'Biar ada kubur walaupun tidak dibawa pulang' - ibu mangsa

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,826
Reaction score
134
Points
33
New_Project_%289%29_1600664658.jpg


KOTA BHARU: "Hampir sebulan anak saya hilang di laut dan sehingga kini jasadnya belum ditemui.

"Setiap kali solat, doa saya tidak pernah putus mendoakan supaya kematian anak saya bertanda walaupun tidak dibawa pulang ke tanah air," rintih Rosidah Abdul Manaf, 54, iaitu ibu kepada Nik Hafizi Nik Long, 25, yang tergelincir sebelum dibawa arus di Little Beach, New South Wales, Australia, pada 29 Ogos lalu.

Rosidah berkata, sehingga kini dia masih berharap jasad anak anak kelima daripada lapan beradik itu ditemui, walaupun mengakui agak sukar kerana hampir sebulan sudah berlalu.

"Sehingga kini, segala maklumat disampaikan oleh anak saudara saya yang berada di Australia. Pihak berkuasa di sana juga sudah menamatkan operasi selepas seminggu tragedi menimpa Nik Hafizi.

"Makcik buntu memikirkan nasib melanda anak, sudahla jauh di negara orang. Apa yang saya mampu lakukan adalah berdoa dan terus berdoa supaya jasad Nik Hafizi ditemui," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 2 petang waktu tempatan pada 29 Ogos lalu, Nik Hafizi dikatakan bersama lima sepupunya ke lokasi berkenaan untuk memancing sebelum tergelincir dan dibawa arus.

Rosidah berkata, mereka sekeluarga turut mengadakan solat hajat bagi memudahkan segala urusan yang menimpa anaknya.

"Sejak kejadian itu, kehidupan mak cik berubah seratus peratus kerana tiada lagi panggilan telefon daripada Nik Hafizi setiap minggu seperti kebiasaan.

"Makcik terlalu rindukan dia kerana sudah lima tahun tidak berjumpa. Ada kalanya jika duduk keseorangan, makcik menangis kerana mengenangkan nasib menimpa anak.

"Justeru, saya meminta doa seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan jasad anak saya ditemui dalam masa terdekat," katanya.


== bharian
 
Top
Log in Register