BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Betul Ke Durian Bukan Buah Kebangsaan Negara Malaysia?

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
Menerusi carian di Google, betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan bukannya durian. Kalau ditanya tentang bunga kebangsaan Malaysia, mesti ramai yang tahu dan akan menjawab Bunga Raya, manakala haiwan kebangsaan negara ini pula adalah Harimau Malaya. Hari ini, ada satu fakta menarik yang anda perlu tahu dan semestinya akan membuatkan masyarakat terkejut. Bila sebut buah durian, mesti ramai beranggapan ia adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia. Sebenarnya, bukan ya! .. Menerusi hasil carian di Google, buah kebangsaan bagi negara Malaysia adalah betik. Yes, buah betik!

“Biar betul?!”, boleh dikatakan hampir kesemua daripada kami memberikan reaksi yang sama. Disebabkan ramai yang tidak percaya, jom kita ‘gali’ tentang perkara ini.
1695359683250.png
 
Sponsored Post

Betul Ke Betik Adalah Buah Kebangsaan Negara Malaysia? Bukan Durian?

Berdasarkan carian di Google, buah betik adalah buah kebangsaan bagi negara Malaysia dan ia boleh berbuah pada sepanjang tahun.

Tetapi yang peliknya, kenapa gambar dalam Google itu menunjukkan gambar buah durian pula?

papaya-national-fruit-1024x341.png


Google telah mengambil betik sebagai buah kebangsaan kerana memetik sumber dari Wikipedia bagi senarai buah kebangsaan negara-negara tertentu termasuk Malaysia. Dalam senarai tersebut, berikut adalah buah kebangsaan mengikut negara di Asia Tenggara:
  • Thailand: Manggis
  • Filipina: Mangga
  • Kemboja: Pisang emas
  • Vietnam: Buah naga
  • Indonesia: Durian
  • Singapura: Durian
Selain itu, petikan dari Wikipedia yang menyatakan tentang buah betik sebagai buah kebangsaan Malaysia hanyalah diambil dari sebuah laman web bernama ninefruits yang menyenaraikan buah-buahan kebangsaan di negara Asia Tenggara.
betik-papaya-is-malaysias-national-fruit-2.jpg

Sumber lain pula menyatakan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara pengeskport terbesar bagi buah betik di seluruh dunia. Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia adalah pengeluar betik ke-20 di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 65,967 tan setahun berbanding India (pengeluar terbesar) dengan 5,699,000 tan. Pengeksport terbesar betik di dunia adalah Mexico (pengeluar keempat terbesar) dengan 200,000 tan setahun.

Disebabkan buah betik adalah buah kebangsaan, adakah buah ini berasal dari Malaysia? Sebenarnya tidak. Buah betik berasal dari negara Mexico dan Amerika Tengah. Dari segi sejarahnya, buah betik mula dijumpai di Republik Dominican dan Panama pada awal abad ke-16. Semasa Sepanyol menjajah Asia Tenggara pada tahun 1550, mereka telah membawa benih buah betik ke Filipina dan diedarkan ke Semenanjung Tanah Melayu (Melaka) serta Timur India.
 

Tiada Siapa Yang Tahu Sebabnya

Jadi kalau buah betik ini bukan berasal dari Malaysia, kenapa ia digelarkan sebagai buah kebangsaan bagi negara ini? Selepas puas melakukan carian di Internet, tapi tidak berjaya menemui jawapan di sebalik persoalan ini Boleh jadi Malaysia sebenarnya tidak mempunyai buah kebangsaan dan hanya memilih buah betik kerana ia terkenal di Malaysia. Tidak dinafikan, betik ini mempunyai banyak khasiat termasuklah mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, kanser, tekanan darah rendah serta baik untuk memulihkan luka.
betik-papaya-is-malaysias-national-fruit-1.jpg

Walaupun kita semua berpendapat bahawa durian adalah Raja Buah di Malaysia, tetapi betik adalah ‘rockstar’ bagi segala buah. Kalau di negara lain, mereka mungkin hanya mempunyai beberapa jenis buah sahaja. Kita yang tinggal di Malaysia patut bersyukur kerana dipenuhi dengan macam-macam jenis buah seperti Manggis, Rambutan, Langsat, Cempedak dan sebagainya.

Yang penting, semuanya sedap dan menyihatkan!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register