Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 54,380
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 54,380
- Reaction score
- 6,161
- Points
- 916
- Awards
- 1
21.09.2023 - Pengurus sebuah syarikat hartanah di Kota Samarahan kerugian RM150,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, laporan berhubung kes itu diterima polis daripada seorang lelaki berusia 20-an kelmarin.
“Menurut mangsa, dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Lim Cheng Fan melalui media sosial Facebook pada awal September lepas. Suspek kemudian mengajak mangsa menyertai pelaburan USDT Currency, sebelum suspek memberikan nombor telefonnya kepada mangsa bagi memudahkan mangsa membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa kemudian telah melakukan sembilan transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM150,000 ketiga akaun bank milik suspek sejak pertengahan September sebagai pelaburan.
“Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek memberikan pelbagai alasan apabila mangsa menanyakan keuntungan pelaburan yang dibuatnya. Selepas itu suspek gagal dihubungi mangsa,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.