BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertembung akibat langgar lampu merah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA PILAH - Akibat melanggar lampu merah, seorang pemandu hilang kawalan lalu terbabas merempuh papan tanda Pusat Khidmat Parlimen di lampu isyarat jalan Lester-Kuala Pilah, malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 7 malam melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori tiga tan.

Pemandu Myvi, Mustahim Md Sharif, 24, bersama empat ahli keluarga dan pemandu lori, Mohd Saiful Surazman Dasuki, 30, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber, pemandu Perodua Myvi bersama ahli keluarganya dari arah Seremban menuju ke arah Bahau.

“Tiba di lokasi kemalangan, pemandu terbabit dipercayai tersasar ke Jalan Kampung Dioh kerana didakwa terlepas lampu isyarat hijau ke arah Bahau.

“Secara tiba-tiba lori dari arah Bahau tidak sempat mengelak Perodua Myvi lalu merempuhnya sehingga berpusing dan melanggar papan tanda di situ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abdul Rahman mengesahkan kemalangan itu.

Katanya, akibat pelanggaran kedua-dua kenderaan itu telah merosakkan harta awam iaitu papan tanda Pusat Khidmat Parlimen Kuala Pilah.

“Perodua Myvi remuk teruk di bahagian depan termasuk lori terbabit,” katanya.

Jelasnya, kemalangan itu akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya nasihatkan pengguna agar mematuhi isyarat lampu bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa selain mendatangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bertembung-akibat-langgar-lampu-merah-1.452102
 
myvi lagi? panas juga tengok individu yg suka langgar lampu isyarat merah
 
melanggar lampu merah adalah yang paling bahaya sekali. sepatutnya inilah menjadi sasaran utama operasi.
 
sudah masa untuk hukuman penjara bagi yang mengllangar lampu merah sampai kemalangan...
 
melanggar lampu merah adalah yang paling bahaya sekali. sepatutnya inilah menjadi sasaran utama operasi.

bukan penyebab utama kemalangan bro...no plet xikut spesifikasi adalah sasaran utama operasi,silap tu...~X(

:)paid
 
biasenye yg kejar lampu ni lah yg selalu terjadi,
patut kuning dah kena benti dah.
 
Kadang lampu hijau tu sekejap sangat, 7 saat je. Orang nak masuk gear pun tak dan.
 
Back
Top
Log in Register