1305
Super Active Member
- Messages
- 9,731
- Joined
- Sep 19, 2008
- Messages
- 9,731
- Reaction score
- 136
- Points
- 73
Surau haram dikompaun
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 24 Okt. - Kerajaan negeri akan mengenakan kompaun terhadap rumah ibadat termasuk masjid dan surau yang dibina secara haram di Selangor.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) berkata, tindakan itu bertujuan bagi menyusun semula pengurusan rumah ibadat di negeri ini.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco pada 9 Julai lalu yang mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun terhadap rumah-rumah ibadat berkenaan sehinggalah permohonan untuk kelulusan daripada kerajaan negeri diperoleh.
"Exco ambil tindakan tegas terhadap struktur baru rumah ibadat yang dibina selepas 8 Mac tanpa kebenaran termasuk masjid dan surau tidak dikecualikan.
"Bagaimanapun, sebelum apa-apa tindakan dilakukan termasuk meroboh, PBT perlu memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini hari ini.
Xavier berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat keluasan pembinaan rumah ibadat baru termasuk pemindahan tidak melebihi daripada 10,000 kaki persegi (3,048 meter persegi).
Dalam pada itu, beliau menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berhubung pembinaan rumah ibadat yang didakwa tidak mendapat kelulusan PBT sebelum ini terutama di kawasan lapang perumahan.
"Masalah sekarang kerajaan BN sebelum ini telah beri kawasan lapang termasuk tempat permainan kawasan perumahan dan kawasan rizab untuk membina tempat ibadat.
"Ini isu sensitif, saya minta supaya semua pihak bersama-sama mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini. Kerajaan negeri sedia bincang dengan sesiapa pun mengenai perkara ini," ujarnya.
Tak baik la buat kenyataan menipu macam ni