Betulkah tidak ada rasuah di kelantan?

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
http://www.tunpadukatuan.blogspot.com/
BETULKAH TIDAK ADA RASUAH DI KELANTAN?

Assalamualaikum... Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada laporan salah laku membabitkan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan rasuah sejak 18 tahun lalu. Rekod atau pun kecemerlangan ini tentu dibanggakan oleh kakitangan kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan seluruhnya.

Menurutnya setiap kali mesyuarat Exco sebanyak 100 atau 200 surat dari pelbagai jabatan kerajaan diangkat mengenai berhubung permohonan rakyat dibincangkan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Apa maksud Nik Aziz dengan figure itu? Beliau nak menceritakan walaupun banyak surat permohonan dikemukakan tetapi ia bersih dari rasuah. Beliau memberi bukti mudah, iaitu tidak ada laporan mengenai salah laku rasuah di kalangan pegawai kerajaan.

Baguslah kalau begitu dah kita ucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan pegawai kerajaan Kelantan kerana menjadi Kelantan negeri yang bersih dan tanpa dosa. Bagaimana pun apakah boleh dinafikan bahawa rasuah tidak berlaku di Kelantan? Apakah dengan rekod itu ia menjadi penanda aras bahawa Kelantan selamat dengan perilaku rasuah atau tumbuk rusuk atau penyalahgunaan kuasa?

Laporan mengenai rasuah membabitkan pegawai kerajaan, agensi kerajaan dan individu politik banyak dibuat. Malahan pegawai PBT di satu daerah pernah di siasat dan dihadapkan ke mahkamah dan perbicaraanya belum selesai sehingga ke hari ini. Kerana mereka bukan kakitangan awam kerajaan maka mereka tidak termasuk dalam senarai itu dan mencemari reputasi pegawai kerajaan Kelantan.

Tetapi yang jelasnya, rasuah tetap juga berlaku di Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak walhualam alam. Dalam pemberian kawasan balak, kelulusan projek, pemberian tanah untuk dijadikan premis-premis tertentu berlaku rasuah. Berlaku pemberian wang apa dinamakan sebagai imbuhan dan sebagainya. Yang kerap berlaku kontra kokonnya untuk tabung parti. Ini tidak termasuk atau diketahui untuk dilaporkan.

Contoh paling mudah ada seorang Ecxo mendapat kemudahan untuk membina garaj keretanya dan juga pintu pagar rumah isteri pertamanya oleh seorang konbtrektor Cina. Kerja itu dilakukan malam dan siang dalam tempoh dua malam dua hari siap. Tidak ada apa-apa bayaran dikenakan kepada kontrektor berkenaan. Ia dibuat secara sukarela. Adalah dipercayai kontrekotr berkenaan mendapat banyak projek dengan kerajaan negeri di mana Exco berkenaan tukang meluluskannya.

Apakah kejadian seperti itu bukan rasuah? Untuk pengetahuan Tuan Guru itu sesuatu perbuatan rasuah itu tidak payah sampai ianya dilapor dan disahkan oleh mahkamah. Banyak kejadian rasuah yang jelas tetapi dilepaskan oleh mahkamah kerana teknikal. Apakah kejadian seperti itu boleh dianggap sebagai tidak rasuah?

Rasuah terlalu seni sifatnya. Misalnya kita melantik anak menantu kita bekerja di syarikat yang kita menjadi pengerusi itu juga dinamakan rasuah. Pilih kasih, juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga rasuah. Ingatlah besi yang belot tidak boleh dibetulkan dalam acuan yang besar.

Jadi janganlah bercakap perkara-perkara yang sudah jelas kerana ia akan disifatkan cuba menutup buah macang (bacang) masak dalam kilas. Pulaslah simpulah sebanyak mana kilas itu bau macang itu tetap juga akan terhidu keluar. - TPT 42/08
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,243
Reaction score
2,404
Points
201
Rasuah terlalu seni sifatnya. Misalnya kita melantik anak menantu kita bekerja di syarikat yang kita menjadi pengerusi itu juga dinamakan rasuah. Pilih kasih, juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga rasuah. Ingatlah besi yang belot tidak boleh dibetulkan dalam acuan yang besar. [/B]


Kalau ayat ko ni diterima pakai...Pak Lah adaLAH bapak rasuah sebab anak menantu terlibat dalam projek kerajaan dan campur tangan dalam kerajaan.Skandal ECN Libra -Dewa RAsuah segala Dewa:mad:
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
awat lah kau dengki sangat dengan kelantan dan pas ni rentikanlah kerja dengki mendengki ni
 

ganurianz

Fun Poster
Joined
Dec 11, 2005
Messages
967
Reaction score
17
Points
15
meh buat garaj utk kete aku lak, nak tak bang iswara green?
 

maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
yg TGNA cakap berdasarkan data semasa. yg fakta mmg fakta.
jadi negeri lain lagi banyak lah rasuah kalo dibandingkan dgn kelantan?

kenapa la ko tak bukak thread tahniah ke. bukak thread nak burukan org je.

lepas tu tinggal b0doh je thread yg dibukak. kasi ban saje ko ni.

ko bukak thread PAK LAH BAPAK RASUAH.
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
katak ohh katak...:)) isu tgh hangat pasal rasuah dlm umno ni ko x kasi komen ke?? Kalo ade negeri2 PR buat rasuah. dah lame diambik tindakan dah. kes yg xde pon boleh diada ada kan :))

kalo buat statistik...negeri2 PR dgn negeri2 bn ko rase sape raje segala rasuah?? :))

BTW, rasuah org PR akan dihukum tapi org umno akan diselamatkan :))
 

tirani

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
2,639
Reaction score
3
Points
25
nak pi cari jauh2 sampai ke Kelantan tu buat apa...kat2 KL ni pun melambak2..dan berseni2 rasuah ni..tp bila report senyap aje..
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
95
Points
120
TGNA cakap berdasarkan laporan yg melibatkan pentadbiran negeri...

kalau nak bercakap pasal rasuah kedai kopi, rasuah pesalah jalan raya dgn anggota polis... mmg laa x dapek den nak nolong....
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
dah dasar katak..mana la ada otak nak piker...:))
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
katak...ko tahu x sape yg paling untung bile pemimpin ni kuat RASUAH?? sape lagi kalo bukan org yg menyekeh kepale pak lah kesayangan zombi2 umno laa, sape lagi. singapork dah tergadai, penang dah 51 thn pegang tapi 10% pon x sampai hartanah melayu, WPI coming soon!!!

p/s: pulau batu putih yg paling x boleh belah. adeke kate "win win situation". pm singapork siap gelak lagi. tulaa, lantik lagi menteri yg boddoh, gile kuasa n kuat rasuah. ko tahu x rasuah ni boleh menjahanamkan negara!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register