butterland
Legendary Member
- Joined
- Jan 2, 2008
- Messages
- 11,417
- Reaction score
- 208
- Points
- 123
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Perbezaan diantara Tuhan dengan Allah s.w.t.
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): 'Ya Allah Ya Tuhanku..' Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan 'Tuhan' ' Robb' dan 'Ilah' yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu 'Tuhan'(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan'Tuhan' .
Para Nabi dan Para Rasul diutus oleh Allah dikalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .
Firman Allah s.w.t.:
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )
Al-Quran juga telah menyebutkan Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita sedia mengetahui ketika mengucap dua kalimah syahadah kita telah mengatakan 'Tidak ada Tuhan melainkan Allah'.Ini bermakna ketika itu kita telah menafikan adanya 'Tuhan', dan yang kita isbatkan hanya Allah, yang wujud hanya Allah sebagai Robb atau Ilah iaitu Pencipta kita, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam ini. Kenapa pula ketika berdoa contohnya kita mengadakan semula Tuhan yang telah kita tiadakan tadi dengan berkata ' Ya Allah Ya Tuhanku'…?
Ketahuilah bahawa Allah adalah pencipta kita dan pencipta kepada seluruh alam ini.Itulah yang perlu kita jawab jika kita ditanya tentang Allah. Dengan itu kita akan dapat merasakan hubungan dua hala yang lebih dekat iaitu antara Pencipta ( Allah ) dengan yang diciptakan( kita sebagai hamba). Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa dalam bahasa melayu maka ucapkanlah ' Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau Wahai Penciptaku / kami…..'
bersambung....