BTC USD 38,798.6 Gold USD 1,815.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERSIH 2.0 minta SPR henti beri alasan implementasi sistem undi elektronik

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
BERSIH 2.0 mendakwa alasan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kerana bimbang akan dipersalahkan jika timbul masalah selepas perubahan sistem dilaksanakan hanya membuktikan ketidakcekapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataannya berkata, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sepatutnya menjelaskan kesukaran proses pendaftaran pengundi automatik dan bukannya bersembunyi di sebalik jawapan kabur jika pihaknya serius melaksanakannya.

“Pendaftaran pengundi automatik bermakna bahawa rakyat Malaysia secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mereka mencapai umur 21.

“Ini mempercepatkan proses pendaftaran dan membuang halangan yang tidak perlu untuk melaksanakan hak demokratik asas seseorang mengundi.

“Pendaftaran pengundi dihubungkan secara elektronik kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menghapuskan kekurangan alamat, salinan penyertaan, dan mengeluarkan orang yang telah mati dan meragukan daripada daftar pemilih. Pendaftaran pengundi automatik adalah proses pembersihan untuk membetulkan daftar pemilih,”
katanya.

Menurut kenyataan itu, sepatutnya tidak wujud masalah pendaftaran pengundi terhadap empat juta rakyat Malaysia yang layak jika sistem sedia ada dirasakan cukup cekap.

Sebaliknya NGO seperti BERSIH 2.0 dan parti politik terpaksa membuka gerai pendaftaran pengundi kepada orang awam mendaftar sebagai pengundi bagi mengisi kekurangan itu.

Sumber: https://selangorkini.my/2017/03/bersih-2-0-minta-spr-henti-beri-alasan/
 
Sponsored Post

sansorrow

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2011
Messages
5,409
Reaction score
54
Points
70
ohh okay belum bersedia ye

bile bole bersedia rase?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register