BTC USD 28,107.9 Gold USD 1,943.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERSIH: Najib 'sanjung' pengganas ISIS

lpsoldier007

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,549
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,549
Reaction score
494
Points
141
17355fe5fe8095b9b49dbd69eb48c5fd.jpg

Gabungan NGO BERSIH menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji "keberanian" kumpulan pengganas Iraq, Islamic State of Iraq and Syam (ISIS) melalui satu ucapan kepada anggota Umno, Isnin lalu.

Menurut BERSIH, kenyataan Najib itu merupakan ancaman kepada sistem demokrasi berparlimen kerana ISIS melakukan kekejaman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.

"Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas kemanusiaan dan ketamadunan. Seruannya untuk mencontohi (ISIS) adalah bisikan halus untuk mengamalkan politik berdarah.

"Ini satu perkara memalukan di peringkat antarabangsa bagi Malaysia dan juga rakyatnya kerana perdana menteri memuji kumpulan pengganas atas tindakan jenayah yang dilakukan," kenyataan BERSIH dipetik.


ambigia-pengurusi-bersih.jpg

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/266822
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register