BTC USD 23,088.9 Gold USD 1,928.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berniaga burger sambil beramal

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206

Berniaga burger sambil beramal​

IMG_0052_1636103255.jpg

Sungai Petani: Berniaga sambil beramal. Usaha itu diterapkan Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang bakal membuka 1,000 gerai burger di utara dan pantai timur semenanjung.

Pengarah Urusan Madad, Mohamad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, selain membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19, ia dapat membantu penuntut Madad yang kini mempunyai 35 pelajar.

Menurutnya, pelajar terbabit terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan dan datang dari seluruh negara demi mencapai cita-cita mereka.
Katanya, pihaknya berharap keuntungan perniagaan burger dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kekurangan ada untuk pelajar di Madad.

"Dalam usia 12 dan 13 tahun mereka ditawarkan peluang mendalami ilmu pengajian dalam bidang al-Quran, hadis dan akademik di Madad secara percuma.

"Sejak ditubuhkan pada 2019, seramai tiga pelajar selesai 30 juzuk dengan seorang daripada mereka turut menyambung pengajian ke Yaman untuk mendalami bahasa Arab," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Madad dan Syukor Burger yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Super Dagang, Syukor Majid.

Berkongsi hala tuju perniagaan gerai burger, Mohamad Yaakub Yusra menyasarkan pembukaan 1,000 gerai burger bermula di Kuala Muda dan pantai timur menjelang akhir tahun ini, sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia termasuk kakitangan Madad.

"Jika terlaksana, ia dapat membuka peluang kepada pekerja dengan pendapatan RM1,200 sebulan selain komisen melalui bilangan burger dijual.

"Sepanjang Covid-19 banyak pihak terjejas dan kerana itu kita mahukan mereka bangkit selepas ditimpa musibah.

"Kerjasama dengan Syukor Burger menyemarakkan lagi jihad dalam Islam menerusi perniagaan," katanya sambil menyatakan pihaknya membuka 10 gerai burger di sekitar Sungai Petani, baru-baru ini.

 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206

1,000 gerai burger bakal dibuka bantu golongan terjejas pandemik​

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 01 November 2021
1254415.jpeg

Mohammad Yaakub (kanan) menyediakan 2,000 burger untuk diedarkan secara percuma pada Ahad.

SUNGAI PETANI - Sebanyak 1,000 gerai burger bakal dibuka di utara dan pantai timur sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Urusan Murtada International Sdn Bhd, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, pihaknya menjangkakan pembukaan itu dilaksanakan pada 2023.
Menurutnya, menyedari banyak pihak terjejas dan kehilangan pekerjaan akibat pandemik, pihaknya menyediakan platform itu bertujuan membantu golongan terbabit bangkit semula setelah ditimpa musibah.

"Kita sediakan pekerjaan dengan gaji RM1,200 sebulan selain tambahan komisen melalui bilangan burger yang dijual, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya selepas melakukan pelancaran pembukaan 10 gerai burger sekitar Sungai Petani pada Ahad.

1254416.jpeg

Mohammad Yaakub mengedarkan burger percuma kepada orang ramai yang beratur sejak jam 3 petang Ahad.

Pelancaran turut disertai pengasas Syukor Burger, Syukor Majid

Mohammad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (Madad) turut mengedarkan 2,000 burger percuma kepada orang ramai di hadapan premis Madad di Sungai Jagung bermula jam 3 hingga 6 petang.

"Setakat ini, sebanyak 700 cawangan Syukor Burger telah dibuka di seluruh negara dalam tempoh pandemik dan pertambahan ini diharap memberi manfaat kepada lebih ramai golongan," katanya.

Jelasnya, keuntungan daripada perniagaan burger terbabit bukan sahaja dapat menjana pendapatan sekali gus membantu menampung perbelanjaan Madad yang kini mempunyai 35 orang pelajar.

Pelajar berusia 12 dan 13 tahun yang kurang berkemampuan dari seluruh negara itu diberi peluang pengajian dalam bidang al-Quran, hadis dan akademik di Madad secara percuma.

"Setakat ini, Madad yang diwujudkan sejak 2019 telah melahirkan tiga pelajar yang selesai 30 juzuk dan seorang daripadanya telah menyambung pengajian bahasa Arab ke Yaman," jelasnya.

 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206
MADAD CIPTA PELUANG KERJA, INISIATIF MEMAJUKAN UMMAH
Posted on 31 October 2021 by Admin One comment



SUNGAI PETANI: Murtadha Dakwah Centre (MADAD) memberi peluang kepada golongan muda untuk menceburi peluang perniagaan menerusi kolaborasi dengan Syukor Burger.

Usaha tersebut sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan di samping menyemarakkan lagi jihad dalam Islam menerusi perniagaan.

Menurut Pengarah Urusan MADAD Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, jalinan kerjasama ini bakal membantu usahawan lain yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dengan membantu mereka mencipta peluang perniagaan baharu.


MADAD merupakan sebuah fasiliti dakwah 24 jam yang lengkap dengan masjid, rumah warga emas, pengurusan jenazah percuma dan pendidikan percuma.

Pembinaan pusat dakwah itu dijangka akan siap sepenuhnya pada 2025.

Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online

 
Sponsored Post

Top
Log in Register