BTC USD 23,789.8 Gold USD 1,928.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berlindung Di Dinding Landasan, 2 Beranak Hampir Maut Di Gilis Kereta Api

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
09.12.2022 - Global, Seorang wanita dan anak lelakinya di India hampir menempah maut apabila terpaksa berlindung di tepi dinding sempit, dekat sebuah landasan kereta api demi menyelamatkan nyawa masing-masing baru-baru ini. Menerusi video tular, tindakan itu dilakukan oleh dua beranak tersebut bagi mengelakkan mereka dilanggar kereta api, yang sedang bergerak laju di landasan terbabit. Kedua-duanya dilihat berpelukan antara satu sama lain ketika kenderaan awam itu melintasi mereka.

Umur kedua-duanya masih panjang apabila mereka terselamat daripada digilis kenderaan itu. Orang ramai yang berada platform stesen kereta api itu kelihatan lega apabila dua beranak itu terlepas daripada nahas tersebut. Kejadian tersebut berlaku ketika kereta api itu melalui stesen Karnataka menuju ke Kalaburgi, India. Setakat ini, masih belum ada maklumat tentang bagaimana dua beranak itu boleh berada di landasan terbabit.​


 
Top
Log in Register