BTC USD 26,798.4 Gold USD 1,959.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertumbuk kerana tidak diberi laluan potong kenderaan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
[VIDEO] Bertumbuk kerana tidak diberi laluan potong kenderaan
7309403-C-0-EDB-4-CF4-B994-E5-C25189-F859.jpg

DUNGUN – Hanya kerana berang tidak diberi laluan untuk memotong, tiga pengguna jalan raya bertumbuk di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun di sini, hari ini.


Gelagat tiga lelaki berkenaan termasuk seorang yang memakai kopiah bergaduh tersebut, menarik perhatian ramai sehingga video aksi mereka ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebuah kereta peronda polis telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pergaduhan tersebut.

“Anggota polis bertugas dengan bantuan beberapa orang awam kemudiannya berjaya meleraikan pergaduhan terbabit .

“Hasil perbincangan kemudiannya, mereka yang terlibat bersetuju berdamai dan enggan memanjangkan pertikaian tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, video pergaduhan tiga lelaki itu yang berdurasi 1.52 minit tular di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati perbalahan tersebut tercetus akibat rasa tidak puas hati salah seorang lelaki terbabit kerana tidak diberi laluan untuk memotong kenderaan di hadapannya.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan polis berikutan insiden tersebut diterima pihaknya. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Bergaduh kerana tidak diberi laluan potong kenderaan​

27 Februari 2023 10:33am

2108396.jpg


Tangkap layar memaparkan pergaduhan melibatkan tiga lelaki pada Ahad.


DUNGUN - Pergaduhan melibatkan tiga lelaki di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini yang tular dalam media sosial dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati kerana tidak memberi laluan untuk memotong kenderaan.

Video berdurasi 1.52 minit itu dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya kira-kira jam 8.30 pagi Ahad.

Rakaman tersebut memaparkan lelaki berbaju putih sedang bergelut dengan lelaki memakai baju hitam manakala seorang lelaki berkopiah turut kelihatan dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, susulan kejadian itu polis sudah memanggil kedua-dua pihak untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Katanya, punca kejadian dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati ketika salah seorang pemandu tidak memberi laluan untuk memotong kenderaan di depannya.

"Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan berhubung kejadian ini juga telah pun dibuka.

"Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam, Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Baharudin turut menasihati orang ramai dan pengguna supaya bersikap toleransi dan lebih bertolak ansur ketika berada di jalan raya.

"Patuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register