BTC USD 16,495.3 Gold USD 1,752.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Betul ke PH beri cuti cukai kepada tokey tokey besar selepas PH menang pru lepas?

timmisegera

Active Member
Messages
1,212
Joined
Feb 4, 2014
Messages
1,212
Reaction score
215
Points
43
Aku bukak thread ni sebab pada aku ni benda besar, isu besar. Betul ke ada cuti cukai masa PH berkuasa dulu? Kita kerja jadi kuli biasa biasa pun mana ada cuti cukai. Aku miss berita ni dulu.
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,552
Paid Membership
Top Poster #5
Joined
Jan 26, 2007
Messages
27,552
Reaction score
4,551
Points
266
Awards
1
PELAKSANAAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan pada kadar sifar peratus pada 1 Jun akan digantikan dengan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mulai 1 September ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, harga barang sepatutnya turun sekurang-kurangnya sebanyak enam peratus selepas kadar sifar GST dilaksanakan.

“Kita sudah buat janji dalam manifesto dan dalam jangkaan 100 hari kita akan laksanakan janji

“Masalah keadaan lebih teruk dari jangkaan kita semasa kita siapkan manifesto. Janji yang dibuat akan ditunaikan tapi ambil kira keadaan kewangan dan tidak jejaskan pentadbiran negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.


Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga bersetuju menetapkan skim kawalan harga sempena hari raya Aidilfitri.

Katanya lagi, kerajaan juga bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Pertanian Negara.

Turut diumumkan ialah pemindahan Program Pusat Permata Negara (Permata) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik rakyat yang membuat inisiatif memungut derma bagi disumbangkan kepada kerajaan.

“Kita akan tentukan derma ini akan sampai kepada pihak bertanggungjawab... semua derma akan diberikan kepada Kementerian Kewangan dan nombor akaun bagi penyaluran derma itu akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Disiarkan pada: May 30, 2018 @ 1:59pm
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,552
Paid Membership
Top Poster #5
Joined
Jan 26, 2007
Messages
27,552
Reaction score
4,551
Points
266
Awards
1
Xkan la TT xtau
Dah lame kot
Pastu PH bukak tabung nama tabung harapan
 

timmisegera

Active Member
Messages
1,212
Joined
Feb 4, 2014
Messages
1,212
Reaction score
215
Points
43
Ni memang direct translation kpd menang bersorak kampung tergadai.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register