejabat parti. Mereka wakafkan tanah untuk dibina premis parti. Mereka hulur simen, pasir dan batu-bata bila PAS nak buat bangunan. Yang ada kemahiran, mereka hulurkan sumbangan tenaga secara percuma. Belum lagi dikira yang diberi pinjam untuk kegunaan program parti secara percuma.

Bila kita nak buat jamuan laksa sambil menderma, ada tokey laksa yang marah sebab tak bagitahu dia. Sebabnya dia nak bagi 200 kg laksa secara percuma saja. Tokey ikan akan hulur ikan secara percuma untuk buat kuah laksa.

Ada sahabat yang kerja jual tanah lot. Ada 4 lot tanah, 3 lot untuk dia dan baki 1 lot untuk parti. Ada sahabat kerja jual gas. Hasil jualan setiap tong gas, 10 sen dia peruntukan untuk parti. Ada sahabat yang buka car wash. RM1 bagi setiap kereta yang dicuci dia masukkan dalam tabung parti. Ada sahabat yang kerja doktor gigi. Paginya dia kerja doktor gigi, petangnya habis duit hasil cabut gigi dibelanjakan untuk parti.

Ada yang masukkan RM2 dalam tabung sebab dia cuma kerja NGO (Nnoreh Getah Orang). Ada pula seorang sahabat Jabi yang berkemampuan membelanjakan lebih 50k seorang diri untuk biaya pengundi luar Jabi ketika PRU 13.

Biarlah orang hina kita dengan pelbagai gelaran termasuklah gelaran parti tin milo. Dengan izin Allah, tin milo tersebut akan jadi saksi di hadapan Allah nanti.

Tak betul tuduhan ahli parti bagi derma untuk pemimpin bermewah-mewah. Saya dah diamanahkan pegang jawatan dalam parti dari peringkat DUN, Kawasan, Negeri dan sekarang di PAS Pusat. Kita tak dibayar elaun dari mana-mana sumber apatah lagi dari duit derma walau 1 sen. Kalau ada bukti pemimpin yang makan duit derma, tolong adukan secara rasmi untuk tindakan Lembaga Disiplin PAS. Jangan main serkap jarang begitu.

Dr Azman Ibrahim
15/5/2017
Baru aku perasan takde link. Mana copy paste ni? Sertakan link secepat mungkin. Lau tak aku delete je thread ni.
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,602
Reaction score
899
Points
121
Jgn jadi seperti pusat zakat..dpt duit zakat dr penzakat..wat investment,projeka bagai2 dgn kata..utk org miskin..org miskin nk makan minum pakai bagai2..bukan nk tgk bangunan serta keuntungan yg dpt..nama pun zakat..dpt duit terus agih pada fakir miskin sebab dorg kelaparan..kalau nk invest bagai2..sila buat bank atau syarikat pelaburan..1 lagi..zakat tu bukan meringan kan beban tetapi menyelesaikan masalah org islam..kalau stakat nk ringan..tu yg bg seringgit dua ringgit je pada org miskin sedangkan duit berjuta2 didlmnya..dorg ingat saidina umar pikul gandum 5 kilo je kot bg pada seorg ibu yg goreng pasir pada anaknya..check balik..sebesar mana yg saidina umar pikul guni gandum tu dan berapa guni..sehingga ibu itu gembira sgt dgn sistem islam sebenarnya..
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,432
Reaction score
871
Points
171
LGE minta derma tapi takde la pakai Audi Q7.
Pimpinan mangkuk dapat projek juta2, pergi bercuti sampai Krabi, last2 minta derma.
Memang dasar parti mangkuk.
LGE tak mampu beli Q7 harga ratus juta
dia miskin,cuma mampu beli bungalaw harga 2.8 juta ja

penjual beli tahun 2008 harga 2.5 juta
lepas 6 tahun jual cuma 2.8 juta. up 300k ja:))

org lain beli rumah kedai 500k lepas 2 tahun pun dah naik 800k
penjual ni ***** atau "pembeli bijak" kona:))

siapalah bagi derma kat dia ya.
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,732
Reaction score
1,518
Points
191
LGE tak mampu beli Q7 harga ratus juta
dia miskin,cuma mampu beli bungalaw harga 2.8 juta ja

penjual beli tahun 2008 harga 2.5 juta
lepas 6 tahun jual cuma 2.8 juta. up 300k ja:))

org lain beli rumah kedai 500k lepas 2 tahun pun dah naik 800k
penjual ni ***** atau "pembeli bijak" kona:))

siapalah bagi derma kat dia ya.
La markup 300k pun jadi isu pulak ke?


Aduyai.. ikut suka tuan rumah la nak juai berapa rm pun.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,432
Reaction score
2,239
Points
191
apakah maksud tin milo bagi penulis ?
 

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
597
Reaction score
65
Points
30
Cuba buat stail berniaga Al-Arqam dulu.
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,969
Reaction score
736
Points
161
silap tun buat tabung xspecifik nama

patut buat tabung dgn nama

TABUNG BAYAR HUTANG 1MDB, TABUNG BAYAR HUTANG NFC.... baru sedap dengar. TABUNG BAYAR KERUGIAN TABUNG HAJI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register