BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkenalan di pusat pemindahan, remaja perempuan kena rogol di stor PPS

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,374
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,374
Reaction score
1,348
Points
201
6285215485989601342_121.jpg


Berkenalan di pusat pemindahan, remaja perempuan kena rogol di stor PPS

KOTA BHARU: Tujuh kes jenayah termasuk satu kejadian rogol di pusat pemindahan sementara (PPS) direkodkan sepanjang banjir gelombang pertama baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, enam kes jenayah lain adalah membabitkan kes pecah rumah (empat kes), curi kenderaan motosikal dan cabul masing-masing satu kes.

Kejadian rogol itu membabitkan mangsa berusia 15 tahun manakala suspek adalah 23 tahun yang juga seorang buruh binaan.

"Kejadian jam 12.30 tengah malam pada 2 Disember lalu di sebuah stor di PPS terbabit dan dikatakan mangsa serta suspek berkenalan di sana.


"Laporan polis dibuat sebelum suspek ditahan pada 6 Disember dan direman selama tujuh hari," katanya di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, pertuduhan dibuat di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 12 Disember lalu, namun suspek tidak mengaku bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan hakim menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 14 Januari depan.

"Kita anggap kes rogol yang berlaku di PPS ini adalah jenayah terpencil namun perlu dipandang serius kerana membabitkan mangsa bawah umur," katanya


Kredit ➡️ Berita Harian
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register