BTC USD 62,058.4 Gold USD 1,767.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berzikir berpegangan tangan dalam bulatan - mangsa bot karam Pulau Tenggol

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Berzikir berpegangan tangan dalam bulatan


KEMAMAN: Hanya zikir dan doa mengingat Allah SWT meniti di bibir 15 daripada 16 mangsa yang menganggap mereka ibarat mati hidup semula apabila terselamat selepas terapung kira-kira 16 jam sebaik bot dinaiki karam dipercayai bocor di bahagian enjin, kira-kira 6.30 petang kelmarin.

Kejadian membabitkan bot jenis katamaran yang ketika itu dalam perjalanan membawa 15 pelancong dalam perjalanan pulang ke jeti Kuala Dungun selepas melakukan aktiviti selam di Pulau Tenggol.

Sepanjang terapung di laut, semua mangsa mendakwa melihat kelibat bot lain tetapi tidak mengendahkan mereka sehinggalah seorang daripada mereka iaitu Loo Kit Choong, 54, bertindak berani membuka jaket keselamatannya. Loo terpaksa memperjudikan nyawanya kerana ketika itu hanya dia masih bertenaga dan melambungkan jaket keselamatan sebelum objek itu dilihat anggota Pasukan Gerakan Marin yang kemudian segera menyelamatkan mereka.

Selain itu, penyelam, Badrulhisham Shariman, 40, turut menggunakan segala kudrat yang ada untuk memastikan mereka mengikut arus dengan menguak kakinya kerana ketika kejadian hanya dia masih memakai ‘flipper’. Semua mangsa dikatakan berada dalam kumpulan dan memegang erat antara satu dengan lain dalam satu bulatan sambil berzikir dan melambung-lambungkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang turut terapung bersama mereka.

Semua 16 mangsa dilaporkan hilang ditemui terapung kira-kira 16 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang iaitu lapan batu nautika dari Pulau Tenggol, semalam.


Sementara itu, pemandu bot berkenaan, Zul Fadhly Yahya, 29, berkata bot yang dikemudinya itu tiba-tiba menjadi perlahan pada jarak kira-kira lapan batu nautika dari Jeti Kuala Dungun. “Apabila toleh ke belakang saya nampak enjin bot hampir tenggelam dan air mula memasuki badan bot,” katanya di Jeti Marin Wilayah Timur di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil keputusan berpatah-balik ke Pulau Tenggol namun botmenjadi semakin perlahan dan apabila air semakin banyak memasuki badan bot, dia mengarahkan semua penumpangnya terjun dari bot.

Katanya, semua penumpang berjaya keluar hanya beberapa saat sebelum bot tenggelam sepenuhnya dan mereka membuat formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu antara satu sama lain. “Waktu itu bot sudah senget.

Saya risau jika mereka tidak terjun, mereka akan tenggelam bersama bot,” katanya. Katanya, semua penumpang berjaya keluar hanya beberapa saat sebelum bot berkenaan tenggelam sepenuhnya dan mereka membuat formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu antara satu sama lain.


-- H.Metro
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
selamat akhirnye..
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
berdoa kpd allah mmg makbul..
 

katsumoto

Active Member
Joined
Oct 21, 2006
Messages
1,783
Reaction score
38
Points
30
salah diri sendiri:
1. pergi skuba masa musim tengkujuh
2. bawak kanak-kanak bawah umur
 

abgpit

Fun Poster
Joined
Nov 5, 2007
Messages
187
Reaction score
0
Points
10
alhamdulillah....allah sentiasa besama mereka yg sentiasa mengingati Nya....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register