Biar rakan perkosa adik

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
DUNGUN: Seorang abang tergamak membiarkan adik kandung yang juga seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi mangsa rogol beberapa rakan ketika berkunjung ke rumahnya.

Perbuatan lelaki terbabit juga penagih dadah dengan hanya berdiam diri dalam kejadian pertama tiga tahun lalu, menyebabkan mangsa terus menjadi bahan pemuas nafsu rakannya.

Difahamkan semua lelaki terbabit juga penagih dadah sering bertandang ke rumah berkenaan ketika ibu dan bapa serta adik-beradik mangsa lain tiada.

Mangsa yang mempunyai masalah lembam kini berusia 20 tahun.

Perbuatan seperti binatang semua rakan abang mangsa semakin kerap sejak tiga bulan lalu hingga menyebabkannya disahkan hamil.

Rahsia tiga tahun itu akhirnya terbongkar apabila ibu mangsa berusia 49 tahun melihat keadaan anaknya itu sering loya, muntah dan pening sejak sebulan lalu.

Mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan kesihatan kira-kira jam 8 pagi, Selasa minggu lalu.

Hasil pemeriksaan itu, doktor mengesahkan gadis itu hamil lebih dua bulan.

Terkejut dengan keadaan itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Dungun, jam 6.20 petang hari sama.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa dipercayai dirogol beberapa lelaki yang juga rakan abangnya ketika seorang diri di rumah selepas ibu dan bapanya masing-masing sebagai pembantu rumah dan buruh, bekerja.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dirogol lebih sekali oleh beberapa suspek, rakan abang mangsa dipercayai penagih.

“Anak ketiga daripada enam beradik itu mendakwa pernah dirogol seorang daripada suspek ketika berusia 17 tahun dan sekali lagi mengulangi perbuatan sama bersama beberapa suspek lain menyebabkan dia hamil,” katanya.

Menurutnya, keadaan fizikal mangsa menyebabkan dia tidak mampu mengadu kepada keluarga berhubung kejadian menimpanya.

Beliau berkata, usaha menahan semua suspek sedang dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dugaan dunia...sorang anak penagih dadah seorang lak cacat dah tu ditimpa bala macam nie pula...#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
78
Points
120
ish2..kesian kat pmpuan tu.. mengong punya abang..:mad:
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
aduh....siot tul abang cam nie....!!!
nasib baik abang kite caring....
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
teruk punya abg...
gi hisap dadah wat peerr.. da terbagi dara adik kt owang:(scam...dadah perosak bangsa
 

matlan

Passed Away
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
adoiiiii... dunia dunia....
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
perghhh....

tadak hati perut laa depa nie....

ades....
 

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
ihs.. kesian nyer..
dah la isap dadah..
pastu tak syg adik sendri.. huhuh
 

nizamac79

InstaForex Official, Introducing Broker
Platinum Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
4,605
Reaction score
56
Points
30
beng ong :(scam:(scam
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
teruk punya abg...
gi hisap dadah wat peerr.. da terbagi dara adik kt owang:(scam...dadah perosak bangsa
lepas dia isap dadah dia ajak kawan2 isap dada lak..

~X(~X(~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register