BTC USD 56,837.1 Gold USD 1,770.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Berkongsi pengalaman diri sendiri menjadi perawat pesakit covid

exboy

Super Active Member
Messages
5,956
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,956
Reaction score
238
Points
73
Tak sempat lagi nak menulis panjang..

Kalau start tulis nanti jadi karangan
 
Sponsored Post

exboy

Super Active Member
Messages
5,956
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,956
Reaction score
238
Points
73
Salam..

Baru hari ni sempat bukak CG..lame tak bukak..di kala satu malaysia bergembira kes makin kurang, sempadan negeri nak bukak hati aku masih same..

Masih xde ape nak happy..


Kes di ICU aku masih penuh, kadar vaksinasi negeri aku masih di kalangan top 3 yg terendah(boleh google utk tahu sendiri)

Sebagai antara negeri yg terawal pegi fasa 2, akhirnya kecundang terperap di fasa 2.. selangor sendiri dah fasa 3. Negeri 9 lagi la dah fasa 4..


Cerita 2 minggu lepas..

Ada satu pesakit di ICU kami, dah lengkap vaksin...tak ada sakit ape2..tapi memang high risk..sebab BMI 61 (bukan berat ea)..muda lagi..awal 20an..tak ada masalah kesihatan lain.

Tapi disebabkan die gemuk, walaupun xde masalah kesihatan,tak ade proper diagnosis previously kami suspek dia memang ade obstructive sleep apnea (OSA).. sangat common utk mereka yg obese.

Aku duty pada waktu petang..pesakit pun dah masuk beberape hari..
Mase tu pertama kali aku tengok die..
Kalau tengok cara dia tido, memang menakutkan, macam putus nafas, nacam org nazak nak mati,
Spo2 68-75%, je..
Tapi bile kejut dari tido, naik la Spo2 tu sampai 90%.. itu pun dgn bantuan machine BiPAP.
For his condition, 90% is good enough..

Tapi tula..dengan badan yg berlipat2 macam tayar michelin(bukan menghina, sekadar nak bgtau macam mane rupa orgnya) we know this is not a good case..
Masih boleh cakap, masih boleh telefon/video call family die..

Hari tu dah agak malam, bacaan ABG (arterial blood gas) dia nampak penurunan level oxygen, jadi kami decide nak call family bgtau keadaan..

Mase video call, ketiga2 kakak dia ada(anak bongsu dari 4 beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa ade lagi, tapi tu xpela)..
Aku terang pada mereka, keadaan adik depa x bagus, anytime can detoriate..
Banyak jugak sesi soal jawab..
Aku jawab satu2 sampai depa puas hati..
Lepas tu depa ucap terima kasih,
Mase aku nak keluar dari ICU covid tu, aku cakap kat dia,

"Adik, kalau waktu solat, jgn lupe solat, walaupun kamu sakit, solat je utk menghormati waktu.. takpe xde wudhuk pun xpe."

Adik ni badan je besar . Tapi cakap pun lembut je..yela .budak lagi..(bukan mak nyah/lelaki lembut ea)

Lepas tu die cakap,"Dr..boleh tak ajar saya solat"..mase tu jam dah lewat.. aku kene buat banyak lagi.. aku dah berbelah bagi.. nak tolong die, keje aku dgn pt lain tak habis lagi..

Lepas tu aku cakap, xpe dik..nanti karang saya mintak tolong misi ajarkan..kebetulan malam tu ada staff nurse lelaki, boleh la tolong tayamum ke..

Keesokan harinya.. aku bertugas di ICU non covid.. takdela sempat nak catch up pasal adik tu..tambah petang tu, aku kene rush nak hantar patient ke HKL.
Dalam pada aku tgh bz tu, kawan aku pun bz jugak tgh rush nak pegi intubate adik BMI 61 ni..

Intubate=intubasi=ditidurkan=koma

Harus diingat team aku punye threshold level for intubation utk adik ni sangat sangat tinggi.. maknanya apa, kami x kan intubate/delay intubate selagi boleh..

Sebab utk adik ni, dengan badan sebesar tu, lepas intubate akan ade masalah untuk ventilate(bantuan pernafasan guna machine).. seperti dijangka, sejurus intubate, tak dapat nak
ventilate, cpr dan meninggal dunia.

Kawan aku yg attend dia mase kejadian ada bgtau, sebelum ditidurkan, die sempat cakap,

"Terima kasih semua..kalau panjang umur kita jumpa lagi"..


Ya Allah sayu nya dengar..

Dari bahagian aku plak, sampai sekarang aku rase serba salah..terkenang malam sebelum tu
Kalau la aku luang 10-15 min extra utk dia malam tu, tolong dia memperkemas diri sebelum mengadap Allah, maybe preparation nya lebih baik sebelum dijemput Ilahi.

Semoga ko tenang di sana dik.
 
Last edited:

silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
Salam dan selamat sejahtera.

Memandangkan dah lebih setahun malaysia bertarung dgn covid, aku akan share sedikit sebanyak nanti kisah2 pesakit covid yg aku sendiri terlibat dalam merawat.

Yang aku share ni mereka2 yg category 5 dan sedikit darinya category 4.. mostly category 5..sebab tu memang keje harian aku..

Kalau cat1 sampai majority of cat 4 tu, bukan bawah jabatan aku..

Just nak bagi tau, covid korang TAK cukup teruk kalau tak dirujuk jumpe jabatan aku
Boss....teruk tak teruk kena covid bergantung kepada tafsiran individu yang dijangkiti virus tu.

Pada saya yang cuma kategori 2, dah rasa macam nak mati boss......itu kategori 2.

Kalau kategori 5, tak tahu la samaada dorang nafas macam mana. Nafas pendek-pendek tapi laju ke...cuma mampu dengar je ke... Mungkin anggota badan semua dah tak larat nak angkat.
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,197
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,197
Reaction score
655
Points
81
Salam..

Baru hari ni sempat bukak CG..lame tak bukak..di kala satu malaysia bergembira kes makin kurang, sempadan negeri nak bukak hati aku masih same..

Masih xde ape nak happy..


Kes di ICU aku masih penuh, kadar vaksinasi negeri aku masih di kalangan top 3 yg terendah(boleh google utk tahu sendiri)

Sebagai antara negeri yg terawal pegi fasa 2, akhirnya kecundang terperap di fasa 2.. selangor sendiri dah fasa 3. Negeri 9 lagi la dah fasa 4..


Cerita 2 minggu lepas..

Aku duty pada waktu petang..


Bersambung..
Seat dpn.. 🀭
 

exboy

Super Active Member
Messages
5,956
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,956
Reaction score
238
Points
73
Boss....teruk tak teruk kena covid bergantung kepada tafsiran individu yang dijangkiti virus tu.

Pada saya yang cuma kategori 2, dah rasa macam nak mati boss......itu kategori 2.

Kalau kategori 5, tak tahu la samaada dorang nafas macam mana. Nafas pendek-pendek tapi laju ke...cuma mampu dengar je ke... Mungkin anggota badan semua dah tak larat nak angkat.
Kalau anda rase cat 2 dah teruk, bayangkan org di Category 5..bertarung berminggu berbulan2..tapi meninggal juga..

Syukurlah, Allah bagi peluang kedua..jgn sia2 kanπŸ‘πŸ‘πŸ™
 

shah_ae

Legendary Member
Messages
16,321
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,321
Reaction score
909
Points
171
kategori A...
tak isap rokok isap bende lain...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register