ahib0205
Legendary Member

- Messages
- 19,329
- Joined
- Nov 18, 2007
- Messages
- 19,329
- Reaction score
- 746
- Points
- 166
"Apabila cinta itu berbunga, terasa indahnya memenuhi segenap ruang imaginasi. Jiwa dan hati meronta-ronta ingin kepada si dia. Ingin sekali mengenalinya, dan mendekatinya. Untuk menawan hatinya, agar perasaanya menjadi sama seperti apa yang dirasa oleh dirinya. Apabila cinta itu mengetuk pintu hati, siapakah yang mampu menghalang. Siapakah yang mampu mengejutkan. Siapa pula yang akan membimbing... "
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)
Di dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah telah menciptakan manusia itu dijadikan fitrahnya berpasang-pasangan yang mana di kalangan mereka itu adalah saling memerlukan di antara lelaki dengan wanita. Iaitu saling melengkapi. Malah, setiap satunya sama ada lelaki atau wanita, memiliki keinginan terhadap satu dengan yang lainnya.
Ini, lantas membuktikan bahawa manusia itu diciptakan dengan mempunyai fitrah untuk memilki dan dimiliki terhadap pasangan mereka masing-masing menurut pilihan dan citarasa keinginan mereka. Mereka memiliki sikap dan sifat untuk disayangi dan menyayangi. Itulah sifat neutral/fitrah setiap insan.
Ia adalah merupakan suatu bentuk fitrah yang tidak boleh dihalang dan merupakah suatu sunnahtullah atau ketetapan, malah keperluan bagi kehidupan manusia yang sempurna dan harmoni.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". (Ali Imran 3:14)
Apabila sampai waktu dan ketikanya, fitrah dan naluri itu akan datang mendesak dengan kuatnya, untuk mendekati dan mencari-cari/memilih-milih pasangan mereka masing-masing. Mereka akan saling mencari dan memerlukan. Alhamdulillah, ramai yang berjaya mengharungi prsoalan perasaan dan naluri ini dengan baik. Mereka berjaya menempuh dan melepasi gerbang pernikahan yang sah dan menuju kehidupan yang fitrah.
Namun, dalam persoalan ini jugalah, kebiasaannya sebahagian mereka merangkul banyak kesilapan. Ini biasa sekali berlaku kepada insan bergelar remaja. Apabila fitrah dan naluri cinta mereka terhadap golongan berbeza jantina tidak ditangani dan disalurkan kepada jalan yang sewajarnya. Apatah lagi bila ianya terus ditekan dan dikongkong. Ia mampu meletus. Ditambah pula dengan dorongan nafsu dan pengaruh persekitaran, ia menjadi sukar dikawal bagi sebahagian daripada mereka.
Dalam keadaan tidak terkawal, mungkin pelbagai natijah dan fenomena yang buruk mampu berlaku. Sepertimana yang kita perhatikan di masa ini, di dada-dada akhbar dan di media-media massa. Yang banyak sekali menceritakan perihal gejala seks bebas, persetubuhan haram, hamil tanpa nikah, dan sehingga kepada tahap pembuangan bayi di tempat-tempat tertentu dan mungkin juga membawa kepada aktiviti pengguguran anak luar nikah.
Maka, dalam keadaan yang meruncing seperti ini, apakah kita masih perlu menutup mata dan menafikan fitrah remaja masa kini yang kebanyakan mecapai kematangan awal? Malah, mereka memiliki kemampuan dari banyak aspek. Apakah ibu bapa, perlu lagi menafikan hak anak-anak mereka untuk memenuhi naluri dan fitrah mereka secara yang halal? Kebanyakan ibu-bapa zaman ini bukanlah dari golongan orang-orang yang miskin, malah sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang berada dan mampu mengeluarkan belanja anak-anak lebih dari yang kebiasaan.
Jadi,
Di sini, tidak lain... saya ingin membawakan beberapa solusi atau jalan pencerahan dengan membawakan saranan-saranan dari jalan atau petunjuk agama yang pastinya didasari sumber-sumber wahyu yang sahih dengan sedikit padangan secara ringkas...
Inilah masanya untuk kita kembali melihat dan memikirkan hakikat hubungan dua insan berlainan jantina ini dari kacamata yang halal yang dipandukan oleh agama yang kita yakini. Dan bukan didasari emosi, material, dan kedudukan, serta masa semata-mata.
Pertamanya, kita pergi kepada dalil ini yang merupakan firman Allah s.w.t. (yang maksudnya):
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)
Dalil-dalil yang lain pula,
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625))
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menikahlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, (7/78))
Daripada beberapa dalil awal yang saya bawakan di atas, menunjukkan bahawa betapa saranan Allah dan Rasul-Nya kepada kita semua untuk mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Lantas menutup jalan-jalan yang haram daripadanya...
“Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)
Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.
Zaman ini, bukanlah masanya untuk kita bermalu-maluan dalam persoalan nikah di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.
Malah, hakikatnya... menikah adakah jalan yang paling baik dan direkomendasikan sendiri oleh Nabi kita sendiri melalui pelbagai hadis-hadisnya. Solusi ini wajar diambil dan difikir-beratkan oleh golongan ramaja masa ini. Malah oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa supaya tidak berfikiran sempit mengongkong perkara yang halal terhadap anak-anak mereka. Yang akhirnya, memungkinkan kepada akibat yang haram dan noda...
Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya saya suka dan mahu untuk mengutarakan supaya kita semua mengambil atau melihat secara positif-nya, inilah salah satunya jalan yang baik untuk mengatasi hubungan terlarang seperti aktiviti “couple” atau berpasang-pasangan di antara insan berlainan jantina. Alangkah baik-nya jika mereka yang ber-couple itu adalah terdiri daripada mereka yang bergelar suami dan isteri. Bukankah itu lebih manis, daripada mereka yang bercouple namun, hakikatnya mereka sedang melakukan perbuatan terlarang dan dibenci oleh Allah s.w.t. dan mendorong mereka kepada kancah penzinaan akibat tidak di-ikat dengan pertalian yang sah. Kita semua wajar melihat semua ini dengan skop dan pandangan yang lebih luas. Bercouple-lah secara halal dengan ikatan nikah!