cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 124,914
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 124,914
- Reaction score
- 21,148
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan: Wakil rakyat BERSATU Sabah bakal keluar parti?
Disember 8, 2022 @ 8:28pm
Anwar menerima kunjungan hormat Hajiji di Putrajaya, baru-baru ini. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
KOTA KINABALU: Desas-desus bertiup semakin kencang mendakwa wakil rakyat daripada BERSATU di negeri ini bakal meninggalkan parti itu dan memilih keahlian terus dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Spekulasi itu mula berlegar sejak beberapa hari lalu selepas kedudukan mereka dalam BERSATU mencetuskan persoalan kerana parti berkenaan adalah komponen Perikatan Nasional (PN) yang menjadi pembangkang pada peringkat Persekutuan.
Ia berikutan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, menyatakan sokongan kepada Anwar serta Kerajaan Perpaduan, baru-baru ini.
Sokongan Hajiji itu turut disahkan oleh Anwar, malah wakil GRS daripada BERSATU Sabah, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Situasi itu menyebabkan kedudukan wakil rakyat BERSATU Sabah yang menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan, dilihat janggal kerana pada masa sama mereka juga adalah wakil rakyat BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.
Satu-satunya ruang yang membolehkan mereka menyokong Kerajaan Perpaduan kini ialah dengan menggunakan nama GRS, memandangkan BERSATU Sabah merupakan komponen gabungan itu bersama parti tempatan lain, iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Justeru, menurut sumber, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU di Sabah termasuk dua ADUN Dilantik, serta empat Ahli Parlimennya perlu meninggalkan parti itu dan menjadi ahli langsung GRS supaya tidak timbul lagi persoalan mengenai kedudukan mereka.
GRS yang didaftarkan sebagai sebuah entiti politik baharu di Sabah pada awal tahun ini, dikata membenarkan keahlian terus, selain komponen parti untuk menjadi ahlinya.
Selain keahlian terus dalam GRS, spekulasi juga menyatakan wakil rakyat BERSATU Sabah berkemungkinan akan menyertai USNO yang diketuai bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, atau parti lain yang akan diambil alih.
Namun, sumber berkata, wakil rakyat BERSATU Sabah berkemungkinan memilih keahlian terus dalam GRS selepas perkara itu diperhalusi bagi memastikan tiada masalah atau halangan untuk mereka berbuat demikian.
Setiausaha Agung GRS yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dilaporkan sebuah portal berita, hari ini, sebagai berkata khabar angin mengaitkan mereka dengan USNO adalah tidak benar, sebaliknya beliau meminta diberi tempoh beberapa hari lagi berhubung keahlian terus dalam GRS.
Bagaimanapun, beliau dilapor enggan menjelaskan bagaimana 'proses' terbabit akan dilakukan dan struktur GRS selepas ini sekiranya wakil rakyat BERSATU Sabah keluar parti serta memilih keahlian terus dalam gabungan berkenaan.
Dalam pada itu, sumber mendakwa, soal halangan lompat parti tidak timbul memandangkan Sabah belum membentangkan usul pindaan Perlembagaan Negeri bagi menghalang wakil rakyat bertukar parti.
Jika spekulasi itu menjadi kenyataan, GRS bakal menjadi sebuah gabungan parti yang benar-benar berasaskan Sabah berbanding masih dipengaruhi parti luar, iaitu BERSATU ketika ini.
Muhyiddin Yassin
15m ·
KENYATAAN MEDIA
KEDUDUKAN BERSATU NEGERI SABAH
BERSATU Negeri Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.
Badan Pimpinan Negeri, Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan BERSATU di negeri Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dan hanya MPT BERSATU yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya.
Sehubungan itu, sukacita saya ingin mengumumkan YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Naib Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Beluran, dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah.
Beliau bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan BERSATU Negeri Sabah dan PN Negeri Sabah sehingga penyusunan semula BERSATU Negeri Sabah dan PN Negeri Sabah diputuskan oleh MPT BERSATU dan MT PN.
Saya kecewa dengan sikap mantan kepimpinan BERSATU Negeri Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu. Lebih-lebih lagi kemenangan mereka dalam PRN yang lalu adalah atas logo PN.
Saya percaya ahli-ahli BERSATU di negeri Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam BERSATU yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.
Mengenai kedudukan empat Ahli Parlimen BERSATU yang bertanding menggunakan logo GRS dalam PRU 15, kedudukan mereka akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan
Pengerusi Perikatan Nasional
11 Disember 2022
Bersatu Sabah lumpuh, Hajiji dan pemimpin lain tinggalkan parti
December 10, 2022 10:26 AM
Hajiji Noor bersama pemimpin Bersatu Sabah yang lain pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.![]()
PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor.
Menerusi kenyataan hari ini, Hajiji berkata keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan parti adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.
Jelas beliau lagi, di peringkat persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan negeri ditunjangi oleh GRS dan Barisan Nasional (GRS-BN) juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL