BTC USD 37,915.9 Gold USD 1,801.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BERSATU Perak : Bajet Negeri Perak Lebih Baik Daripada Sebelumnya

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
IPOH 17 Nov. – Bajet Negeri Perak yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak pada 10 November yang lalu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bajet-bajet tahunan yang dibentangkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK), saudara Mohd Hafez Sabri ketika mengulas isu ini menjelaskan walaupun pembentangan bajet yang dibuat oleh kerajaan negeri baru-baru ini menyaksikan berlakunya defisit sebanyak RM 25 juta, namun kadar tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kadar defisit yang berlaku ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

“Kadar defisit yang berlaku hanyalah sebanyak 25 juta ringgit, itu pun heboh diperkatakan kononnya kerajaan negeri tidak pandai mengurus wang negeri dengan baik, sedangkan ketika UMNO-BN memerintah sebelum ini kadar defisitnya adalah jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 39 juta ringgit” jelas beliau.

“Oleh yang demikian, pemimpin UMNO-BN patut cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan dan dakwaan. Mereka juga sepatutnya tidak hanya tahu membangkang dan mencari kesalahan kerajaan negeri semata-mata tanpa memberikan idea dan cadangan yang bernas” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut Exco Penyelidikan & Pembangunan pertubuhan tersebut, saudara Ahmad Bakri Zubir berkata bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini mencerminkan sikap gigih dan ikhlas kepimpinan kerajaan negeri dalam usaha memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Bajet yang dibentangkan baru-baru ini cukup cantik dan lebih bersifat komprehensif. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri Perak baru memerintah tidak sampai setahun, namun mereka berjaya mengetengahkan bajet ‘berkebajikan’ yang sudah pastinya memberikan harapan dan perubahan kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya orang-orang miskin yang berada di kampung-kampung” katanya.

Pada 10 November yang lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak telah membentangkan bajet defisit bagi tahun 2009 sebanyak RM25 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM711.84 juta dan perbelanjaan sebanyak RM736.84 juta.

Ia merupakan bajet defisit untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2005.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bajet tahunan kerajaan Perak mengalami defisit mulai tahun 2005 sebanyak RM15.45 juta, tahun 2006 (RM33.59 juta), tahun 2007 (RM34.79 juta) dan tahun 2008 sebanyak RM39.99 juta.

Beliau berkata, menyedari situasi itu, kerajaan negeri akan berusaha mengurangkan defisit bajet ini secara realitik dan berperingkat pada setiap tahun berdasarkan kutipan hasil dengan tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

‘‘Bajet 2009 ini pada hakikatnya masih menunjukkan defisit, tetapi ia lebih mementingkan pada usaha pengagihan kemakmuran yang lebih adil ke arah membina satu paksi kerohanian rakyat Perak yang lebih seimbang,” katanya dalam Ucapan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.
 
Sponsored Post

sandaldm

Active Member
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,762
Reaction score
12
Points
35
bgs la klu mcm 2..ni la hikmah PR memerintah..tp ada lg y buta hati xnak cayo PR ni bgs..terasa ke sapa2?jgn marh ek..
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
mana si tajol "daydreamer"?? :)) sila kasi komen sikit :))
 

ayop

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
4,041
Reaction score
0
Points
20
totok PR akan sentiasa menyokong PR... penyokong BN akan terus menyokong BN... :D
 

Azrienaldinho

Fun Poster
Joined
Jun 10, 2008
Messages
284
Reaction score
1
Points
15
aku sokong SULTAN AZLAN SHAH.. dah tentu2 dia Raja, ketua agama, ketua rakyat..
huhuhu..
 

MyBroadband

Active Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
totok PR akan sentiasa menyokong PR... penyokong BN akan terus menyokong BN... :D

bro,totok PR kalau nampak leader dia buat taik, diorang tak support..tu pasal dulu semue UMNO,sekrang PR...

tapi totok UMNO, walaupon leader buat taik kat rakyat, diorang still support UMNO lagi..pasai ape? pasai duit..

ps: kalau kaki2 MLM tu, pandai plak cari leader 001 yg bagus. bile bab politik,semue hampeh :eek:
 

yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,668
Reaction score
42
Points
40
IPOH 17 Nov. – Bajet Negeri Perak yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak pada 10 November yang lalu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bajet-bajet tahunan yang dibentangkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK), saudara Mohd Hafez Sabri ketika mengulas isu ini menjelaskan walaupun pembentangan bajet yang dibuat oleh kerajaan negeri baru-baru ini menyaksikan berlakunya defisit sebanyak RM 25 juta, namun kadar tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kadar defisit yang berlaku ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

“Kadar defisit yang berlaku hanyalah sebanyak 25 juta ringgit, itu pun heboh diperkatakan kononnya kerajaan negeri tidak pandai mengurus wang negeri dengan baik, sedangkan ketika UMNO-BN memerintah sebelum ini kadar defisitnya adalah jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 39 juta ringgit” jelas beliau.

“Oleh yang demikian, pemimpin UMNO-BN patut cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan dan dakwaan. Mereka juga sepatutnya tidak hanya tahu membangkang dan mencari kesalahan kerajaan negeri semata-mata tanpa memberikan idea dan cadangan yang bernas” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut Exco Penyelidikan & Pembangunan pertubuhan tersebut, saudara Ahmad Bakri Zubir berkata bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini mencerminkan sikap gigih dan ikhlas kepimpinan kerajaan negeri dalam usaha memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Bajet yang dibentangkan baru-baru ini cukup cantik dan lebih bersifat komprehensif. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri Perak baru memerintah tidak sampai setahun, namun mereka berjaya mengetengahkan bajet ‘berkebajikan’ yang sudah pastinya memberikan harapan dan perubahan kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya orang-orang miskin yang berada di kampung-kampung” katanya.

Pada 10 November yang lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak telah membentangkan bajet defisit bagi tahun 2009 sebanyak RM25 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM711.84 juta dan perbelanjaan sebanyak RM736.84 juta.

Ia merupakan bajet defisit untuk tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2005.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bajet tahunan kerajaan Perak mengalami defisit mulai tahun 2005 sebanyak RM15.45 juta, tahun 2006 (RM33.59 juta), tahun 2007 (RM34.79 juta) dan tahun 2008 sebanyak RM39.99 juta.

Beliau berkata, menyedari situasi itu, kerajaan negeri akan berusaha mengurangkan defisit bajet ini secara realitik dan berperingkat pada setiap tahun berdasarkan kutipan hasil dengan tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

‘‘Bajet 2009 ini pada hakikatnya masih menunjukkan defisit, tetapi ia lebih mementingkan pada usaha pengagihan kemakmuran yang lebih adil ke arah membina satu paksi kerohanian rakyat Perak yang lebih seimbang,” katanya dalam Ucapan Bajet 2009 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register